CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Daniel Radcliffe Dah Jadi Bapa, Nak Anak Ikut Jejak Langkah

28-4-2023 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 706| Komen: 1

Description: Daniel Radcliffe kini bergelar seorang bapa selepas teman wanitanya, Erin Darke melahirkan cahaya mata sulung mereka, baru-baru ini.Berita gembira tersebut turut disahkan syarikat pengurusan pelakon f ...
Daniel Radcliffe kini bergelar seorang bapa selepas teman wanitanya, Erin Darke melahirkan cahaya mata sulung mereka, baru-baru ini.

Berita gembira tersebut turut disahkan syarikat pengurusan pelakon filem Harry Potter tersebut selepas Daily Mail menyiarkan gambar pasangan itu sedang menolak kereta bayi di New York, Amerika Syarikat.



Daily Mail

Bagaimanapun, pihak pengurusan Daniel tidak mendedahkan butiran penuh kelahiran bayi tersebut termasuk jantina, nama dan tarikh lahirnya.

Tahun lalu, Daniel, 33, menerusi temu bual bersama Newsweek memberitahu sekiranya dia mempunyai anak, dia mahu mereka mengikut jejak langkahnya membabitkan diri dalam bidang seni.

"Sekiranya saya mempunyai cahaya mata satu hari nanti, saya suka mereka berada di set penggambaran filem dan melihat bapa mereka bekerja.

"Impian saya adalah untuk melihat mereka berada di sana dengan niat agar mereka mahu menjadi pelakon yang berjaya," katanya.




Untuk rekod, Daniel dan Erin, 37, menjalinkan hubungan sejak sedekad lalu selepas bertemu di set penggambaran filem Kill Your Darlings pada 2012.

Ketika itu, Daniel berusia 23 tahun dan terpaut dengan Erin yang empat tahun lebih tua daripadanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delia3003 28-4-2023 09:44 PM
Edited by delia3003 at 28-4-2023 10:01 PM

Masa announced hari tu, kira dah sarat tunggu due je lah kan, ingatkan baru masuk 2nd trimester. Lama bercinta, dah sedekad. Rupert Grint pun sedekad jugak dengan partner sama. Rupert dan Dan dah, Emma W asyik bertukar partner. Hari tu ada nampak artikel yang jadi Ginny Weasley (lupa nama) tu baru kawen.  

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.045508 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top