CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

New Zealand Jadi Negara Barat Terbaru Haramkan TikTok Daripada Ahli Parlimen

17-3-2023 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4871| Komen: 5

Description: Bimbang dengan keselamatan berhubung TikTok, New Zealand memaklumkan akan menjadi negara Barat terbaru mengharamkan aplikasi media sosial milik China itu daripada peranti ahli Parlimennya bermula 31 M ...
Bimbang dengan keselamatan berhubung TikTok, New Zealand memaklumkan akan menjadi negara Barat terbaru mengharamkan aplikasi media sosial milik China itu daripada peranti ahli Parlimennya bermula 31 Mac ini.


Ketua Eksekutif Perkhidmatan Parlimen, Rafael Gonzalez-Montero berkata, TikTok akan diharamkan pada semua peranti yang mempunyai akses kepada rangkaian Parlimen mereka.


Gambar hiasan

Gonzalez-Montero berkata, risiko itu tidak boleh diterima dalam persekitaran semasa Parlimen New Zealand.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan analisis pakar kami sendiri dan selepas perbincangan dengan rakan sekerja kami di seluruh kerajaan dan di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

New Zealand menyertai Kanada, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dalam mengharamkan aplikasi popular itu daripada peranti milik kakitangan kerajaan di tengah-tengah kebimbangan keselamatan siber bahawa data boleh dilihat oleh pegawai di Beijing.


Suruhanjaya Eropah juga mengarahkan TikTok dihapuskan daripada peranti pekerja mereka.

Tindakan global terhadap TikTok bermula dengan bersungguh-sungguh di India pada tahun 2020.

Ia adalah antara aplikasi China yang disekat selepas pertempuran maut di sempadan antara India dan China, dengan New Delhi berkata ia cuba mempertahankan kedaulatannya.

Pada tahun yang sama, Presiden AS pada waktu itu, Donald Trump menuduh TikTok mengintip China.

TikTok mengakui pekerja ByteDance di China mengakses butiran akaun AS tetapi ia sentiasa menafikan menyerahkan data kepada pihak berkuasa China.

Presiden semasa AS, Joe Biden pula mengancam untuk mengharamkan aplikasi itu secara langsung melainkan TikTok berpisah daripada ByteDance.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 17-3-2023 04:48 PM
New Zealand di barat meh?
Quote hokeypokey 17-3-2023 05:28 PM
B40tastePosh replied at 17-3-2023 04:48 PM
New Zealand di barat meh?

ntah bangang mana buat tajuk bodo ni.. NZ lagi timur dari Japan laaa
Quote hyie 17-3-2023 05:52 PM
mungkin di barat benua Amerika lah agaknya sis
Quote green~tea 17-3-2023 05:56 PM
Kenapa terancam sgt dgn tiktok.. i pun takde rasa nak tengok tiktok
Quote Nurdianah 17-3-2023 09:42 PM
Cyberattack..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046054 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top