CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet transgender dilarang sertai acara sukan wanita

25-3-2023 09:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 286| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Pelajar dan atlet transgender. SUMBER AFP.Wanita transgender (mak nyah) tidak lagi dibenarkan bertanding dalam acara balapan dan padang wanita tanpa mengira tahap testosteron mereka, kata Presiden Ola ...
Pelajar dan atlet transgender. SUMBER AFP.


Wanita transgender (mak nyah) tidak lagi dibenarkan bertanding dalam acara balapan dan padang wanita tanpa mengira tahap testosteron mereka, kata Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe kelmarin yang menyatakan bahawa peraturan baharu itu diwujudkan demi keadilan.

Coe berkata, tiada atlet transgender yang telah melalui fasa akil baligh lelaki akan dibenarkan bertanding dalam pertandingan ranking dunia wanita bermula 31 Mac ini.

Bercakap selepas mesyuarat badan pembuat keputusan persekutuan trek dan padang global itu, Coe berkata, Olahraga Dunia telah berunding dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk 40 persekutuan kebangsaan, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan kumpulan trans tentang isu atlet transgender. 


Gambar hiasan.

"Majoriti mereka yang dirujuk menyatakan bahawa atlet transgender tidak sepatutnya bertanding dalam kategori wanita.


“Keputusan yang dibuat ini adalah demi kepentingan sukan,” katanya.

Coe berkata, satu kumpulan kerja diketuai oleh seorang wanita transgender akan diwujudkan untuk memantau perkembangan saintifik berhubung isu tersebut.

“Kami tidak mengatakan ‘tidak’ untuk selama-lamanya,” kata Coe lagi.

Keputusan Olahraga Dunia itu menyusuli langkah badan induk sukan renang, FINA yang melarang perenang transgender daripada bersaing dalam perlumbaan elit wanita.

Ragbi Dunia, pada tahun 2020, menjadi persekutuan sukan antarabangsa pertama melarang transgender bersaing di peringkat elit dan antarabangsa ragbi wanita.


Sumber: Agensi, KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote swimswim 26-3-2023 07:27 PM
Padansssss..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032808 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top