View: 2497|Reply: 37
|
Tapak Tangan Dengan Warna Jalur Gemilang Logo Malaysia Madani
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan logo Malaysia Madani, satu konsep yang diperkenalkannya sebagai usaha memacu dan memulihkan maruah dan kegemilangan Malaysia di arena global.
Menurut infografik yang disiarkan di laman Facebook dan Twitternya, logo itu menampilkan reka bentuk seperti tapak tangan yang mengandungi empat warna Jalur Gemilang.
FB
Lima jari berjalur merah dan putih yang ditonjolkan dalam logo itu melambangkan prinsip Rukun Negara, asas ideologi Malaysia, manakala bulatan biru pada ‘telapak tangan’ menandakan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Lambang bulan sabit yang mewakili agama Islam sebagai agama Persekutuan, turut dijadikan sebagai salah satu elemen logo, selain bintang 14 mata yang menandakan perpaduan di antara 13 negeri dan Wilayah Persekutuan Persekutuan.
Empat warna yang digunakan untuk logo ialah biru, melambangkan perpaduan nasional, keterangkuman dan persaudaraan; merah (keberanian, identiti dan keazaman); kuning (nilai tradisi, budaya dan kearifan tempatan); dan putih (kemuliaan, kesucian hati dan niat baik).
Anwar dalam catatan yang sama berkata Malaysia Madani dicadangkan olehnya sebagai jalan ke hadapan untuk Malaysia serta masyarakat berbilang kaum dan budaya.
“Kami akan berusaha untuk menegakkan nilai-nilai ini dengan sebaik mungkin,” katanya.
Konsep yang diperkenalkan secara rasminya pada 19 Jan lepas itu berteraskan enam tunjang iaitu kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah dan belas kasihan.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Talk To The Hand je |
|
|
|
|
|
|
|
Kakikudibibirmu @kakikudibibirmu
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalur gemilang dgn simbol lambangnya tersendiri now Malaysia Madani...
Bila nak ada atau create satu lagi lagu kebangsaan selain negaraku yg sedia ada skg? |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia madani.. Guwe tetap jua dgn slogan kata 1 malaysia.. That's enough for me.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols selalu anggap jalur gemilang interpretation 14 buah negeri tu redundant..
Jalur merah putih melambangkan negeri
Bucu bintang pun melambangkan negeri
Camne la boleh menang dan dipilih sebagai bendera kebangsaan |
|
|
|
|
|
|
|
Sama macam konsep2 pprt pm2 sebelum ni jugak. 1 malaysia, keluarga malaysia, malaysia prihatin..apa.lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jugak dengan hidden hand ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang meleis pun sibuk la hencap hamput bangsa lain tak fasih BM konon duduk kat Mesia ni, ujung2 gomen Mesia pun guna bahasa ereb. |
|
|
|
|
|
|
|
the power in your hands gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
'the hand of God' D.A.Maradona...... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
wawasan kobid 2020
terkuburnya najib 2050 (tn50)
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ini slogan terbaik bagi aku ialah tema hari kebangsaan 'Keranamu Malaysia'
Next is '1Malaysia'
Simple dan sampai.
Madani ni aura arab dia kuat melayu pun struggle nak explain ko tanya apek sayur lagilah dia ingat macam carpet kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
"1 malaysia" universal...semua paham...slogan tu masih didengar dari semua kaum samapi hari ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|