CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Bola Jatuh Longkang, Hanyut Sampai Ke Kolam Kumbahan "Ibu Cuba Capai, Anak Terus Hilang Daripada Pandangan Mata"

3-2-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 813| Komen: 6

Description: SUNGAI PETANI – Seorang ibu hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban selepas melihat anak lelakinya berusia enam tahun terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus deras ke dalam kolam kumbahan di ...
SUNGAI PETANI – Seorang ibu hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban selepas melihat anak lelakinya berusia enam tahun terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus deras ke dalam kolam kumbahan di Taman Sejati Indah, di sini kelmarin.


Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Mohamad Harith Nasrullah Mazzwan terjatuh ke dalam longkang sebelum diha­nyutkan sehingga ke kolam kumbahan tersebut.

Ibu mangsa, Naziroh Abdullah, 40, berkata, kejadian 30 minit tersebut begitu mendebarkan, namun nyawa anaknya masih panjang apabila kanak-kanak itu terselamat di sebalik pokok keladi bunting di kolam berkenaan.


Foto: Kosmo

Cerita wanita itu, ketika kejadian, anak ketiga daripada empat beradik tersebut bermain bola sepak bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter terletak di hadapan rumahnya ketika hujan lebat.

“Sebaik melihat kejadian itu, saya berlari dan cuba mencapai tangan anak (Mohamad Harith) yang hanyut dibawa arus deras di dalam longkang.


“Sambil berlari, saya menjerit meminta jiran-jiran supaya mereka menghubungi pihak bomba. Dalam masa sama, saya cuba capai tangan anak, tetapi gagal kerana arus air terlalu deras.

“Tidak lama kemudian anak saya hilang daripada panda­ngan mata. Ketika itu saya hanya mampu berserah kepada Allah SWT. Benarlah kuasa Allah meng­atasi segala-galanya apabila dia berjaya diselamatkan anggota bomba tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sejati Indah, di sini semalam.

Menurut Naziroh, anak­nya ditemui dalam keadaan tenggelam timbul di kolam kumbahan yang dipenuhi pokok keladi bunting yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

“Alhamdulillah anak saya sihat dan hanya mengalami luka pada kaki,” tambahnya.


Foto: Kosmo

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Syukri Hashim berkata, sebaik menerima panggilan, beliau bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di kawasan kolam kumbahan, kami ternampak tangan kanak-kanak seperti melambai di permukaan kolam.

“Anggota bomba kemudian terjun ke dalam kolam kumbahan tersebut dan berjaya membawa naik mangsa sebelum diberikan rawatan awal,” ujarnya.

Ketika diselamatkan, kanak-kanak tersebut dalam keadaan sedar dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-2-2023 09:36 AM
Apa benda la main bola dalam hujan. Selayaknya tergelincir jatuh dalam longkang. Syukur la persis kucing ada 9 nyawa.
Quote dua_chzy 3-2-2023 09:36 AM
Hujan lebat pula tu kata artikel. Why people why.
Quote Imkhai 3-2-2023 09:39 AM
Dh tahu longkang tepi rmh ko tu penuh air deras lepas hujan yg ko bodoh bg lepas anak ko main dh knp?,bodoh pnya manusia
Quote Rajawali 3-2-2023 09:49 AM
mungkin dia tak ada phone nak bagi anak main mcm orang lain...so anak pun pi la main bola dalam hujan mcm zaman ayah dia dulu dulu  dengan harapan tak la lembik mcm anak orang lain yg ngadap phone 24/7 tu...spekulasi aku lah..
Quote black_handbag 3-2-2023 09:51 AM
Panjang umur lagi budak ni
Quote gede-bab 3-2-2023 09:58 AM
dah hujan dok biar anak main bola

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.167431 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top