Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay sebelum ini pernah menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” di Sungai Klang pada tahun 2022. Coldplay pada tahun itu mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.
Agensi antarabangsa melaporkan, Coldplay menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera tersebut. Difahamkan, itu adalah “Interceptor” kedua beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu. “Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting. “Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan, ” kata mereka dalam satu kenyataan berhubung tajaan itu.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005. Tajaan itu dipercayai membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan muzik tersebut yang akan ke Malaysia pada November depan. Sumber: Kosmo! Online
|
hareeeesah replied at 9-5-2023 03:27 PM
Harga tix brape nyehh
hareeeesah replied at 9-5-2023 11:27 PM
Harga tix brape nyehh
Themilo replied at 10-5-2023 07:29 AM
harga rahmah seiring kerajaan madani kah?
weols syak, level-level Muse punya tiket. PPRT ...
dekmieDandy replied at 10-5-2023 02:53 PM
harga boleh tahan
level-level malas solo scammer
Themilo replied at 10-5-2023 07:29 AM
harga rahmah seiring kerajaan madani kah?
weols syak, level-level Muse punya tiket. PPRT ...
babelina replied at 10-5-2023 02:37 PM
bestnya.. tp allocation xde dh.. dh beli tix utk konsert Ella.. #ellarasa
She-Ra replied at 10-5-2023 09:59 AM
sama la dgn iols
bawah 5rat, ok.. tu pun berkira-kira jgk
thn ni pulak mcm2 program sana sini dh ...
hareeeesah replied at 10-5-2023 05:51 PM
Saja la xbg tau harga terus kn.. nk cuba battle 16 tu nnt tgk la apa yg dpt
She-Ra replied at 10-5-2023 05:59 PM
eh ehh.. jumpa di saaaaaaaaanaaa
10 ke 11hb? iols 10hb
Themilo replied at 11-5-2023 07:25 AM
dah leak kan, harga tiket PPRT Cat 7 RM288, tu pun nun di puncak stadium. Jawapannyahh, noooo..
b ...
lasagna replied at 11-5-2023 01:14 AM
price tu estimation jer yg leak tu. sbb ada sorg bdk ni kata, team coldplay sndri yg ada ubah seat ...
Themilo replied at 11-5-2023 07:25 AM
dah leak kan, harga tiket PPRT Cat 7 RM288, tu pun nun di puncak stadium. Jawapannyahh, noooo..
b ...
babelina replied at 11-5-2023 09:08 AM
sama la 10hb.. yay!!!
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054595 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.