CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rosakkan Mesin ATM, Ambil Kad Bank Dan Duit Warga Emas RM46,000- Berjoli Sakan Siap Bawa Isteri Beli Iphone

29-3-2023 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11729| Komen: 144

Description: Seorang warga emas mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya 'lesap' dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.
Seorang warga emas mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya 'lesap' dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.

Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter, difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 62 tahun cuba mengeluarkan wang menerusi mesin ATM di sebuah bank, di Banting, Selangor.


Namun tanpa disedari mangsa, mesin ATM yang digunakannya sudah dirosakkan oleh suspek, menyebabkan kad bank milik mangsa tersangkut dan wang tidak dapat dikeluarkan.

Foto: Twitter

"Si perompak yang hina akan berdiri di belakang mangsa tersebut berlakon macam nak withdraw duit tapi sebenarnya (sedang) perhatikan nombor pin mangsa.

"Perompak akan berpura-pura cuba untuk membantu, dan pada masa tersebut dia akan keluarkan kad lain yang sama dengan kad mangsa, di mana kad mangsa sebelum ni yang dah habis dikebas, diberikan kepada mangsa tanpa disedari.


"Kad di dalam mesin ATM, si perompak boleh ambil dan ingat nombor pin. Mangsa akan ingat kad tersebut rosak. Kejadian akan dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad.

"So dia akan sempat buat transaction sebab hari Isnin baru bank buka untuk buat pertukaran kad. For your information, mangsa warga emas selalunya takkan ada online banking untuk check transaksi," demikian ciapan individu itu menerusi satu bebenang.


Tambah individu berkenaan, sebanyak 23 transaksi dilakukan oleh suspek selama tiga hari dengan melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM46,000.

"Salah satunya transaksi dibuat (untuk) membeli telefon Iphone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar," dedahnya lagi sambil turut memuat naik salinan penyata yang dikeluarkan pihak bank, menunjukkan keseluruhan transaksi yang dilakukan suspek.

Turut dimuat naik, resit pembelian telefon Iphone 13 Pro Max serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis yang dikunjungi oleh suspek.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki dipercayai suspek, yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya, sedang membuat pembelian telefon pintar di premis berkenaan.

Susulan kejadian tersebut, mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Banting pada 28 Mac (Selasa).

Difahamkan, ciapan tersebut dibuat oleh ahli keluarga mangsa bagi meminta bantuan warga maya mengesan suspek berkenaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 29-3-2023 11:25 AM
teknik penipuan baru ni...tulah hati hati guna ATM...pastikan tiada org dibelakang
Quote prettyuglybabe 29-3-2023 11:27 AM
semoga pencuri ni mampus digelek lori..
Quote syamzana 29-3-2023 11:33 AM
kejiss. agak2 bini tu tau ke dak beli phone hasil duit samun??
muka terpampang huhu
Quote ifanonline 29-3-2023 11:40 AM
make sure the person behind you is far away, especially credit card transaction
Quote tahanlasak 29-3-2023 11:47 AM
kalau dh ada report polis .. sekejap je la kau dpt pegang duit tu .. kau dpt panas2 tahi ayam je la .. xpasal2 la ... cari mslh ..  
Quote albedah 29-3-2023 11:50 AM
Babi isle buat keje
Quote Decaffeinated 29-3-2023 11:57 AM
memula kata kad sangkut, lepas tu kata kena kebas dan ditukar dgn kad lain. Which one?

Clear giler kot gambar bini tu jiran2 satu flet wajiblah cam muka walau tak kenal pun belum lagi sedara mara sahabat handai mana ko nak lari. Satu2nya jalan keluar dari malu ko bunuh diri ja lah.


Quote nw111 29-3-2023 12:15 PM
Kalau case mcm ni siapa yg liable? Adakah mangsa blh tuntut balik duit dr pihak bank?
Quote Clan204 29-3-2023 12:21 PM
nw111 replied at 29-3-2023 12:15 PM
Kalau case mcm ni siapa yg liable? Adakah mangsa blh tuntut balik duit dr pihak bank?

kes jenayah kot, bank takkan refund duit tu rasanya
Quote mamaneesa 29-3-2023 12:27 PM
Decaffeinated replied at 29-3-2023 11:57 AM
memula kata kad sangkut, lepas tu kata kena kebas dan ditukar dgn kad lain. Which one?

Clear giler  ...

ye, kad sangkut, pastu org tu berdiri kt blkg mangsa pura2 mcm nak tolong...senyap2 dia tukarkan kad mangsa tu dgn kad mangsa yg lain yg dia dah kebas sblm tu. so bila mangsa blah, trus la dia gunakan kad mangsa utk berjoli, no pin semua dia dh nmpk sblm tu. target dia org tua2, dorg bkn celik sgt benda2 cmni, dia kelentung apa pun konfem pakcik makcik ni percaya
Quote Mooverine 29-3-2023 12:33 PM
Decaffeinated replied at 29-3-2023 11:57 AM
memula kata kad sangkut, lepas tu kata kena kebas dan ditukar dgn kad lain. Which one?

Clear giler  ...

kat sangkut pastu si pencurik tak tau malu ni kan berdiri kat belakang.. dia pura-pura tolong keluarkan kad tapi sebenarnya dia tukar kad tu dgn kad mangsa lain..
selalu kalau g atm, memang warga emas ni tak alert dengan benda mcm ni. selalu kalau awal pagi pukul 7 mcm tu saya g atm, kadang-kadang ada pakcik makcik ni relax saja suruh saya tolong key in pin mereka..
Quote BeskotCekelat 29-3-2023 12:36 PM
RM46K dalam masa 3 hari? Maksimum amount boleh set untuk keluar dari ATM
sehari berapa?
Quote pocongkiutss 29-3-2023 12:40 PM
Keji nak mampos...geramnya iolsssss....ko jgn nk tunggang2 ckp aib muka ko disebarkan ye mangkukkk
Quote Decaffeinated 29-3-2023 12:47 PM
mamaneesa replied at 29-3-2023 12:27 PM
ye, kad sangkut, pastu org tu berdiri kt blkg mangsa pura2 mcm nak tolong...senyap2 dia tukarkan k ...

You are repeating apa yang wartawan tu tulis. So kad tu sangkut ka tak? Im just trying to understand setan ni punya MO exactly. Anyway,thx.

Quote meteorspeed 29-3-2023 12:48 PM
harap dpt tangkap la.umbat dlm lokap..bnyk tue. tak malu ek joli duit org..lahanat betul.tudung tue kasi tanggal la
Quote Decaffeinated 29-3-2023 12:50 PM
Mooverine replied at 29-3-2023 12:33 PM
kat sangkut pastu si pencurik tak tau malu ni kan berdiri kat belakang.. dia pura-pura tolong kelua ...

Means kad tu macam sangkut tapi actually tak sangkut lah? Makes sense. Ini mesti skill tangan macam silap mata lah kot.

Quote prizadane 29-3-2023 12:51 PM
BeskotCekelat replied at 29-3-2023 12:36 PM
RM46K dalam masa 3 hari? Maksimum amount boleh set untuk keluar dari ATM
sehari berapa?

Rasanya bukan cash 46k dia rembat. Maximum maybe 10k per day via atm. The rest via debit card usage via pin. Sebab tu boleh detect transaction card tu beli iphone 13 pro max. Maybe beli 2 unit.. tu ada gambar dia guna card tu beli ipong
Quote Decaffeinated 29-3-2023 12:53 PM
BeskotCekelat replied at 29-3-2023 12:36 PM
RM46K dalam masa 3 hari? Maksimum amount boleh set untuk keluar dari ATM
sehari berapa?

Tak tau lah BSN berapa tapi kalau hanya cash withdrawal macam tak possible. Ini mesti campur ATM transfer dan MyDebit purchases. Dua kali bodohlah kalau transfer AC sendiri.

Quote doridori_hi 29-3-2023 12:56 PM
Kt  Yindon dah lama taktik ni , target mangsa acik2 yg sorang2 nk keluarkan duit... Tgk video tu mmg licik abis

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.092674 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top