CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cedera Parah Ditumbuk Hafidz Roshdi, Punca Shuhada Dah Tak Pakai Braces

23-3-2023 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4904| Komen: 21

Description: Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sebelum ini memuat naik sebuah foto di Instagram miliknya telah memakai pendakap gigi (braces) selepas tular mengenai kemelut rumah tangganya ber ...
Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sebelum ini memuat naik sebuah foto di Instagram miliknya telah memakai pendakap gigi (braces) selepas tular mengenai kemelut rumah tangganya bersama pelakon itu.


Terkini, menerusi satu hantaran di Instagram, terdapat individu yang mempersoalkan mengenai pendakap giginya itu selepas Shuhada kerap memuat naik foto tanpa memakainya.

Foto: IG

“Cuma nak tanya, Shu pakai braces ke tak sebenarnya? Ke yang pakai braces gambar lama?,” soal individu berkenaan.

Menurut Shu, kecederaan yang dialaminya selepas ditumbuk oleh suaminya, Hafidz Roshdi membuatkan dirinya cedera jenis oral dan maksilofasioal.

“Atas sebab tertentu kena buka braces. Kecederaan saya merujuk kepada bahagian bedah mulut dan maksilofasial,” jawabnya.


Foto: via XTRA


Memetik maksud kecederaan tersebut menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (MyHEALTH), kecederaan Shuhada merujuk di kawasan mulut dan rahang iaitu merangkui di bahagian kawasan bertulang atau struktur daging (isi muka).

Ibu anak dua sebelum ini memuat naik foto wajahnya berdarah dan pipi terkoyak dek ditumbuk Hafidz sebanyak tiga kali ketika mereka berjumpa untuk berbincang.

Menurut portal MyHealth, kecederaan tersebut boleh menyebabkan si mangsa sukar bernafas, bercakap dan makan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 9 Mei depan sebagai sebutan semula kes cerai pasangan berkenaan.

Ia ekoran,Hafidz didakwa telah melafazkan cerai lebih awal melalui mesej di aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu yang mana lafaz ketika itu dibuat menerusi panggilan telefon.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Untuk rekod, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi , 29, dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PemerhatiSuci 23-3-2023 06:18 PM
Tapi bukan ke masa kena tumbuk tu sheols dah tak pakai braces?
Quote likilu 23-3-2023 06:44 PM
PemerhatiSuci replied at 23-3-2023 06:18 PM
Tapi bukan ke masa kena tumbuk tu sheols dah tak pakai braces?

Kena tumbok bertubi tubi sampai tanggal braces?
Quote TerataiMelur02 23-3-2023 06:46 PM
Rasanya gigi shu ni ok je kot. Takdela teruk berlapik ke apa.. Kenapa nak pakai braces?
Kalau jihan tu faham la jugak
Quote elaisyah 23-3-2023 06:50 PM
Edited by elaisyah at 7-5-2023 11:23 PM

-----------------------------------
Quote dudaberhias 23-3-2023 07:49 PM
oh yeke... brace terpaksa kena bukak lepas kena smackdown dan hempuk dek beruk tu... macam zarina sabut nyoq amazon kena hempuk dan smackdown dek anak...

tak di nafikan lepasni mesti si zarina sabut nyoq tu bagi alasan buat muka lagi lepasni... lepas cedera kena katuk dek anak tang muka....
Quote blekkep 23-3-2023 08:27 PM
yeke? rase sblum kena tumbuk dh xde dh braces..sheols ni sejak sheols fitnah mentua sheols subahat biar apis kawen dgn momo which is x kawen pun, aiols susah dh nak caye apa sheols ckp
Quote enginelady 23-3-2023 08:32 PM
blekkep replied at 23-3-2023 08:27 PM
yeke? rase sblum kena tumbuk dh xde dh braces..sheols ni sejak sheols fitnah mentua sheols subahat b ...

Oh tak kawin ke? Ingat dah kena madu
Quote Insomniacs 23-3-2023 09:01 PM
Braces boleh aje pasang baru kan..sbb braces mmg tukar setiap bulan pun
Quote Kurex 23-3-2023 09:06 PM
Setakat komen orang pun nak dibukak benang ke???? Eh pompuan, aku dari dulu tak percaya kau
Quote Kurex 23-3-2023 09:08 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 07:49 PM
oh yeke... brace terpaksa kena bukak lepas kena smackdown dan hempuk dek beruk tu... macam zarina sa ...

Kakak.. selamat berpuasa kakak.. semoga mata kakak terjaga dari tengok wajah jantan yang helok, semak samun pendalaman amazon ..
Quote selipar_hijau 23-3-2023 09:39 PM
Payah aku nak pecaya dia ni. Ntah2 dia beli braces kt shopee tu je pasang sendiri. Done hati hitam di bulan romadon
Quote matjerk 23-3-2023 10:07 PM
Disebablan 2 baris komen tu..terus bukak 1 thread khas?
Quote MatDeghem 23-3-2023 10:33 PM
blekkep replied at 23-3-2023 08:27 PM
yeke? rase sblum kena tumbuk dh xde dh braces..sheols ni sejak sheols fitnah mentua sheols subahat b ...

Oh belum kawin... Yg ambil gambar genggam2 tangan belum suami isteri lah...
Yg melodi Michelle tunjuk scan picture baby dlm perut... Fitnah lah tu semua.
Quote LadyCarefree 23-3-2023 11:14 PM
blekkep replied at 23-3-2023 07:27 PM
yeke? rase sblum kena tumbuk dh xde dh braces..sheols ni sejak sheols fitnah mentua sheols subahat b ...

Dia tak kata pun apoz dengan momo kahwin. Dia kata parents apiz benarkan diorang kahwin tanpa pengetahuan dia.
Quote prettyuglybabe 24-3-2023 09:58 AM
Insomniacs replied at 23-3-2023 09:01 PM
Braces boleh aje pasang baru kan..sbb braces mmg tukar setiap bulan pun

mana ada braces tukar tiap bulan..
takat tukar getah and ketatkan besi je..
tu pun bukan tiap bulan..
Quote rosedemon 24-3-2023 10:10 AM
soooooooooooooooooooooooo kesah?
Quote pittjie 24-3-2023 12:11 PM
Insomniacs replied at 23-3-2023 09:01 PM
Braces boleh aje pasang baru kan..sbb braces mmg tukar setiap bulan pun

kalau ikut cerita dia .. sbb dia bukak braces tu sbb ada kecederaan kat rahang/gusi. bukan sbb kena lepuk braces dia tu patah or pecah .. yang perlu diganti baru. kalau rahang/gusi cedera ... mmg la doktor tak bagi kau pakai braces atau gigi palsu pun. kena bagi rahang atau gusi tu sembuh dulu.

Quote xtravaganza 24-3-2023 01:23 PM
Kaya nye yg tukar braces stp bulan.. ke nk ckp tukar getah tu?

Anyway, mmg mamat masam ni xkawin ke dgn momo tu? Kena scam ke ape nih?
Quote PemerhatiSuci 24-3-2023 08:26 PM
blekkep replied at 23-3-2023 08:27 PM
yeke? rase sblum kena tumbuk dh xde dh braces..sheols ni sejak sheols fitnah mentua sheols subahat b ...

Kannnnn uols. Masa kena tumbuk tu takde plak sheols pakai braces, Adakah sheols nak cakap Apiz redang tak berbuah ni kaki pukul dari dulu? Jeng jeng jeng

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.107483 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top