CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tapak Tangan Dengan Warna Jalur Gemilang Logo Malaysia Madani

2-2-2023 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2446| Komen: 37

Description: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan logo Malaysia Madani, satu konsep yang diperkenalkannya sebagai usaha memacu dan memulihkan maruah dan kegemilangan Malaysia di arena glob ...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan logo Malaysia Madani, satu konsep yang diperkenalkannya sebagai usaha memacu dan memulihkan maruah dan kegemilangan Malaysia di arena global.


Menurut infografik yang disiarkan di laman Facebook dan Twitternya, logo itu menampilkan reka bentuk seperti tapak tangan yang mengandungi empat warna Jalur Gemilang.


FB

Lima jari berjalur merah dan putih yang ditonjolkan dalam logo itu melambangkan prinsip Rukun Negara, asas ideologi Malaysia, manakala bulatan biru pada ‘telapak tangan’ menandakan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lambang bulan sabit yang mewakili agama Islam sebagai agama Persekutuan, turut dijadikan sebagai salah satu elemen logo, selain bintang 14 mata yang menandakan perpaduan di antara 13 negeri dan Wilayah Persekutuan Persekutuan.

Empat warna yang digunakan untuk logo ialah biru, melambangkan perpaduan nasional, keterangkuman dan persaudaraan; merah (keberanian, identiti dan keazaman); kuning (nilai tradisi, budaya dan kearifan tempatan); dan putih (kemuliaan, kesucian hati dan niat baik).


Anwar dalam catatan yang sama berkata Malaysia Madani dicadangkan olehnya sebagai jalan ke hadapan untuk Malaysia serta masyarakat berbilang kaum dan budaya.


Loading FB Post...

“Kami akan berusaha untuk menegakkan nilai-nilai ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Konsep yang diperkenalkan secara rasminya pada 19 Jan lepas itu berteraskan enam tunjang iaitu kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah dan belas kasihan.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-2-2023 03:18 AM
Mcm Talk To The Hand je  
Quote sharlenetexas 3-2-2023 03:46 AM
Kakikudibibirmu @kakikudibibirmu


Quote stingerpressor 3-2-2023 03:54 AM
Jalur gemilang dgn simbol lambangnya tersendiri now Malaysia Madani...

Bila nak ada atau create satu lagi lagu kebangsaan selain negaraku yg sedia ada skg?
Quote white_musk 3-2-2023 05:37 AM
Very the 90s
Quote Farnor 3-2-2023 05:59 AM
Malaysia madani.. Guwe tetap jua dgn slogan kata 1 malaysia.. That's enough for me..
Quote spankee_fili 3-2-2023 07:15 AM
Iols selalu anggap jalur gemilang interpretation 14 buah negeri tu redundant..
Jalur merah putih melambangkan negeri
Bucu bintang pun melambangkan negeri
Camne la boleh menang dan dipilih sebagai bendera kebangsaan
Quote ChildrenOfBodom 3-2-2023 07:36 AM
Sama macam konsep2 pprt pm2 sebelum ni jugak. 1 malaysia, keluarga malaysia, malaysia prihatin..apa.lagi?
Quote Antifake 3-2-2023 07:40 AM
Nak jugak dengan hidden hand ko tu
Quote Samerosie 3-2-2023 10:45 AM
Yang meleis pun sibuk la hencap hamput bangsa lain tak fasih BM konon duduk kat Mesia ni, ujung2 gomen Mesia pun guna bahasa ereb.
Quote HabukBesi 3-2-2023 10:46 AM
the power in your hands gitewww
Quote airmineral 3-2-2023 11:54 AM
perlu ke slogan² ni sume
Quote Skuau 3-2-2023 12:01 PM
'the hand of God' D.A.Maradona......
Quote tripleid 3-2-2023 12:07 PM
IMG_20230203_120556.jpg
Quote TomyamPuteh 3-2-2023 12:28 PM
Malaysia MADANON.
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 02:58 PM
sharlenetexas replied at 3-2-2023 03:46 AM
Kakikudibibirmu @kakikudibibirmu

The Buddhist Palm tersenyum sinis, holei taufan!

[youtube]QaAVG39Ws0c[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 03:01 PM
HabukBesi replied at 3-2-2023 10:46 AM
the power in your hands gitewww


Tak cair di tangan, tetapi cair di mulut
Quote doubleharmonic 3-2-2023 04:23 PM
ChildrenOfBodom replied at 3-2-2023 07:36 AM
Sama macam konsep2 pprt pm2 sebelum ni jugak. 1 malaysia, keluarga malaysia, malaysia prihatin..apa. ...

wawasan kobid 2020
terkuburnya najib 2050 (tn50)


Quote Decaffeinated 3-2-2023 06:22 PM
Setakat ini slogan terbaik bagi aku ialah tema hari kebangsaan 'Keranamu Malaysia'

Next is '1Malaysia'

Simple dan sampai.

Madani ni aura arab dia kuat melayu pun struggle nak explain ko tanya apek sayur lagilah dia ingat macam carpet kot.


Quote Daiken 3-2-2023 06:47 PM
"1 malaysia" universal...semua paham...slogan tu masih didengar dari semua kaum samapi hari ni...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.081979 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top