CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Virgoun Mengaku Semua Dakwaan Isteri, Pilih Curang Jalan Lari Dari Masalah

29-4-2023 12:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2898| Komen: 19|Original author: Tatod

Description: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla, Virgoun akhirnya tampil mengakui kesilapan pernah dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan berlaku kemelut dalam rumah tangga. Virgoun at ...

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla, Virgoun akhirnya tampil mengakui kesilapan pernah dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan berlaku kemelut dalam rumah tangga.


Virgoun atau Virgoun Putra Tambunan, 37, mengungkap kembali lagu berjudul Bukti yang pernah dicipta pada tahun 2017 sebagai tanda penghargaan buat isterinya, Inara Idol Rusli.


Bagaimanapun di sebalik keindahan lirik lagu tersebut, Virgoun mengaku dirinya berubah dan lebih senang untuk bersikap curang sebagai cara penyelesaian masalah.



“Lagu Bukti memang saya cipta untuk isteri. Semua lagu saya adalah karya jujur yang saya tulis tentang perasaan ketika itu.


“Dengan berjalannya waktu, saya juga berubah dan menjadi lagu itu seperti berbohong. Mengapa saya berubah ketika itu biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diceritakan kepada semua orang.


“Saya menyesal kerana tidak tegas, jujur dan berani menyatakan ketika itu. Malah saya melarikan diri dan mencari penyelesaian di luar,” katanya.


Virgoun meluahkan rasa tersebut dalam satu video yang dimuat baik di saluran YouTube miliknya dengan menangis teresak-esak.


Tambahnya dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap isteri kerana tidak mahu ia akan menjadi satu rujukan cerita buat anak-anaknya apabila mereka dewasa nanti.



“Saya tidak akan keluarkan kata-kata tidak baik untuk sesiapa pun kerana saya tidak mahu anak-anak melihat atau membaca cerita tentang orang yang mereka sangat sayang.


“Video ini bukanlah untuk membela diri. Ini sebagai tanda anak-anak boleh melihat tanggungjawab saya terhadap kesalahan yang telah dilakukan.


“Saya mohon maaf atas kekecohan yang telah terjadi. Ia sepatutnya menjadi hal dalaman keluarga namun telah dibuka seluas-luasnya,” ujarnya.


Kisah rumah tangga Virgoun sebelum ini menjadi bualan ramai selepas isterinya mendedahkan sikap curang penyanyi itu meskipun pernah berjanji untuk berubah.


Dalam satu kenyataan, Inara memberitahu Virgoun juga tidak pulang ke rumah semenjak isu ini berlaku beberapa minggu lalu.


Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 29-4-2023 01:42 PM
Sbb tak hensem.. lntklaa ko nak curang punggg.. kasihan pd next next pompuan sbb dpt jntn yg tak hensem pas tu kaki curang
Quote imransulaiman 29-4-2023 03:35 PM
Maaf nak tanya serius.. Muka macam ni apa daya tarikan sex dia eh? Ada perempuan tulen yang sudi jawab?
Quote matjerk 29-4-2023 04:21 PM
imransulaiman: Maaf nak tanya serius.. Muka m ...

Mungkin terletak pada huruf Z atau P atau K nya...
Quote Antifake 29-4-2023 05:32 PM
Pandai ayat kot..poket tebal itu additional advantage
Quote kotakominami 30-4-2023 01:23 AM
"Takkan habis sejuta lagu untuk menceritakan cantik mu"~virgoun
" yaa...ternyata cantik aja nggak cukup gitu" ~ juga virgoun
Quote Tinot7 30-4-2023 09:44 AM
imransulaiman replied at 29-4-2023 03:35 PM
Maaf nak tanya serius.. Muka macam ni apa daya tarikan sex dia eh? Ada perempuan tulen yang sudi jaw ...

Pandai ngayat kott.. ada pompan cepat cayak..
Nak kata poket tebai, mamat ni poket tebai ka?
Quote sehirkedi 30-4-2023 11:15 AM
kepam terok pun boleh dapat bini cantik dan baik. tak berbaloi betul. perempuan kalau nak kahwin cari yg hensem dan rajin cari wang ok. berkerak kepam hauk tolong reject ..at least puas hati kalau dia curang ke apa. lepastu dah kahwin jangan biasakan manja lelaki korang. ajak dia sekali memasak, cuci baju, sidai baju, hantar ambil anak pi sekolah, kemas umah . etc.. lelaki yg biasa dimanjakan ni..naik lemak..banyak masa terluang, dia tak penat..tu yg pi selingkuh menggatai
Quote nakkomenjugak 30-4-2023 11:18 AM
sayangnya anak gegel ikut muka apak
ni kes kembali carik awek2 seksi bila minik dah bertutup kee acane?
minik dulu kan seksi jugakkk dulu
Quote sehirkedi 30-4-2023 11:18 AM
Antifake: Pandai ayat kot..poket tebal i ...
rasanya tak..sebab wife dia cakap dia tak romantik..
Quote sehirkedi 30-4-2023 11:21 AM
imransulaiman replied at 29-4-2023 03:35 PM
Maaf nak tanya serius.. Muka macam ni apa daya tarikan sex dia eh? Ada perempuan tulen yang sudi jaw ...

zero..lansung tiada daya tarikan fizikal. Mungkin berbekalkan pandai main muzik dan nyanyi.. tu yg buat org tertarik. pasal pelacur tu pulak, sebab ditabur duit.. jalan jelah..walaupun gundu kepam masam hauk
Quote sehirkedi 30-4-2023 11:23 AM
nakkomenjugak replied at 30-4-2023 11:18 AM
sayangnya anak gegel ikut muka apak
ni kes kembali carik awek2 seksi bila minik dah bertutup kee aca ...

kebanyakkan nya kes begitulah.. bila bini yg dulunya seksi meksi, pastu berhijrah bertutup. suami cari yg seksi. kalau begitu.. seksi jelah selamanya.. puas hati kan
Quote Nurkaseh01 2-5-2023 12:44 AM
Mualaf ke?
Quote mamajawie 5-5-2023 11:56 AM
turn off btul tgok muka dia ni..maybe knal dgan bini thru voice call tu yg bini tertarik sbab suara agak soothing
Quote _blackbird 7-5-2023 01:06 PM
sehirkedi replied at 30-4-2023 03:23 AM
kebanyakkan nya kes begitulah.. bila bini yg dulunya seksi meksi, pastu berhijrah bertutup. suami  ...

aku rasa gitu lah, kalau dulu laki ko tu mmg nak kat ko sebab ko seksi hukaloh, biatch di ranjang dengan make up tebal mcm opera, lepas kahwin teruskan je la semua perilaku tu, kalau tamau seksi kat luar dah, teruskan ajer seksi dan membiatch tu di rumah. ni ramai bila start berbungkus habis kat rumah pon sama naik kepam nya.
Quote jarikuku 8-5-2023 12:56 PM

yup, heols mualaf
Quote jarikuku 8-5-2023 12:57 PM
muka busuk mugkin pocket tebal
Quote ainonymous 8-5-2023 01:04 PM
busuk la heols. masa muda dulu pun kepam..dah tua makin kepam
Quote sopha1 11-5-2023 03:59 PM
What a great idea for me! I appreciate this, but in stumble guys it won't let you down!
Quote meowww05 15-5-2023 12:58 PM
Teringat daki kat leher heols, uwerkkk muntah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052986 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top