CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi Sampai RM26 Ribu Jadi Mangsa Scam, Bank Pula Tidak Berperikemanusiaan

3-2-2023 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3044| Komen: 48

Description: Saya adalah salah seorang mangsa penipuan scam yang kerugian kira-kira RM26,000.
SAUDARA PENGARANG,

Saya adalah salah seorang mangsa penipuan scam yang kerugian kira-kira RM26,000.

Kejadian ini berlaku pada Ogos tahun lalu yang pada mulanya membabitkan wang dalam akaun semasa Maybank sebanyak RM2,900. Ia dipindahkan secara tidak sah ke satu akaun e-dompet sebuah platform beli-belah dalam talian.


Selepas itu kredit kad Maybank saya pula kena scam membabitkan pemindahan ke beberapa akaun e-dompet terkenal milik individu lain. Transaksi itu langsung tidak membabitkan apa-apa kebenaran atau kelulusan daripada saya. Saya mengetahui terjadinya transaksi selepas menerima penyata bulanan.


Gambar Hiasan: Utusan Online

Selepas itu saya segera membuat laporan polis dekat Taman Melawati dan terus memanjangkan aduan dengan harapan isu ini dapat diselesaikan segera.

Aduan itu membabitkan pemindahan secara tidak sah daripada kad kredit ke akaun e-dompet empat syarikat penyedia perkhidmatan. Sehingga hari ini, setelah enam bulan, saya masih belum mendapat kembali wang yang hilang daripada akaun semasa bernilai RM2,999.


Bagi kad kredit pula, saya mendapat kembali wang berjumlah RM11,966 yang membabitkan pembayaran kepada dua syarikat e-dompet. Untuk dua syarikat lagi, pihak Maybank meminta saya berurusan terus dengan syarikat-syarikat berkenaan.

Mana mungkin saya seorang pesara yang berumur 67 tahun mampu melakukannya?

Sepatutnya pihak Maybank perlu mengambil tanggungjawab kerana kejadian ini membabitkan syarikat perbankan tersebut.

Lebih malang, kini Maybank menghantar notis tuntutan supaya saya menyelesaikan tunggakan sebanyak RM17,939.69 termasuk faedah sekali. Nampaknya bank tersebut tidak peduli sama ada pelanggan menjadi mangsa scam atau tidak. Mereka tetap menuntut tanpa belas ihsan.

Saya memanjangkan aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) tetapi jawapan yang diterima ialah mereka tidak boleh campur tangan dalam urusan bank berkenaan.

Mereka menasihatkan saya melakukan prosedur tertentu yang mana ia telah dilakukan, iaitu mengadu kepada BNM. Yang saya hairan, kenapa bank tidak bekerjasama dengan syarikat penyedia e-dompet berkenaan untuk membekukan aliran wang ke akaun e-dompet milik scammer sebaik sahaja saya mengadu?

Sebaliknya saya pula yang ditekan dan cuba dipersalahkan.

Kini saya bukan sahaja menjadi mangsa scammer tetapi juga mangsa tidak berperikemanusiaan bank tempatan. Dalam kes saya ini, scammer terlepas, mangsa pula kena ‘hukum’ dengan bank.

ROSLEE AZMI
Bukit Antarabangsa, Ampang

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talapia 3-2-2023 09:52 AM
tak patut betul..
kalau orang tu kena scam telefon ke.. dia keluarkan duit or transfer sendiri ke.. logic la tanggung sendiri.
ni dia taktau apa2.. tau pon sebab dpt statement je
patut credit card tu kena block kalau ada transaction yg mencurigakan

aku pernah kena block sebab ada transaction online game.
aku taktau apa2.. tau2 card takleh pakai
bila call bank baru tau kena block sbb tu.
so pegawai sendiri setelkan dispute. Dapat balik duit tu..
tapi maybe sebab jumlah sikit..
kalaujumlah banyak.. bank takmo layan ke camne?
Quote mamajawie 3-2-2023 10:11 AM
bank mana boleh rugi..ksian kat pakcik ni baik la simpan duit dlm bentuk emas kalu xselamat kat bank..cc pun x pyah pkai la..
Quote kotakominami 3-2-2023 10:14 AM
Kalau saya memang takkan bayar sesen pon pada bank....kalau dia call mintak duit suruh dia mintak ngan scammer tu....pandai2 la dia cari..ntah2 scammer tu geng diorang. Lantakla bankrap pon pakcik dh 65. Bagi isteri pakcik pegang semua harta..
Quote kucingitam 3-2-2023 10:20 AM
bank mana nak tolong...dia kira untung dia je..
Quote epal_putih 3-2-2023 10:22 AM
Bank mana nk rugi.. huhu
Quote ifanonline 3-2-2023 10:22 AM
sudah tiba masanya rakyat malaysia mengurangkan kebergantungan dgn bank, institusi kewangan dan lain2...riba is real...
Quote green~tea 3-2-2023 11:12 AM
Semoga dipermudahkan urusan utk claim balik duit tu

Tp heran gak.. jarang i dengar pesara maseh nak pakai CC.... parents i & PIL i tak pakai CC bila bersara... boleh kot pakcik  ni tutup je acc CC tu..
Quote airmineral 3-2-2023 11:52 AM
xde banker yg blh tlg explain isu mcmni ke?
Quote intan244 3-2-2023 03:45 PM
lansung xselamat. xtau mana loophole yg boleh jadi mangsa. doa la byk2x supaya xdpt musibah mcm ni. lagi sakit hati bank xmau tolong/responsible disebabkan security mereka yg lemah.
Quote venom1 3-2-2023 03:54 PM
bank tau nak untung je..benda2 remeh macam ni bolayan je
Quote prettyuglybabe 3-2-2023 04:13 PM
nama pun bank..
Quote Themilo 3-2-2023 04:23 PM
kotakominami replied at 3-2-2023 02:14 AM
Kalau saya memang takkan bayar sesen pon pada bank....kalau dia call mintak duit suruh dia mintak ng ...

agreed. sekarang had limit bankrap dah naik kepada RM100ribu. Lagi pun warga emas dah terlepas dari bankrap.
Quote sarahmirza 3-2-2023 05:04 PM
Risau simpan duit dlm bank...
I ada 2 bank yg tak register online banking..
Jadi jarang benar monitor duit tu..
Selain masuk asb, FD, sspn...
Mana lagi nak simpan duit?
Nak beli emas fizikal risau kena rompak pulak...
Quote ninja boy 3-2-2023 05:29 PM
Kidnap jcb pergi kokak mesin atm maybank
Quote monreyes 3-2-2023 05:58 PM
kan pakcik tu dah ckp payment ke syarikat pembersihan...for sure dia dah click iklan tu...citer sekerat..pastu maki sana sini..
Quote Nurul8001 3-2-2023 05:59 PM
Saya pernah komen kat benang lain. Tapi, saya komen balik kat benang ni. Kalau pembayaran online di Malaysia, ada minta TAC atau MSOS code. Pembayaran online bukan Malaysia, takde minta TAC atau MSOS code ye. Sbb saya pernah kena masa beli antivirus utk laptop.
Jadi, kalau sesiapa ada 16 number depan dan 3 number belakang kad memang bahaya.

Quote Nurul8001 3-2-2023 06:03 PM
Online banking yg selamatkan saya, ada noti kat fon.  Takdenya saya nak kelebek penyata yg dihantar tu. Bila dapat noti, sy call bank.
Rupa2nya kesilapan saya adalah ter klik bayaran automatik utk every year. Rugiiii.

Kalau kita beli antivirus online kali pertama, dapat diskaun. Kalau next yearnya, tak dapat diskaun. Rugi beberapa puluh ringgit gak
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 06:12 PM
Nurul8001 replied at 3-2-2023 06:03 PM
Online banking yg selamatkan saya, ada noti kat fon.  Takdenya saya nak kelebek penyata yg dihantar  ...

Seumur hidup akak, tak pernah terfikir pun nak kena langgan antivirus, yang free pun sudah memadai apatah lagi ada Windows Defender
Quote Nurul8001 3-2-2023 06:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 3-2-2023 06:12 PM
Seumur hidup akak, tak pernah terfikir pun nak kena langgan antivirus, yang free pun sudah memadai ...

Hahahaha. Sis kaki computer literate. Setakat nak buang virews, petik jari jah.
Saya penakut. Nak on laytop pun baca bismillah 10 kali. Kalau kedapatan virews, harusla menangis bucu katil dulu.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057111 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top