CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mati Dalam Penjara, Penyanyi Moneysign Suede Ditikam Banduan Lain

29-4-2023 06:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 538| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Penyanyi rap Moneysign Suede yang popular dengan lagu She Gon Choose ditemui mati di penjara dipercayai dibunuh oleh banduan lain di California, Amerika Syarikat pada Khamis.Menurut kenyataan yang dik ...
Penyanyi rap Moneysign Suede yang popular dengan lagu She Gon Choose ditemui mati di penjara dipercayai dibunuh oleh banduan lain di California, Amerika Syarikat pada Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya, Moneysign atau Jaime Brugada Valdez, 22, ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas dia tidak kembali ke ruang selnya.



Bantuan kecemasan diberikan di tempat kejadian sebelum penyanyi itu dibawa ke pusat kemudahan kesihatan di dalam penjara sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak polis memaklumkan kes berkenaan kini masih dalam siasatan.

Sementara itu wakil peguam kepada Moneysign pula memaklumkan pihaknya menerima laporan penyanyi itu diserang sehari sebelum kejadian.

Pada 22 Disember tahun lalu, Moneysign dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan atas kesalahan memiliki senjata api.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.044550 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top