CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paru-Paru Berair, Jangkitan Kuman Di Paru-Paru Dan Jantung Bengkak- Ustaz Azhar Idrus Masuk Hospital

16-3-2023 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4777| Komen: 4

Description: PETALING JAYA – Ustaz Azhar Idrus, hari ini dilaporkan ditahan di sebuah hospital di Terengganu kerana difahamkan mengalami masalah paru-paru berair, jangkitan kuman di paru-paru dan jantung bengkak. ...
PETALING JAYA – Ustaz Azhar Idrus, hari ini dilaporkan ditahan di sebuah hospital di Terengganu kerana difahamkan mengalami masalah paru-paru berair, jangkitan kuman di paru-paru dan jantung bengkak.


Menerusi hantaran di laman sosial Facebook beberapa penceramah terkenal tempatan, Azhar Idrus dipercayai telah dimasukkan di sebuah hospital di Terengganu sejak semalam.

Terkini, beberapa foto pertemuan dan lawatan pendakwah terkenal, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu’ Al-Banjari bersama Azhar Idrus turut viral di media sosial.


Foto: Fb

Dilaporkan, keadaan penceramah selebriti dari Terengganu itu sudah semakain stabil namun memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.

Satu kuliah agama yang dijadualkan diadakan semalam di sebuah masjid Kampung Bukit Tadak, Kuala Telemong, Marang turut ditangguh kepada satu tarikh lain disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi Azhar Idrus.


Terdahulu, pada minggu lalu, ceramah Azhar Idrus terpaksa dibatalkan di beberapa negeri antaranya Selangor kerana dikatakan beliau tidak mempunyai tauliah ceramah.

Menjengah di ruangan komen mendapati, ramai peminat penceramah yang sering menggunakan pendekatan komedi dalam setiap siri ceramahnya selama ini mendoakan kesihatan ustaz tersebut.

“Semoga Ustaz Azhar diberikan kesihatan yang baik dan kembali berdakwah seperti sedia kala,” ujar Farud Awang Ngah.

“Semoga Ustaz Azhar diberi kesembuhan oleh Allah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah,” kata Salina Ahmad Sofian. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote printercomel 16-3-2023 08:11 PM
abis usetat dah masuk hospital ni siapa masak untuk bini bini usetat? habis kebuluq la bini bini usetat sebab usetat cakap memasak kemas tu tanggung jawab suami.

kesian bini bini ustetat.
Quote pooh~key 16-3-2023 08:12 PM
printercomel replied at 16-3-2023 08:11 PM
abis usetat dah masuk hospital ni siapa masak untuk bini bini usetat? habis kebuluq la bini bini use ...

Awat bini-bini heols kudung ke sissy?
Quote printercomel 16-3-2023 08:15 PM
pooh~key replied at 16-3-2023 08:12 PM
Awat bini-bini heols kudung ke sissy?

Gamaknya tugas bini bini menurut dia hanya kangkang atas katil je kot. ulamak mana tah dia pakai abistu Nabi gi perang berbulan - bulan sape masak untuk bini? Dalam hadis pun bgtau suami MEMBANTU tapi dapat kat usetat ni dia pulak cakap tu tugas lelaki memasak kemas etc2. Dah meroyan la puak puak perempuan dengar cakap si usetat ni.

Sekarang dia masuk hospital sape masak untuk bini - bini dia? Kebulur ke nanti. Patut takde tauliah pong
Quote Miss_LoveLeen 16-3-2023 09:59 PM
printercomel: abis usetat dah masuk hospital ...
ustaz sediakan maid untuk masak2 kot chuolss. Takpun food panda, grab food atau shopee food kan ado [em:4:]

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044399 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top