CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Yakin Melabur Sebab DSV Hadir Dan Kami Duduk Semeja," -Mimi Rahzia Pun Jadi 'Mangsa' Lavida Coin?

13-3-2023 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5731| Komen: 14

Description: Mimi Rahzia mendakwa dia adalah antara individu yang tertipu dengan skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) pada 20 ...
Mimi Rahzia mendakwa dia adalah antara individu yang tertipu dengan skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) pada 2018. 


Menurut pelakon kelahiran Brunei yang aktif berlakon di Malaysia pada 2007 berkata, dia tertarik menyertai pelaburan itu menerusi ajakan seorang kawan.


Foto: Harian Metro

"Katanya DSV akan buat satu platform dimana orang boleh gandakan duit menggunakan program ini. Saya yakin kerana dia orang bisnes yang berpengaruh, bukan 'scammer'. 

"Saya dah lupa berapa jumlah pelaburan, tapi rasanya dalam beberapa ribu Dollar Brunei. Tak banyak pun kerana saya banyak tertipu dengan skim lain sebelum itu. 

"Tapi, saya rasa nak masuk sedikit saja hanya kerana nak tengok betul atau tidak mereka boleh jalankan program ini," katanya kepada Harian Metro. 


Mimi yang kini menetap di Brunei dan aktif berlakon di sana berkata, selepas menerima duit, pihak berkenaan langsung tidak memaklumkan perkembangan semasa program itu. 

"Tiada mana-mana pihak yang ambil tanggungjawab langsung. Semasa perjumpaan di sebuah hotel, kami dijanjikan pulangan dan diberitahu pembangunan dan perancangan mereka.

"DSV hadir dan kami duduk semeja. Bila dapat jumpa dan bercakap memang saya yakinlah. Dengarnya di Singapura pun ramai yang masuk. 

"Semasa saya datang ke Malaysia, saya dijemput hadir ke majlis pelancaran. Kehadiran memang penuh. Ada yang buat 'transfer' (pemindahan) terus wang mereka. Memang betul, saya dapati jumlah yang terkumpul berjuta-juta," katanya. 

Selain melabur, mereka dijanjikan komisen jika berjaya membawa masuk pelabur lain. 

"Ramai yang melabur, tapi DSV tak sempat realisasikan apa yang dikata. Kami ada satu WhatsApp berkumpulan, tapi tiada apa-apa. Mereka hilang begitu saja. 

"Rasanya pelan mereka gagal. Tapi sekurang-kurangnya pulangkan 80 peratus wang pelabur kerana mungkin sebahagiannya digunakan untuk anjur program.

"Mereka ada rekod wang masuk. Baguslah sekarang perkara ini dah mula didedahkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rain2169 13-3-2023 01:09 PM
"Saya dah lupa berapa jumlah pelaburan, tapi rasanya dalam beberapa ribu Dollar Brunei. Tak banyak pun kerana saya banyak tertipu dengan skim lain sebelum itu.

*******

sampai tak ingat jumlah pelaburan? mak aihhh..
pas tu dah banyak kali tertipu dengan skim lain...
Aiii senangnya ko kena tipu dow....
Quote epal_putih 13-3-2023 01:13 PM
ada yg sokong tokbidah lagi ke pah neh
stesen tb??
Quote vanillaninja 13-3-2023 01:20 PM
Siapa sheols ni? Macam layak kena kecam je sebab dah berkali2 kena tipu sebelum ni pun tak serik2 lagi.
Quote jihyomelly 13-3-2023 02:02 PM
dah kena byk kali masih x serik? byk duit sgt nih asyik kena scam tapi x kisah
Quote kotakominami 13-3-2023 02:06 PM
Selagi dalam hati ade sifat tamak, tak cukup, malas selagi tu lah scammer mendonia
Quote rogayahtop 13-3-2023 02:08 PM
redha kaedahnya. donate dkt scammer pun redha alah tu antara dia dgn Allah. Menternak scammer.
Quote alieyrina 13-3-2023 02:16 PM
Duit dah byk gitu la. X tahu nak buat apa dah. Sakit mata tgk ribu riban dlm bank Tu yg terus join agaknya
Quote _blackbird 13-3-2023 02:39 PM
takda benda nak kecam, at least dia melabur amount yg dia tak kesal kalau hangus pon
Quote dudaberhias 13-3-2023 02:45 PM
huh ko hengat dsbabi ni nak pulangkan duit kau???? mampos la ko nyah... agen2 quputeh pun dia delete whatsapp group macamtu jah terima je lah takdir yang ko telah di tipu dek orang hodoh tapi bijak menipu macam dsbabi tuh... dia pun kena tipu jugak dek laki sebelum ni walaupun sikit je amount... dan roda pun berpusing kembali...

sooo?? len kali kambuih jah duit tu belakang rumah, lagi selamat
Quote hasniey 13-3-2023 02:50 PM
Duit byk sgt la ni smpai lupa labur berapa ribu
Quote eely_shana 13-3-2023 08:54 PM
Sape pulak mimi ni
Quote doubleharmonic 13-3-2023 09:04 PM

whoareyouss sangat khensss. nama pulak rahzia selayaknyalah career dan identiti kau kekal menjadi suatu rahzia gitewww

Quote nakkomenjugak 15-3-2023 12:17 AM
hanya mampu tersenyum sinisssss
nak percaya founder timbang kilo?
dah tua bangka sisss.... still buat keputusan bodoh
Quote Nurkaseh01 23-3-2023 11:10 PM
Lohhh dsv tu scammer ke

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058701 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top