CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kekasih mengaku silap, peguam dedah mesej diterima selepas Jonathan Majors ditangkap

1-4-2023 08:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3718| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Susulan penahanan pelakon Jonathan Majors atas dakwaan mencederakan kekasihnya, peguam aktor berkenaan mendedahkan mesej daripada wanita itu yang menceritakan keadaan sebenar.Mangsa dikatakan menghant ...

Susulan penahanan pelakon Jonathan Majors atas dakwaan mencederakan kekasihnya, peguam aktor berkenaan mendedahkan mesej daripada wanita itu yang menceritakan keadaan sebenar.

Mangsa dikatakan menghantar mesej kepada Jonathan selepas dia ditahan dan dalam tangkap layar yang dikongsi wanita itu mengakui menjadi punca pergaduhan mereka.

Dia (kekasih Jonathan) yang kemudian membuat laporan polis selepas kejadian pada Ahad lalu bagaimanapun tidak berniat untuk mendakwa pelakon itu.


"Mereka (pihak polis) memberitahu saya awak tidak akan didakwa. Mereka hanya tahan mengikut protokol selepas melihat kecederaan yang saya alami dan mereka tahu kita bergaduh.

"Saya minta maaf atas apa yang menimpa awak. Saya telah mengakui silap dengan merampas telefon awak ketika itu.

"Saya telah tegaskan berkali-kali bahawa awak tidak menyerang saya dan mereka tidak mendapat persetujuan untuk mengenakan sebarang dakwaan," jelas paparan perbualan tersebut.


Sumber: mStar

Pada Ahad lalu, Jonathan ditahan pihak berkuasa selepas satu laporan polis dibuat ke atas dirinya berhubung dakwaan mencederakan kekasih.

Pergaduhan dikatakan berlaku kerana kekasihnya itu mengesyaki Jonathan ada hubungan dengan wanita lain dan mereka bertengkar selepas makan malam bersama.

Memetik laporan CNN, kes tersebut kini masih dalam siasatan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042743 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top