CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahz Jaszle Syukur Isteri Tak Cemburu Rapat Dengan Heroin, Lepak Sekali Pun 'No Hal'

2-2-2023 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2304| Komen: 19

Description: Pelakon Shahz Jaszle menjelaskan mengapa perjalanan kariernya dilihat seolah menyepi ketika namanya berada di puncak kegemilangan.Memetik laporan Melodi TV3, Shahz atau nama lengkapnya Shahrizal Jaszl ...
Pelakon Shahz Jaszle menjelaskan mengapa perjalanan kariernya dilihat seolah menyepi ketika namanya berada di puncak kegemilangan.

Memetik laporan Melodi TV3, Shahz atau nama lengkapnya Shahrizal Jaszle Jasmin berkata, perkara tersebut adalah disebabkan dia sudah berumah tangga dan lebih memilih privasi dalam kehidupannya.


“Sebenarnya sebab saya dah berumah tangga, anak pun dah dua. Saya lay low lah, life pun berubah. Basically, saya lebih kepada family, more to private life.

“Berlakon tetap macam biasa tapi more to private life, tak lepak luar, no more social life.


IG

“Sekarang tengah buat comeback, dari segi shooting, alhamdulillah, dan saya juga ke arah perniagaan,” katanya.

Shahz akui tidak berminat untuk mencipta sebarang kontroversi, malah tidak pernah lari daripada media dalam memberikan sebarang penjelasan.

“Buat masa ini, tiada (kontroversi), alhamdulillah. Sekarang semuanya isteri saya yang manage. Orang cakap lebih secure lah.

“Untuk saya, malaslah nak kontroversi ni dan kontroversi dulu pun bukan saya yang buat, orang lain yang buat untuk saya.

“Buat apa saya nak selindung dan lari, kalau benda Itu tiada apa pun. Insya-Allah semuanya akan baik,” kongsinya.

Sering mendapat perhatian setiap kali bergandingan dengan mana-mana aktres, pelakon drama Bila Hati Memilih Dia itu memberitahu isterinya, Hanis Husna tidak cemburu kerana sangat memahami.

“Saya tak rasa risau, kebanyakan pasangan gandingan saya isteri saya kenal, kami memang kawan, bila keluar, lepak sekali pun tiada masalah.

“Alhamdulillah, isteri saya tak cemburu, satu perkara yang perlu tahu, nak jaga perhubungan itu adalah dengan tidak berselindung mesej atau selindung kata kunci. Isteri saya ada kata kunci telefon saya, jadi benda itu tiada nak sorok.

“Ada juga orang bertanya isteri saya tak cemburukah kalau saya bergambar bersama peminat, isteri saya tak kisah tentang itu, alhamdulillah dapat seorang isteri yang sangat memahami.

“Dia tak mengongkong langsung sebab dia suruh saya cari duit lagi ada lah,” jelas Shahz.

Dalam pada itu, Hanis turut memaklumkan dia tidak rasa cemburu kerana menganggap suaminya hanya bekerja.

“Bagi saya, mereka hanya berlakon, saya tak cemburu, apa yang Shahz buat semua saya tahu. Saya tahu dia bekerja.

“Tak perlu sebab dia mencari rezeki untuk keluarga, kalau saya cemburu, macam mana Shahz nak bekerja kan.

“Saya percaya pada dia, semua dan apa yang dia buat dia beritahu saya,” ujar Husna.



Untuk info, Shahz mendirikan rumah tangga bersama Nur Hanis Husna pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.


Sumber: MelodiTV3/Xtra


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 2-2-2023 11:21 PM
Inilah family man

Doa byk2 agar hati x terpesong.
Quote bondeh 2-2-2023 11:24 PM
Beza bini cantik & tak cantik; secure & insecure. Tiberr
Quote kalchi 2-2-2023 11:26 PM
Yela sbb takda org nk kt jezel ni...cuba kalau barakbah tu msej flirty2, msti naik hantu juga
Quote dudaberhias 2-2-2023 11:27 PM
bagus isteri heshe sangat memahami...
dia pun yakin peah pun tak nak dekat laki dia jadi buat apa nak cemburu...

bukan macam bini muka pinggan kemek sorang lagi tu... siap namakan orang bohsia... masalahnya laki ko tu masa bersama kau pun masih di sara dek janda anak 1... dasarrrr...

entah2 dia yang fetish lelaki curang...
Quote zuriey 2-2-2023 11:49 PM
Lama tak dgr cerita dia besar2 dah ank nya..
Quote azimodin 3-2-2023 01:14 AM
Bini dia ni ada berlakon sekali dengan dia dalam drama cinta amnesia (watak gf laki si ardell kain pelekat tu) ke? Muka iras2 dengan pelakon tu.
Quote pocongkiutss 3-2-2023 02:20 AM
Bila2 je hati lelaki boleh berubah dik..Jezel pun dolu2 ada kes kan..doa jelah x kena sondol
Quote EriaDoritis 3-2-2023 04:54 AM
Dah besar-besar anak dia. Mmg low profile betul lepas kawin ye
Quote Nana_Man 3-2-2023 05:57 AM
Cantik bini dia…
Quote Suchi 3-2-2023 06:04 AM
kalchi replied at 2-2-2023 11:26 PM
Yela sbb takda org nk kt jezel ni...cuba kalau barakbah tu msej flirty2, msti naik hantu juga

Haaa betul gak sbb takde yg nak aritu pun heroin laju menafikan.

Lagi satu laa bab2 gini jgn konpiden sgt kita taktau bila kena uji nnt.
Sama mcm lelaki2 yg duk ckp aku taknak poligami bagai siap janji2 kat bini, siap kutuk3 org berpoligami..
Tup2 dia sampai 4 terus, sbb kita takkan tahu apa akan jd masa depan.
Boleh jd suatu masa nnt kita diuji dgn prinsip kita sndiri.

Quote melinda_kerr 3-2-2023 06:46 AM
Menyepi bukanke heshe byk jugak kontreversi dulu2? kes duit dah setelke.. apapun comel anak wife heshe.
Quote ayukpingu 3-2-2023 11:52 AM
cuba badan sado, maintain hensem...ramai penyondol ambik angka giliran ni..
Quote zaraaqilah 3-2-2023 11:55 AM
pernah terserempak dgn couple ni beberapa kali...wife dia comel2 n kecik mcm budak sekolah menengah. Suka boyish cut n sempoi jer
Quote ibu_haritz 3-2-2023 11:56 AM
azimodin replied at 3-2-2023 01:14 AM
Bini dia ni ada berlakon sekali dengan dia dalam drama cinta amnesia (watak gf laki si ardell kain p ...

yelah kan..iols suka dia dlm cite tu..dialog dia bersahaja je..
Quote cikiribum 3-2-2023 02:23 PM
oh patutla takkisah komen emoji love love bagai kat post post sofea ni . bini okay rupanya .
Quote telracs 3-2-2023 04:50 PM
Pernah ada cerita dengan fara bff IK-sol yang gila kat syuk tu kan..
Pernah gosip dengan jah juga kan?
Quote mamastoney 3-2-2023 04:56 PM
telracs replied at 3-2-2023 04:50 PM
Pernah ada cerita dengan fara bff IK-sol yang gila kat syuk tu kan..
Pernah gosip dengan jah juga ka ...

Pernah jd anak ikan mariah paridah jugak chuols......
Quote Kebabomb 3-2-2023 05:06 PM
dudaberhias replied at 2-2-2023 11:27 PM
bagus isteri heshe sangat memahami...
dia pun yakin peah pun tak nak dekat laki dia jadi buat apa na ...

Janda mana… Retis jugak ke … eh!
Quote kisahkeaku 3-2-2023 05:11 PM
Eh dia ni da habes byr ke duit yg dia hutang lofa dulu??

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055589 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top