CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dipenjara Biarkan Kucing Peliharaan Mati Kebuluran

2-2-2023 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 563| Komen: 10

Description: SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara 20 hari selepas gagal membayar denda SGD$10,000 (RM13,042) kerana membiarkan kucing peliharaannya kebuluran sehingga mati, lapor laman ...
SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara 20 hari selepas gagal membayar denda SGD$10,000 (RM13,042) kerana membiarkan kucing peliharaannya kebuluran sehingga mati, lapor laman berita Thaiger semalam. 


Menurut rekod mahkamah, lelaki berkenaan mengambil kucing tersebut pada Februari 2019 dan menjadi penjaga utamanya.

Bagaimanapun pada Oktober 2020, dia bersama keluarga berpindah dari rumah flat mereka di Sembawang, tempat kucing itu dipelihara.


Foto: Wiki common

Rumah baharu lelaki itu terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari flat tersebut di Boon Lay. Dia hanya sekali-sekala kembali ke flat untuk memberi kucing itu makan. 

Walaupun dimaklumkan oleh jiran mengenai bau busuk dari flat itu, lelaki tersebut tidak kembali untuk memeriksa kucingnya yang kelaparan.

Dalam perbicaraan mahkamah, dia mengaku kali terakhir memberi kucingnya makan adalah pada Disember 2020.


Lembaga Taman Negara menemui bangkai haiwan itu pada 2 Februari 2021. Bedah siasat mendapati ia mati akibat penghadaman sendiri, keadaan di mana sel yang mati mencerna sendiri akibat kelaparan, demikian menurut saluran Channel News Asia.

Lelaki itu mengaku bersalah mengakibatkan kematian kucing bernama Grey itu dengan gagal membekalkan makanan dan air mencukupi antara 25 Disember 2020 hingga  2 Februari 2021.

Lelaki itu meminta tempoh penangguhan untuk membayar denda tetapi gagal. Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 20 hari akibat mengingkari denda. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laradelara 2-2-2023 06:40 PM
Jahat btol mamat ni. Moga dpt lah balasan setimpal di alam sana nanti
Quote gigahertz 2-2-2023 06:57 PM
Makanan kucing mmg mahal sekarang
Quote pocongkiutss 2-2-2023 07:00 PM
Eh barbie..ko x mampu nk jaga..pegilah up for adoption ..mmg nk kena carut
Quote Antifake 2-2-2023 07:35 PM
Tambahkan aje dendanya. 20 hari x cukup. Tambah kerja amal
Quote kotakominami 2-2-2023 08:42 PM
Adoi.  Dpt bayangkan kucing dia meronta lapar kt rumah tu.kucing aku nih kalau tak dapat treats feveret dia melalak mcm kena dera padahal takleh bg kerap .kenapa tk lepaskan bia dia g cari mkn.
Quote kerabuBiru 2-2-2023 09:24 PM
Sudah mahal duit rm ermm
Quote rosedemon 3-2-2023 08:38 AM
biar jela mati bukan best pon
Quote Mooverine 3-2-2023 08:56 AM
seram bila baca news macam ni.
orang macam ni silap-silap ada darkside yang sangat teruk.
dengan haiwan hidup yang dia sendiri adopt pun dia boleh buat relax ja tiada rasa simpati tengok kebulur macam tu.
Quote cmf_premierleag 3-2-2023 08:58 AM
Bodohnya wartawan kosmo ni ya
Kejadah SGD10K = RM13K
X reti pakai converter ke dik? Now rate sama RM32K
Quote mejaputih 3-2-2023 08:59 AM
lepaskan lah kucing tu biar dia survive sendiri...jahat la kurung tanpa makanan dan minuman...seksa binatang tu kelaparan...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054461 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top