CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kesal 2 Kaunter PBT Je Dibuka, 9 Lagi Mana?

2-2-2023 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3450| Komen: 65

Description: Seorang lelaki kesal apabila kaunter pengurusan di bawah kerajaan Negeri Sembilan tidak menunjukkan perkhidmatan memuaskan kepada para pelanggan.Menerusi sebuah video tular, pengguna TikTok @danielpg3 ...
Seorang lelaki kesal apabila kaunter pengurusan di bawah kerajaan Negeri Sembilan tidak menunjukkan perkhidmatan memuaskan kepada para pelanggan.

Menerusi sebuah video tular, pengguna TikTok @danielpg381 membangkitkan perkara itu apabila hanya dua daripada 11 kaunter Majlis Bandaraya Seremban cawangan Nilai dibuka ketika waktu bekerja.




Sedangkan katanya, ramai pelanggan berada di dalam bangunan untuk melakukan urusan rasmi pihak berkuasa tempatan itu.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Selasa lalu.

Pada masa sama, rata-rata pengguna media sosial yang mengalami nasib sama turut tidak berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan oleh sesetengah pengurusan kerajaan.





Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-2-2023 10:13 PM
Pelikz kan..
Banyak kaunter..tapi bukak 2 3 je..
Mostly gitu lah..
Kenapa.ek?
Quote kotakominami 2-2-2023 10:13 PM
4 kat kedai salai, 3 kat parking rokok sepang, 2 cuti besalin....haa cukop la tu
Quote akies 2-2-2023 10:16 PM
Forummer acik2 gomen yang keje kaunter ni sila munculkan diri.
Cuba explain kenapa kaunter kerajaan semua nya camni.


Quote Zazama 3-2-2023 12:12 AM
Kaka pernah keje kilang multiglobal jepun. Kat situ, 1operator pengeluaran perempuan serba serbi multiskills. 1operator boleh handle 9 mesin! Hebat tau!
Quote Perwira2022 3-2-2023 12:41 AM
Staff PBT memang ramai calon neraka... Majoriti makan gaji buta.
Quote mojarean_X 3-2-2023 12:44 AM
akies replied at 2-2-2023 10:16 PM
Forummer acik2 gomen yang keje kaunter ni sila munculkan diri.
Cuba explain kenapa kaunter kerajaan  ...

X cukup tenaga kerja kot. Mohon Cuepacs desak kerajaan tambah tenaga kerja lg
Quote spankee_fili 3-2-2023 07:44 AM
Zazama replied at 3-2-2023 12:12 AM
Kaka pernah keje kilang multiglobal jepun. Kat situ, 1operator pengeluaran perempuan serba serbi mul ...

Ala mesin kilang tekan button jek, power on pilih running model, pilih kuantiti pastu run..
Kalau reject pun dia blast alarm atau power auto cut off
Ni jaga kaunter mengadap perangai manusia, mana boleh auto cut off mulut2 yg tanya banyak yg komplen banyak tu..
Dahla acik dapat bonus sikit je tak macam korang yg keje kilang mnc bonus berbulan2, ada profit sharing bagai

- acik gomen
- gred jaga kaunter
Quote bulalof 3-2-2023 07:47 AM
tambahan kalau Hari Jumaat, boleh katakan kerja separuh hari je.
Quote shernazz 3-2-2023 07:48 AM
spankee_fili replied at 3-2-2023 07:44 AM
Ala mesin kilang tekan button jek, power on pilih running model, pilih kuantiti pastu run..
Kalau  ...

Dolu bank simpanan nasional juga begitu..
Kalau teman mak iols..mmg lama.la ..
Pstu dok promot.ssp tu..mak iols.tak.mau..depa.masam.muka

Kalau public bank mmg cepat
Quote wirazam 3-2-2023 07:54 AM
mojarean_X replied at 3-2-2023 12:44 AM
X cukup tenaga kerja kot. Mohon Cuepacs desak kerajaan tambah tenaga kerja lg

Patutnya ko train la staf operasi lain yg kurang keje or keje sibuk bermusim...itu pun nak kena ajar ke..
Cuba tgk kat pasaraya, kalau ramai customer, SV suh staf replenishment jadi cashier..SV pun kdg2 jadi cashier
Quote imanamsyar 3-2-2023 07:59 AM
PBT ni gomen ke?
Quote LoveSungmin 3-2-2023 08:00 AM
last month i jjcm kat kelate dengan my sis.. pergi hari rabu lepas tu balik hari sebab nak makan² je.. memula nak sarapan kat kopitiam kita, sekali tutup pula.. so kitorang sarapan kat ayang cafe.. dari masuk kedai sampai dah habis makan, tak putus² staf gomen keluar masuk walaupun kalau diikutkan time tu memang office hour dalam hati i, patut la kaunter ofis gomen selalu kosong
Quote mojarean_X 3-2-2023 09:06 AM
imanamsyar replied at 3-2-2023 07:59 AM
PBT ni gomen ke?

Under state gomen
Quote imanamsyar 3-2-2023 09:27 AM

ooo..ok..faham...
Quote sapeka 3-2-2023 09:44 AM
Apa yg mslh?
Bayar la online
Bil pon boleh dapat online
Guna jompay ke
Guna apps dr pbt tu ke
Cergas la sikit pemikiran tu
Nak p pbt dengan parking susah
Nak kena bayar parking
Nak kena jumpa acik kaunter gemuk muka masam cakap kasar

Online je la
Quote fofuler 3-2-2023 09:45 AM
Senario biasa je kaunter banyak tapi tak buka dekat PBT2 ni, tak kisahlah federal atau state gomen. Entah bila nak improve pun tak tau
Quote OsHiN_hOnEy 3-2-2023 09:50 AM
bulalof replied at 3-2-2023 07:47 AM
tambahan kalau Hari Jumaat, boleh katakan kerja separuh hari je.

kalo di johor ni
khamis separuh hari jer bekerja
tak cukup jumaat tu dah cuti
dasar pemakan gaji haram

Quote airmineral 3-2-2023 11:58 AM
state gomen ni iols rasa lagi teruk drpd federal pny
Quote pasa 3-2-2023 12:05 PM
sapeka replied at 3-2-2023 09:44 AM
Apa yg mslh?
Bayar la online
Bil pon boleh dapat online

acik kepam tak pandai online

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053570 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top