CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Perintah Hak Penjagaan Sementara Anak Diberi Kepada Diana

28-3-2023 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2741| Komen: 0

Description: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak pelakon Farid Kamil dan isteri, Diana Danielle, diberikan kepada Diana.Perintah yang dikeluarkan pada Jumaat lalu d ...
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak pelakon Farid Kamil dan isteri, Diana Danielle, diberikan kepada Diana.

Perintah yang dikeluarkan pada Jumaat lalu disahkan Peguam Syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader.



NSTP

"Pada sebutan kes hari ini, kita turut serahkan perintah (dokumen) Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam (kepada Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari) di mana anak guam dapat hak penjagaan interim anak.

"Kita memfailkan hadanah (hak penjagaan anak) pada Khamis lalu dan mahkamah membenarkan permohonan Diana untuk penjagaan interim pada Jumaat.

"Namun, tiada masalah untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya," katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah rendah berkenaan selepas Hakim Syarie, Shukran Yusof, memerintahkan pasangan itu melantik wakil masing-masing dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP).


Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid, 42, enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, hakim syarie berkenaan memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid juga dilaporkan berkata, keretakan rumah tangga bersama Diana, berpunca kehadiran orang ketiga.

Pelakon itu mendakwa sudah maklum mengenai perkara berkenaan sejak tahun lalu.

Ditanya mengenai dakwaan itu, Akberdin berkata, perkara terbabit tidak pernah berbangkit sebelum Diana memfailkan permohonan perceraian.

"Semua itu alasan saja. Bila sudah fail cerai, baru semua keluar (dakwaan orang ketiga).

"Elok kita biar mahkamah membuat keputusan (mengenai permohonan cerai)," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.047102 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top