CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beria Sangat! Ramai Mual Tengok Drama Mas Idayu Merajuk Tak Nak Bagi Komen

30-1-2023 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8071| Komen: 103

Description: Aksi juri tetap, Mas Idayu yang seolah-olah merajuk dan membisu seketika tetapi kemudian berubah pendirian semasa konsert minggu separuh akhir Famili Duo disifatkan drama memualkan dalam netizen.
Aksi juri tetap, Mas Idayu yang seolah-olah merajuk dan membisu seketika tetapi kemudian berubah pendirian semasa konsert minggu separuh akhir Famili Duo disifatkan drama memualkan dalam netizen.

Keengganan Mas Idayu memberi komen terhadap peserta pertama, Siti Sisters yang membuat persembahan turut diakui rakan juri, Ajai.

Ajai memaklumkan, Mas Idayu memilih berdiam diri kerana enggan segala komennya disalah anggap.


Foto: Kosmo

Di Twitter rata-rata netizen tidak puas hati dengan sikap tiada berpendirian penyanyi senior itu, selain melabelkan aksi tersebut sebagai terlampau beria-ria.

“Dramalah Mas Idayu ini. Beria sangat.

“Kalau tidak mahu beri komen apa-apa, baik tidak perlu datang dan gantikan tempat tersebut dengan juri jemputan professional yang berpendidikan.

“Tidak perlu beria-ria menangis suruh Mas Idayu komen. Bagus juga senyap begitu, senang buat duit,” demikian ciap netizen dalam Twitter.


“Menyampah pula tengok Famili Duo ini dengan drama. Siti Sisters itu disuruh baca skrip merayu minta Mas Idayu komen,” ciap seorang lagi netizen.

Namun, selepas setiap peserta merayu minta persembahan mereka diberi komen, juri tetap itu akhirnya beralah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 29-1-2023 11:34 PM
biar la dia xnk komen pun..ada sesapa yg nk menangis ke?
Ok iols buat lawak je ye
Quote MatDeghem 29-1-2023 11:35 PM
bg mat pun ok je kalau nenek saka kebayan mulut senget nak membisu. Harap porever membisu  
Quote makadek 29-1-2023 11:37 PM
Sissy dn naim tk eran dgn mummy
Jwb pn mcm tak da hal la
Tp mumy bg marks tinggi

Aku follow dr mggu pertama dikbrdik siti lg teruk siap kena kecam makcik2 diorg mmg sentap tp ok je lps tu.. Overall mas dn ajai okay je sepanjang mggu... Tak over
Tp malam kejadian tu sisy nyanyi teruk sgt
Mmg tak sdp langsung compare malam ni
Wlpn msih kureng.. Tp ttp dpt hi mark
Cuma silap mummy tertengking kuat sikit
Apa pn mumy dn ajai tak de pilih kasih
Anak jamal pn dia bambu
Quote winky1 29-1-2023 11:42 PM
Edited by winky1 at 29-1-2023 11:44 PM

Jadi dibayar utk apa?
Kena belajar beri komen dgn adab. Bukan ikut nafsu marah. Learn to be a better person as a jury.
Quote makadek 29-1-2023 11:44 PM
ekselen replied at 29-1-2023 11:34 PM
biar la dia xnk komen pun..ada sesapa yg nk menangis ke?
Ok iols buat lawak je ye

Bella nangis je
Risau mummy
Quote alesandra 29-1-2023 11:46 PM
makadek replied at 29-1-2023 11:37 PM
Sissy dn naim tk eran dgn mummy
Jwb pn mcm tak da hal la
Tp mumy bg marks tinggi

tak jadi tarik diri ke sissy,naim tu?
Quote orkidorkido 29-1-2023 11:47 PM
Dia ni memang tak cerdik
Suka ikut emosi dan tak professional
Quote dudaberhias 29-1-2023 11:48 PM
elok la tu membisu... kira dia dah sedar diri la tu walaupun tak nak kalah... dasar mak lampir ego tinggi! patut la di tinggalkan dek aman graseka untuk cikki yang lebih muda berbanding che pit yang dah menopos lepastu kuat meroyan...

btw celah mana ko sayangnyaa marah2 tu... tak nampak pun cahaya keibuan...

cuba anak ko masuk dan ko tengking2 sama macam gitu mesti tak berani kan....
Quote rayna_raynes 29-1-2023 11:48 PM
syukur alhamdulillah, sedar pun diri
Quote rayna_raynes 29-1-2023 11:49 PM
alesandra replied at 29-1-2023 11:46 PM
tak jadi tarik diri ke sissy,naim tu?

dah sign kontrak susah ler nak tarik diri.

Quote makadek 29-1-2023 11:49 PM
alesandra replied at 29-1-2023 11:46 PM
tak jadi tarik diri ke sissy,naim tu?

Gedix je lebih... Mmg ego 2 2 tu tak sporting
Org lain ok je mintak mas komen, mas pn rilex
Masa cina tu ckp tknak suh mmy komen ke
Naim tk kisah dia kata nk komen ke tk komen ini hiburan terserah
. Sissy tu muka ketat..  Suara ttp jugak hauk
Tp hauk lg last week..
Quote hanihan16 29-1-2023 11:50 PM
dia dibayar utk komen, kena la komen. cuma komen jangan menjerit menengking. boleh je apa yg dia tegur tu dicakapkan dgn nada yang biasa mcm ajai. dah ngengada konon boikot tak nak komen tak payahlah jadi juri. baik ngko yang tarik diri. mas.. mas.. hati kau keras mas!
Quote lazim 29-1-2023 11:51 PM
Naim pndai ckp. Dia tahu dia patut side sissy tak pyh merayu minta komen
Quote alesandra 29-1-2023 11:53 PM
rayna_raynes replied at 29-1-2023 11:49 PM
dah sign kontrak susah ler nak tarik diri.

kalu ikut kontrak ..xkan ada boleh kritik sampai kena jerit,marah dan dimalukan serata alam?
Quote ekselen 29-1-2023 11:54 PM
hanihan16 replied at 29-1-2023 11:50 PM
dia dibayar utk komen, kena la komen. cuma komen jangan menjerit menengking. boleh je apa yg dia teg ...

Betul...kena tegur dia cara komen tu jgnla jerit2 sbb mungkin ada yg lemah semangat... Tu je sbb tau dia ni jenis jujur bila bg komen dan komen dia sentiasa berisi...
Quote asamfish 29-1-2023 11:55 PM
Bodoh!  Dan perangai suka sentap!  Orang yg suka komen org lain pedas2 ni, mmg hati tisu dan cepat sentap kalau diri dikomen org lain!  
Quote ekselen 29-1-2023 11:55 PM
makadek replied at 29-1-2023 11:44 PM
Bella nangis je
Risau mummy

Belakon kot...kt blkg pastu gelak2
Quote alesandra 29-1-2023 11:56 PM
makadek replied at 29-1-2023 11:49 PM
Gedix je lebih... Mmg ego 2 2 tu tak sporting
Org lain ok je mintak mas komen, mas pn rilex
Masa c ...

mcm kena paksa je keberadaan deyols di situ?sapa menang?jebat la kaann?
Quote makadek 29-1-2023 11:56 PM
lazim replied at 29-1-2023 11:51 PM
Naim pndai ckp. Dia tahu dia patut side sissy tak pyh merayu minta komen

Memang la maksudnya 2 ketul ni tak rilex tak chill...aku yg tgk dr awl program ni, yg rasa terhina tu adik brdik siti kena memakcik terus
Viral sikit je.. Sbb diorg chill mggu ke 3 dn hujung2 all out.bru tau saerah preggy lg kesian kena kecam marks pn rendah..
Kira 2 ketul ni tk hormat juri gakla
Juri kn tugas dia  bg markah dn komen
Cuma time sisy kena nasib tk baik
Suara mas tinggi kalau tk mggu2 sblmnya dia ok je.. Selalu je puji..
So aku turn off kt 2 ekor ni

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.056966 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top