CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Berdoa Syamsul Menerima Nasib Sama Macam Aaron Apabila Dah Berusia Dan Diuji Dengan Kesihatan,"Isteri Aaron Aziz

23-3-2023 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46433| Komen: 863

Description: Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami aktor itu beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul Yusof ...
Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami aktor itu beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul Yusof sendiri iaitu KL Gangster.


Katanya kecederaan itu berlaku ketika Aaron menjalani latihan dan berharap Syamsul memahami keadaan dilalui suaminya itu.

Foto: IG

"Ya Allah Ya Tuhanku, saya berdoa sempena Ramadan ini untuk Syamsul menerima nasib sama apabila dia sudah berusia dan diuji dengan kesihatan.

"Apa yang suami saya lalui beberapa tahun lalu adalah kecederaan tulang belakang ketika penggambaran filem KL Gangster. Ia berlaku sewaktu menjalani latihan filem berkenaan," katanya di Instagram.

Laporan media sebelum ini turut melaporkan Aaron mula mengalami kesakitan selepas ditimpa kemalangan semasa penggambaran rancangan realiti Fear Factor Malaysia pada 2013.




Diyana juga mendedahkan dia banyak menangis sepanjang projek lakonan KL Gangster kerana tidak menyangka perlu melalui detik-detik sukar sebagai seorang pengurus artis kepada Aaron.

Bagaimanapun dia mengambil iktibar dengan perkara yang berlaku dan menegaskan apa pun yang terjadi, budi bahasa tetap perlu diutamakan.

"Saya menangis teruk untuk projek ini. Sepanjang bergelar pengurus, saya tidak pernah lalui detik sukar seperti ini.

"Saya kini sedar kalau nak all out kita perlu tengok untuk siapa. Berbudi dan berbahasa sangat penting.

"Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek terbaharu ini. Allah lebih tahu dan perancang yang terbaik," ujarnya.



Pada Rabu, Syamsul mendedahkan punca sebenar Aaron digugurkan dalam The Original Gangster walaupun pada asalnya dia mahu menutup kisah di sebalik kemelut berkenaan.

Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan dan keputusan itu bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain yang terlibat.

Sebaliknya Syasmul ialah orang terakhir yang terpaksa akur atas pengguguran Aaron itu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-3-2023 03:55 PM
Edited by LadyCarefree at 23-3-2023 03:01 PM

Jahatnya acik spore ni. Ko ingat doa gitu maka tuhan nak makbulkan? Nanti berbalik kat kau ya acik.

Kalau dah tua gemuk sakit buatlah cara gitu. xkan nak orang ambil berlakon aksi lasak? acik deyna ingat   suka suki ke kena amek laki ko xkisah apa keadaan dia?

balik sporelah acik. bertahun2 dah kt msia mcm2 award menang business lagi xcukup2 ke?

xbersyukur ke selama ni macam2 peluang dapat?

sedar diri lah. dah sakit, dah dpt peluang, xleh perform juga. sudahlah.
Quote KelisaSilver 23-3-2023 03:55 PM
masa awal2 tu nape ko amik AA ni Sol utk citer OG ni? ko kan dah mmg tahu dia slip dics bagai. ni dah amik, ko nak gugurkan pulak. mcm mana ke? aku rasa SOL ni mmg dah gila. ngan semua org dia nak gaduh.... eiii mcm mana la hidup dia.
Quote cattiecute 23-3-2023 03:58 PM
iols rasa dorang sentap bukan pasal kena buang dek sol sangat
tapi sebab sol tak pro nak handle benda ni
patut cakap je elok2
rasanya sol pun nak balas dendam kat aa sebab aa pernah bagitau sarah suruh call dia kan?
Quote nanasno 23-3-2023 03:58 PM
dia ingat dia persis pakcik liam neeson kot
Quote miss_strangers 23-3-2023 04:00 PM
Aku to long aminkan doa bini Aaron. Mmg tabiat Sol suka Aniaya org
Quote babelina 23-3-2023 04:05 PM
Sol sol.. punca slip dics tu masa pengambaran kl gangster..citer sol.. ptt sol ada la cikit budi base.. org tu beriya blakon dlm filem ko.. ptt citer baru nie ko bg la watak lain asalkn dia terlibat dgn projek tu.. ini x ko gugurkn nama dia atas alasan sakit dia tu.. which is blaku masa blakon filem ko.. sol sol.. aniya sgt nie.. moga ko kembali ke pangkal jln..
Quote kikilalapooh 23-3-2023 04:06 PM
babelina replied at 23-3-2023 04:05 PM
Sol sol.. punca slip dics tu masa pengambaran kl gangster..citer sol.. ptt sol ada la cikit budi bas ...

kesian aaron...
Quote babelina 23-3-2023 04:09 PM

knnn.. lg2 msti bini dia merana nk bw dia buat rawatan semua tu.. sakit ht sampai doa yg bkn2..
Quote abadi84 23-3-2023 04:11 PM
Ira Kazar boleh jaga SoLSol dah tua nanti
Quote airmineral 23-3-2023 04:13 PM
nasib la sol. time ni sume penjuru kena serang.

tp kan, drg berlakon lasak2 ni mmg atas risiko sdr ke? kalau risiko sdr, dan drg yg terima itu pilihan drg la kan.
Quote fairiza 23-3-2023 04:13 PM
Td tgk aa explain kat ig dia. Mau x bengang. Ajak jumpa xmo. Pastu suh buat mcm2 member tu dah buat sampai cucuk2 badan..
Camtula gamaknya si ps hadap.
Mmg masalah la mamat ni. Jenis ckp blkg berani ajak jumpa terus kecut.
Quote Orix 23-3-2023 04:15 PM
slip disc no joke ya. nenek iols dlu siap doktor bg on morphine sbb slip disc, mmg x leh operate sbb faktor usia n risk dekat saraf tunjang.... mmg sakit sgt katanya
Quote imah70 23-3-2023 04:16 PM
Kalau Ada yg pandai pasal body languages masa kat makhama dgn press Tu..krg bole tgk yg sol ni byk menipu....
Quote Fly_over 23-3-2023 04:17 PM
oooo sbb cite ni dpt slip disk. tegak je diana doa. xde lapik2 . kalau org lain ayatnya semoga ko xkena mcm laki aku kena. pdhal nak jugak org tu mrasa
Quote zeetot 23-3-2023 04:21 PM
G tengok ig aaron.
Quote izat123 23-3-2023 04:21 PM
Tah lah. Aku satu je tak minat kalau orang suka petik petik nama orang lain ni selalunya tak nak take accountability atas tindakan dia. Habis orang Sol ni petik. Sharnaaz, Beto, penerbit. Kalau kat asrama dulu kena pukul dah orang gini. Jenis petik nama haha.

Plus bukan baru Aaron sakit tu. Dah lama juga kan. Patut tak payah panggil dari awal. Ni dah panggil, cancel, logik je orang tu nak marah. Ajak jumpa tak nak.
Quote kakasotong2 23-3-2023 04:23 PM
LadyCarefree replied at 23-3-2023 03:55 PM
Jahatnya acik spore ni. Ko ingat doa gitu maka tuhan nak makbulkan? Nanti berbalik kat kau ya acik.  ...

Kesian kapel ni xfaham dengan konsep rezeki. Buat malu je merentan2 berdoa sampai mcm tu sekali kat media sosial.
Quote honeybee1802 23-3-2023 04:27 PM
Sol..sol...mak sendiri makan hati dgn ko...bini org sakit hati dgn ko....mmg bwk2 le bertobat...
Quote princessmiang 23-3-2023 04:28 PM
Aminkan aja...sedap mulut bercakap

Lihat semua komen(863)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.088640 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top