CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rompakan dua minit

28-6-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5827| Komen: 23

Description: KUALA LUMPUR - “Kejadian berlaku terlalu pantas, sebaik mendengar bunyi jeritan, saya menjengah ke luar kedai dan sempat melihat perompak berkenaan berlari keluar membelakangkan saya sambil kedua-dua ...
KUALA LUMPUR - “Kejadian berlaku terlalu pantas, sebaik mendengar bunyi jeritan, saya menjengah ke luar kedai dan sempat melihat perompak berkenaan berlari keluar membelakangkan saya sambil kedua-dua tangannya menggenggam barang kemas.”

Demikian menurut seorang saksi enggan dikenali yang menyedari kejadian rompakan kedai emas di Jalan Bonus 6, Masjid India, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai dilakukan enam lelaki bermotosikal yang bersenjatakan pistol, ketika pemilik kedai baru sahaja memulakan operasi perniagaan.

Ia mengakibatkan kerugian bernilai kira-kira RM350,000 apabila kumpulan perompak itu melarikan tujuh dulang emas.

Saksi berkenaan yang juga peniaga berhampiran berkata, ketika kejadian, dia sedang membuka premisnya untuk memulakan operasi dan secara tiba-tiba kedengaran bunyi cermin dipecahkan sebelum terdengar jeritan.

Menurutnya, kejadian berlaku dalam tempoh kurang dari dua minit.

“Perompak itu dilihat memakai topi keledar dan berlari keluar ke arah motosikal yang menunggu di simpang jalan tidak jauh dari kedai emas tersebut.

“Saya hanya memikirkan nasib pemilik kedai itu, namun nasib baik dia tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dia berada dalam keadaan trauma ketika saya melihatnya di dalam kedai,” katanya ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian.

Ketika kejadian katanya, pemilik kedai berkenaan berada bersama seorang lagi pembantu kedai.

“Kedai emas itu sudah beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu, dan sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian rompakan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kes disiasat bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata,” katanya.

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 28-6-2013 02:24 PM
pergh..mmg nekad... merompak waktu siang kat public area...
Quote AHMADVW 28-6-2013 02:28 PM
lain kali sewa kat pavilion yob
Quote myls0dasky 28-6-2013 02:47 PM
pro la...2 minit je...
Quote bbalik 28-6-2013 02:49 PM
good job...

cctv xde ke?
Quote izamahmed 28-6-2013 02:51 PM
baik jadi tauke ikan, takde org yg target
Quote Sue.Blossom 28-6-2013 02:55 PM
izamahmed posted on 28-6-2013 02:51 PM
baik jadi tauke ikan, takde org yg target

mne ko tau xde org target?
Quote dubuk 29-6-2013 02:32 PM
ternyata motosikal menjayakan segala aktiviti!
Quote highcastle 29-6-2013 02:39 PM
MissNigga posted on 28-6-2013 02:24 PM
pergh..mmg nekad... merompak waktu siang kat public area...

waktu yg tak disangka tu yg selalu org leka, mcm kat apartment aku dulu, kes pecah rumah selalu berlaku waktu siang, sbb ramai yg pergi kerja.
Quote ushioz 29-6-2013 02:41 PM
izamahmed posted on 28-6-2013 02:51 PM
baik jadi tauke ikan, takde org yg target

dah 2 orang tauke ikan mati ditembak tahun ni.
Quote ogre 29-6-2013 02:41 PM
highcastle posted on 29-6-2013 02:39 PM
waktu yg tak disangka tu yg selalu org leka, mcm kat apartment aku dulu, kes pecah rumah selalu be ...

tak ada pak guard ke apartment kamu
Quote dragger 29-6-2013 02:45 PM
perompak ni tak kira mangsa dia sape

asalkan dia nampak benda tu bole jadi duit dia rembat

tak kiralah macik jual goreng pisang tepi jalan sekalipun yg jadi mangsa

eloknya dpt perampok tu langgar sampai mampus je.. menyusahkan hidup org lain
Quote mak_wa95 29-6-2013 02:51 PM
merompak..merogol..membunuh..mendera... wah malaysiaku masih selamat
Quote trusnowan 29-6-2013 03:41 PM
Malaysia makin x selamat...kena berkawan dgn hishamkeris...
Quote munchkin 29-6-2013 04:32 PM
jenayah sudah berleluasa !
Quote spiderman80 29-6-2013 05:18 PM
Baru dua minit je? Kalau saya nak melancap pun perlukan lebih masa dari tu....
Quote izamahmed 29-6-2013 05:22 PM
bisnes online je la.
Quote highcastle 29-6-2013 05:23 PM
ogre posted on 29-6-2013 02:41 PM
tak ada pak guard ke apartment kamu

selalunya kat apartment ada "informer" kat dalam beritahu, yg mana satu rumah x de orang.. dan selalu kejadian berlaku sewaktu orang tengah buat "renovation", bunyi bising org buat "renovation" boleh menghalang bunyi dia org pecah rumah.. aku tahu benda alah ni sbb aku salah seorang ahli rukun tetangga di situ, so dia org ada bagi penerangan lah pasal camana pecah rumah dilakukan dan selalunya di waktu bila.. kita org juga tak boleh nak harap sgt kat pak guard ni..
Quote anony-mous 29-6-2013 11:42 PM
mak_wa95 posted on 29-6-2013 02:51 PM
merompak..merogol..membunuh..mendera... wah malaysiaku masih selamat{:mlpomelo ...

khen??alhamdulillah msia msih aman xde perang mcm palestin..

ptutla msia duduk negara top 10 pling 'selamat'

yg rompak tu melayu ke india?
Quote jazaa 30-6-2013 12:15 AM
tak habis-habis kaitkan dgn pavilion....
dah tak idea baik jgn bagi komen

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.084997 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top