CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Senarai Jalan Ditutup, Lencongan Sempena Perarakan Thaipusam Di Ipoh

2-2-2023 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 675| Komen: 2

Description: Polis mengumumkan penutupan serta lencongan beberapa jalan di Bandaraya Ipoh sempena sambutan perayaan Thaipusam dari 3 hingga 7 Februari ini.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ...
Polis mengumumkan penutupan serta lencongan beberapa jalan di Bandaraya Ipoh sempena sambutan perayaan Thaipusam dari 3 hingga 7 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, acara utama sambutan ialah perarakan pedati dan kavadi dari Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong ke Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh.



Lencongan dan penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan semasa perarakan Thaipusam di Bandaraya Ipoh. - Gambar fail

Menurutnya, perarakan itu akan bermula jam 6 petang Jumaat dan dijangka selesai 12.30 tengah malam, manakala perarakan balik dijangka bermula 4.30 petang Isnin dan dijangka selesai 10.30 pagi Selasa.

Sehubungan itu, katanya, lencongan dan penutupan jalan secara berperingkat-peringkat akan dilaksanakan semasa perarakan tersebut.

Beliau berkata, antara jalan yang terlibat ialah Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Perhentian, Jalan Sultan Yusoff, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Laxamana, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Datuk Onn Jaafar, Jalan Datuk Ahmafd Said dan Bulatan Hospital.


“Pergerakan balik pedati dari Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh ke Kuil Sri Mariamman, Sungai Pari, Buntong akan melalui laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yahaya berkata, pihaknya menjangkakan kehadiran pengunjung seramai 80,000 sepanjang lima hari sambutan itu di Ipoh.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya di sekitar Bandaraya Ipoh agar merancang perjalanan dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas sepanjang tempuh tersebut.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-2-2023 09:04 AM
OMG jem lah weii harini huhujhuhiuuuu
Quote bulalof 3-2-2023 09:08 AM
selamat memandu dan hati hati di atas jalan raya.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047236 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top