CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kerajaan UK Diharam Guna TikTok

17-3-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4299| Komen: 0

Description: Pegawai kerajaan United Kingdom (UK) diharamkan daripada mengguna aplikasi media sosial, TikTok.Langkah sama turut dilakukan di beberapa negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Sy ...
Pegawai kerajaan United Kingdom (UK) diharamkan daripada mengguna aplikasi media sosial, TikTok.

Langkah sama turut dilakukan di beberapa negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).


Walaupun ia tidak digunakan dengan begitu meluas dalam kalangan pegawai kerajaan negara itu, namun kebimbangan yang disuarakan ialah kepentingan China dengan pemiliknya, ByteDance.


Gambar hiasan

Bahkan, kerisauan yang melanda juga ialah mengenai kemungkinan kerajaan China mendesak pemilik TikTok berkongsi maklumat pengguna.

“Ini merupakan langkah permulaan berdasarkan risiko yang diperincikan sekiranya melibatkan peranti kerajaan,” kata jurucakap kerajaan, Oliver Dowden.

Dalam reaksi segera, TikTok menyatakan rasa kesal dengan keputusan dibuat kerajaan UK itu.

“Kami yakin pengharaman ini dibuat berdasarkan salah faham serta didorong oleh penggunaan meluas TikTok termasuk jutaan pengguna di UK, tidak ketinggalan,” kata jurucakap TikTok.


Kata jurucakap itu lagi, pengurusan aplikasi TikTok dalam masa sama menegaskan, akan kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyampaikan apa sahaja kebimbangan yang berlandaskan fakta selain memberi layanan sama rata kepada pesaing.

Pengumuman dibuat kerajaan UK itu dibuat sehari selepas kerajaan AS meminta pemilik syarikat aplikasi itu menjual kepentingannya atau berhadapan dengan tindakan diharamkan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top