CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Emilia Hanafi Jual Roti Jala, Pulut Kuning, Rendang, Dan Kerepek Untuk Tanggung 3 Anak

2-2-2023 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12595| Komen: 176

Description: KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal, dia terpaksa banyak membuat kerja-kerja sambilan ...
KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal, dia terpaksa banyak membuat kerja-kerja sambilan antaranya menjual makanan bagi menampung kehidupan.


Menurut Emilia, 43, antara makanan yang dijual dari rumah ialah roti jala kuah kari, pulut kuning, rendang daging dan kerepek bayam.

“Saya juga menjual agar-agar serta ada membuat kek yang mana resipi kek itu saya pelajari semasa saya tinggal di Amerika Syarikat. Pada sama saya juga buat freelance (kerja sambilan) dekorasi rumah,” katanya.


Foto: Kosmo

Mengulas lanjut, pekerjaan sambilan yang dilakukan adalah bagi menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya yang berusia 10, 12 dan 17 tahun yang mana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi seorang anaknya tidak cukup.

“Pada waktu sekarang saya dan tiga anak lelaki menumpang di rumah ibu dan bapa saya, kerana masih menunggu lokasi tempat tinggal untuk anak-anak dari (perintah) Mahkamah Syariah,” katanya lagi.


Emilia berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin.

Untuk rekod, Emilia dan S.M Faisal berkahwin pada 2002 sebelum bercerai 2016 manakala hak penjagaan terhadap tiga anak mereka, diberikan sepenuhnya kepada wanita itu.

Dalam prosiding hari ini S.M Faisal diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung lagi 28 Februari ini.

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini mengarahkan Emilia dipanggil memberi keterangan hari ini berhubung dakwaan dipukul bekas suaminya itu.

Majistret Nadia memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili S.M Faisal untuk Emilia dipanggil dahulu memberi keterangan.

Menurut mahkamah, kes itu pada 2016 namun pada 2021 bermula perbicaraan selain mahkamah bersedia mendengar kes ini tanpa gangguan.

Dalam prosiding terdahulu, bekas adik ipar S.M Faisal, Elisa Nani Hanafi, 38, memberitahu tujuh tahun lalu kakaknya Emilia Hanafi pernah bercerita dia selalu dipukul oleh suaminya secara berterusan selama tiga hingga empat tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 2-2-2023 06:23 PM
Try jual lobang fefet kau sisthur. Untung2 boleh naik taraf kadi call girl golongan VIP sis.
Quote noor2 2-2-2023 06:24 PM
Bekas suami x tanggung ke...tapi tu la hidup ni mcm roda....
Quote Thunderclouds 2-2-2023 06:27 PM
Puhleeezzzzz...
Mustahil benau kawen dari 2002-2016 lgsung tadak kaut kurang² sejota setahun wat geli² sorok mana².
Choi naw naw
Quote pooh~key 2-2-2023 06:37 PM
Lah akak nak taip jadi, jadi kadi pulak sister.
Quote eyansss 2-2-2023 07:03 PM
sorang rm2k dah ok untuk rakyat marhaen…  tapi kalau untuk dia yang dah biasa mewah memang rasa tak cukup…  dah la yuran sekolah bekas laki lucifier dia bayarkan…  jadinya takde isu sepatutnya…
Quote Suchi 2-2-2023 07:05 PM
Baca komen2 acik fb kelakor weh dorang kata takkan 6 ribu tak cukup utk anak2 sekolah tu.
Adoi yg bercerai mak pak knp plak anak2 yg kena downgrade hidup dorang.
Sepatutnya takde apa yg berubah kecuali mak ayah dorang dh tak duk serumah.
Pendidikan bagai sama je la mcm sblm mak ngn ayah dia bercerai.
Bknnya ayah dia meninggal pun masih hidup kot.
Tiba dorang suh ank2 dia tu sekolah gomen jer dan hidup ala kadar.
Quote honeybee1802 2-2-2023 07:34 PM
Suchi replied at 2-2-2023 07:05 PM
Baca komen2 acik fb kelakor weh dorang kata takkan 6 ribu tak cukup utk anak2 sekolah tu.
Adoi yg be ...

Iols terigt dulu ada coursemate iols sorang ni laki..berdendam wo dgn apaknya...sbb apaknya ceraikan mak dia...then dia n adik kena downgrade hidup...
Quote fofuler 2-2-2023 10:15 PM
Suchi: Baca komen2 acik fb kelakor we ...
Macam pernah baca somewhere yang apak dia orang bayarkan yuran sekolah private/international setahun terus tapi mak dia taknak hantar anak ke sekolah tu. Ke ni kes orang lain ah?
Quote fofuler 2-2-2023 10:19 PM
eyansss replied at 2-2-2023 07:03 PM
sorang rm2k dah ok untuk rakyat marhaen…  tapi kalau untuk dia yang dah biasa mewah memang rasa tak ...

Ya itulah tapi macam ingat2 lupa, macam yuran tu bayar gitu je tapi bebudak tak ke sekolah tu sebab mak dia prefer sekolah lain yang lagi up. Tapi tak ingat macam mana jalan cerita dia, ke cerita orang lain dah mixed up dalam otak aku ke apa hahaha. Banyak tuu 2k sebulan sorang, especially dalam gawat camni
Quote jazaa100 2-2-2023 10:26 PM
Edited by jazaa100 at 2-2-2023 10:28 PM
eyansss replied at 2-2-2023 07:03 PM
sorang rm2k dah ok untuk rakyat marhaen…  tapi kalau untuk dia yang dah biasa mewah memang rasa tak ...


Kann yan.....

Rm6k utk mkn & belanja pocket, ok lah tu.....
Yuran dah byr .....
Klu buat kepek bayam utk belanja sendiri, blh je sbb belanja dia bkn exhb kena tanggung pun....

Akak dulu extaguna bg rm200 je....tapi yuran, duit bas & tuisyen sebln rm1k....blm masuk duit poket & mkn lg....sbb tu dulu tak tgu pun dia dah masuk duit ke blm.....sbb ciput sgt ...blh byr duit bas je.....

Quote eyansss 2-2-2023 10:39 PM
fofuler replied at 2-2-2023 10:19 PM
Ya itulah tapi macam ingat2 lupa, macam yuran tu bayar gitu je tapi bebudak tak ke sekolah tu seba ...

dia nak tukar sekolah lain tapi ex laki kata kenapa nak tukar sedangkan dah lama diorang sekolah kat sotu plus kazen bebudak tu sekolah kat situ gak...  part ni memang aki tak sokong dia...  bagi aku, kalau dah laki sponsor all pastu rm6k tu hanya untuk anak2 joli katak, ok dah tu...  sebab kalau tak silap ex laki siap offer driver lagi untuk urusan sekolah anak2...  tapi part duit barang basah barang dapur anak3 aku tak sure ex laki dia sediakan sekali tak...  tapi rm6k tu cukup sangat dah kalau kena beli barang dapur sekali...
Quote eyansss 2-2-2023 10:40 PM
jazaa100 replied at 2-2-2023 10:26 PM
Kann yan.....

Rm6k utk mkn & belanja pocket, ok lah tu.....

tu la yang dipertikaikan...  dia nak banyak mana lagi...  sebab segala yuran ex laki dah bayar n semua bayaran aktiviti tambahan kat sekolah pun dah bill terus ke ex laki...  tang ni bagi aku dia tak bersyukur...
Quote royaldanish 2-2-2023 10:42 PM
Owhh ye ke jual roti jala? Orang2 yg tak pernah susah bag hermes / channel lagi…
Quote Purplehaz 2-2-2023 11:15 PM
Kita doakan jelah agar urusan wanita ini dipermudahkan.. dah byk kot dia menderita.
kekadang duit ni bukanlah sebab utk kita rasa x cukup atau apa.
Quote intan244 2-2-2023 11:18 PM
hidup mcm roda. masa kat bawah kena la pandai adjust. ujian itu utk hilangkan dosa, naikkan darjat.
Quote lesprincesse 2-2-2023 11:23 PM
Mcm pelik pulak statement ni pada i. Bukannya dia termasuk dalam kategory org susah pun
Quote naina 2-2-2023 11:24 PM
eyansss replied at 2-2-2023 10:40 PM
tu la yang dipertikaikan...  dia nak banyak mana lagi...  sebab segala yuran ex laki dah bayar n s ...

Ye tak bersyukur..aku rasa dia berdendam. Dia nak lebih lagi. Tamak. Dalam kes ni yang penting kan anak2 dh di tanggung sepenuhnya oleh bapak. Lepastu rm2k sorang untuk geli2 dah cukup buat mereka gembira. Emilia ni patut tengok dan campur ibu tunggal yang lain yang lebih susah lagi baru dia reti bersyukur. Ni kes.jadi panjang tak habis2. Harta sepencarian nak tuntut lebih kot
Quote Piramida 2-2-2023 11:49 PM
Edited by Piramida at 2-2-2023 11:55 PM

Nampak mewah je pun life dia... family well off jugak lah tu kan.
Jual kerepek ke apa bagai mesti buss. besar import export kerepek bayam etc lah kot kan nak maintain lifestyle tu.  
Quote cmf_premierleag 2-2-2023 11:54 PM
kenapa kene berjualan food bagai
apsal x apply job kat linkedin jobstreet bagai?
takkan x bleh buat keje2 opis kut
kata kaya raya,ramai kenalan networking bagai..apsal susah sgt nk apply keje job2 kat opis?

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.124225 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top