CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelawak Veteran Hong Kong Meninggal Dunia

11-4-2023 09:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1263| Komen: 13|Original author: Tatod

Description: Pelakon dan pelawak veteran Hong Kong, Richard Ng meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hong Kong, semalam.Mendiang dilaporkan meninggal dunia atas faktor usianya dan menghidap pelbagai penyakit.Difah ...
Pelakon dan pelawak veteran Hong Kong, Richard Ng meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hong Kong, semalam.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia atas faktor usianya dan menghidap pelbagai penyakit.


Difahamkan, selain mengalami masalah buah pinggang, tahap pendengaran Richard juga kian merosot sejak akhir-akhir ini.


Pada 2021, Richard mendedahkan hanya 10 peratus buah pinggangnya berfungsi dan dia terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng.

Richard yang juga dikenali sebagai Richard Woo sudah berlakon lebih 80 filem sejak membuat penampilan sulungnya dalam filem komedi, The Private Eyes pada 1976.

Richard mendapat pengiktirafan bagi persembahannya dalam Winners And Sinners pada 1983 dan dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong.


Richard juga pernah berlakon dalam sitkom popular Singapura, Under One Roof dari tahun 1995 hingga 2003.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-4-2023 09:46 AM
Suka tengok dia ni berlakon dgn Eric Tsang. Tq kerana menhiburkan meolss masa kecik2 dulu.
Quote azimodin 11-4-2023 10:41 AM
Suka dia dalam filem future cops
Quote Supersirap 11-4-2023 01:26 PM
Minat tengok dia berlakon
Quote cm_asamkumbang 11-4-2023 01:41 PM
Pakcik ni synonim dengan cerita hantu dahulu kala
Quote kucingitam 11-4-2023 02:02 PM
cm_asamkumbang replied at 11-4-2023 01:41 PM
Pakcik ni synonim dengan cerita hantu dahulu kala

skrg dah takde kan cerita hantu cina.. mati dah tak jadi hantu dah gaknya eh
Quote Jitu 12-4-2023 07:24 AM
aku klu tengok muka dia mesti teringat yg scene jd halimunan tu citer winners and sinners
Quote pet_ayut 12-4-2023 07:46 AM
Terima kasih kerana menghiburkan masa kecil kami
Quote iolss 12-4-2023 09:38 AM
Rest in peace Uncle Richard.. thank you hiburkan kami ms kecik2
Quote rospinki 12-4-2023 09:50 AM
minat dia ni dan geng 90s kanton movies. dirog sungguh2 berlakon lawak..hiburan masa tu tak mudah dilupakan.
Quote rospinki 12-4-2023 09:51 AM
okla nak gi keje bai
Quote myakayina 12-4-2023 10:07 AM
last tengok movie dia filem rigor mortis, best citer tu dia jadi hantu...
Quote beatgirlX 13-4-2023 02:00 AM
Dia suka bwk watak funny
Quote lasagna 14-4-2023 10:09 AM
alaaa xde dah dia, tq juga mengihibur kan kami rakyat Msia suatu ketika dahulu.
masa visit HK kat wax museum tak de plak muka dia, tp lps ni mesti bakal ada laa agaknya.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.113949 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top