CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 4 Tahun Kahwin, Bella Dally Tenang Masih Belum Dikurniakan Anak

21-3-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3695| Komen: 12

Description: Bella Dally sudah empat tahun bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Arif Izuddin namun belum dikurniakan anak.
Bella Dally sudah empat tahun bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Arif Izuddin namun belum dikurniakan anak.

Namun Bella sendiri tidak berasa tertekan dengan soalan 'cepumas' berkenaan, sebaliknya menganggap segala pertanyaan mengenai anak menjadi doa buat mereka berdua.


Foto: IG

"Cahaya mata, belum sampai lagi cahaya mata tu. Saya masih okey apabila ditanyakan mengenai bab hamil.

"Apa pun kami anggap semua itu sebagai doa. Baik saya mahupun suami, kami aminkan saja semua pertanyaan dan harapan orang ramai.

"Alhamdulillah.. saya bersyukur keluarga saya memahami dan tidak memberikan tekanan berhubung soal zuriat. Apatah lagi, semua ini kuasa Allah SWT," katanya.



Menurut pelakon berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini, soal zuriat diserahkan kepada Allah SWT.

Malah, dia juga mengambil pendekatan untuk kekal positif biarpun sering diajukan mengenai soal itu.



"Tidak dinafikan, ada juga pengikut dan peminat bertanya mengenai soal cahaya mata, namun saya sendiri tidak mempunyai jawapannya.

"Oleh itu, saya memilih untuk tidak menjawab pertanyaan di media sosial berhubung soal anak. Cuma doakan saya dan suami, Insya-Allah apabila tiba masanya nanti," katanya.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, dia bersyukur suaminya juga memberikan sokongan daripada aspek mental dan fizikal.



Selepas lima bulan berkenalan, Bella dan Arif mengambil keputusan bertunang pada 12 Januari 2019 di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2019.

Sebelum itu, Bella yang juga pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada September 2016. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2 Mei 2018.

Berkongsi mengenai kerjaya lakonannya, Bella berpendapat walaupun bergelar isteri, namun minat dalam bidang lakonan tidak pernah luntur.



"Alhamdulillah suami memahami kerja, tetapi saya tidak boleh mensia-siakan kepercayaan diberikan suami. Saya faham apabila memegang status isteri, saya perlu tahu menjaga batas.

"Biasanya apabila menerima tawaran, saya akan melihat siapa pengarah dan macam mana jalan ceritanya sebelum bersetuju.

"Saya lebih selektif, tapi tetap akan berlakon terutama jika mendapat watak lain daripada yang lain. Ia termasuk naskhah yang jalan ceritanya bagus dan daripada pengarah terbaik.

"Saya tak nak main 'rembat' tawaran kerana saya pentingkan kualiti lakonan dan jenama saya. Saya juga takkan ambil dua tawaran dalam masa sama kerana tidak mahu hilang fokus," katanya.


Seiring dengan jenamanya bukan saja sebagai pelakon, tetapi juga ikon ramai wanita Muslimah, Bella mahu fokus kepada mutu kerjanya.

Malah, dia juga bersyukur masih diberikan kepercayaan menjadi duta tudung Ariani untuk tahun ke sembilan.

"Alhamdulillah saya mula bertudung sejak sembilan tahun lalu dan dalam tempoh itu juga saya bersama jenama mereka. Syukur kerana jangka masa itu cukup panjang dan saya masih dipilih sebagai duta," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 21-3-2023 10:56 AM
dulu pun masa dengan nazimah... nazimah gigih kata nak anak dengan bella dally dalam interview TV... tup tup rhopernya menonggeng kehausan sampai ke subuh...
Quote lasagna 21-3-2023 12:10 PM
lama betul ek sheol dgn ariani..
mebi rezki sheol kat bahagian lain dulu Allah beri.
Quote starcity 21-3-2023 12:22 PM
Dia ni mmg health conscious. Rajin exercise kt gym, cycling. Mkn pun healthily. Nmpk la she is happy & enjoying her life. Tak ada anak pun tak apa, jnji hidup bahagia & fikiran tenang. Nnti ada rezeki ada la
Quote awenda507 21-3-2023 02:03 PM
yg penting bahagia. belum smpai rezeki anak lg takpe la. syukuri ape yg ade ni kan.
Quote kalchi 21-3-2023 02:06 PM
Taknak rembat tawaran sbb jaga kualiti lakonan konon. Mcmla blakon best   dia mmg sesuai jadi model je.
Quote winky1 21-3-2023 02:46 PM
Bila dah laku sikit mulalah saya lebih selektif .... Hanya 'naskah'  ..masa mula menapak semua rembat...
Quote mamajawie 21-3-2023 02:52 PM
dudaberhias replied at 21-3-2023 10:56 AM
dulu pun masa dengan nazimah... nazimah gigih kata nak anak dengan bella dally dalam interview TV... ...

iollss rasa jimah janda memang nak anak ingat nak buat ivf gamaknya tapi tu la duit nan hado..dintis rupanya..ehehehhehe

Quote dudaberhias 21-3-2023 04:45 PM
mamajawie replied at 21-3-2023 02:52 PM
iollss rasa jimah janda memang nak anak ingat nak buat ivf gamaknya tapi tu la duit nan hado..dint ...

khennn ahahaha... kalau lah jimah janda tu ada rahim... mesti heshe sanggup kandungkan anak untuk bella... gittew kasih sayang seorang ex ...
Quote GincuPurple 22-3-2023 08:48 AM
mamajawie replied at 21-3-2023 06:52 AM
iollss rasa jimah janda memang nak anak ingat nak buat ivf gamaknya tapi tu la duit nan hado..dint ...

Dintis tu apa?
Quote mamajawie 22-3-2023 09:38 AM

Dintis -  xde duit...." mak x leh kuar lah malam ni mak dintis"
Quote mamajawie 22-3-2023 09:40 AM
dudaberhias replied at 21-3-2023 04:45 PM
khennn ahahaha... kalau lah jimah janda tu ada rahim... mesti heshe sanggup kandungkan anak untuk  ...

boleh buat drama baru kakadude...najimah tanpa rahim..konfem rating tinggi pastu haji zeeloob ke nyonya angjing jadi penerbit/pengarah chuollss..

Quote KakZianaZain 22-3-2023 09:48 AM
Kalau aku jadi bella, kalau betul dah ready nak ada baby, aku buat ivf je. Malas nak tunggu2.
Ada duit buat je
Kawan aku pon baru 5 tahun kawen, terus buat IVF. Sbb tak kuasa nak tunggu. Anak thru IVF pon rezeki jugak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.143584 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top