CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Shakira Berhijrah Ke Miami, Mulakan Hidup Dengan Kekasih Baru?

4-4-2023 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4509| Komen: 2

Description: Penyanyi Shakira bakal memulakan hidup baharu di Miami bersama dua anaknya selepas hampir setahun berpisah dengan kekasih.Menurut laporan media Sepanyol, penyanyi itu dilihat berada di lapangan terban ...
Penyanyi Shakira bakal memulakan hidup baharu di Miami bersama dua anaknya selepas hampir setahun berpisah dengan kekasih.

Menurut laporan media Sepanyol, penyanyi itu dilihat berada di lapangan terbang Sepanyol dengan membawa beg yang banyak pada Ahad.


Khabar angin penghijrahan Shakira itu sudah lama menjadi bualan selepas hubungannya dengan pemain bola Sepanyol, Gerard Pique berakhir.



Bagaimana pun atas faktor-faktor tertentu termasuk kesihatan bapanya yang tidak mengizinkan, Shakira terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.

Dalam masa sama, dia juga sebelum ini dilihat sibuk menguruskan hal perpindahan termasuk menamatkan sesi persekolahan anak-anaknya.

Selain itu satu sumber memaklumkan Shakira juga nekad untuk berpindah ke Miami selepas mula rapat dengan seorang teman lelaki baharu.



Untuk rekod, Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki bersama.

Hubungan mereka berakhir Jun tahun lalu apabila penyanyi lagu Waka Waka itu mendakwa kekasihnya curang.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cattiecute 4-4-2023 12:09 PM
ni kes curang sebab kantoi jem stoberi dia habis tu kan? huhu
tengok video dia pindah rumah dia seketui2 naik treler.
Quote kamexkame 5-4-2023 08:19 AM
cattiecute replied at 4-4-2023 12:09 PM
ni kes curang sebab kantoi jem stoberi dia habis tu kan? huhu
tengok video dia pindah rumah dia seke ...

Yeah. Kerena seketul jem

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.042477 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top