CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pas Gesa Akhbar Bahasa Inggeris Mohon Maaf Isu Lawat Rumah Ibadat

29-3-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2966| Komen: 0

Description: Sebuah akhbar berbahasa Inggeris digesa membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.Ia susulan penerbitan artikel yang dikatakan bercanggah ...
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris digesa membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dianggap fitnah kepada pihaknya.

Ia susulan penerbitan artikel yang dikatakan bercanggah dengan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bertarikh 26 Mac 2023 lalu.



FB

"Artikel bertajuk 'Pas goes against Selangor Sultan saying Muslims can't visit churches temples' yang diterbitkan oleh NST itu dianggap fitnah selepas pihaknya secara jelas telah menyatakan bahawa menjunjung kasih titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan larangan ke atas umat Islam untuk melawat rumah-rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara bagi maksud mempelajari kepercayaan lain.

"PAS Selangor di dalam kenyataan media tersebut sama sekali tidak menyebut larangan terhadap orang Islam untuk melawat gereja atau kuil selain bagi maksud mempelajari agama dan kepercayaan lain.


"Oleh itu PAS Selangor menegaskan laporan akhbar New Straits Times tersebut telah dibuat dengan niat tidak baik dengan tujuan untuk memburukkan imej dan nama baik Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang dan Ahli Parlimen Kuala Langat dan dengan tujuan untuk menjejaskan hubungan baik beliau dengan pihak Istana," jelas kenyataan yang dikeluarkan Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor.

Dalam pada itu, Pas menggesa permohonan maaf segera dilakukan dan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuntutan tersebut gagal dipatuhi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah, umat Islam dibenarkan melawat rumah ibadat agama lain selagi tidak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan mereka.

Dalam wawancara bersama akhbar The Star, baginda merujuk kepada tindakan Allahyarham datuk baginda Sultan Alam Shah menghadiri upacara menaiki takhta Ratu Elizabeth II pada 1953 yang diadakan di gereja Westminster Abbey di London.

Titah baginda lagi, kenyataan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini jelas bahawa umat Islam tidak dibenarkan melawat rumah ibadat untuk mempelajari tentang agama lain.

Sehubungan itu, titah baginda, undang-undang negeri dan persekutuan bagi melindungi agama Islam di Selangor adalah jelas dan perlu dihormati.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.093886 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top