CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uqasha Memang Peminat Hindustan, Makanan Dia Lah Power Cakap Urdu

20-1-2023 05:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3336| Komen: 18

Description: Drama Akira Khan mencetuskan fenomena di tanah air apabila mula bersiaran di saluran Astro Ria dan Astro Go malam kelmarin.Video rakaman memaparkan sedutan dalam drama diteraju Uqasha Senrose dan Kama ...
Drama Akira Khan mencetuskan fenomena di tanah air apabila mula bersiaran di saluran Astro Ria dan Astro Go malam kelmarin.

Video rakaman memaparkan sedutan dalam drama diteraju Uqasha Senrose dan Kamal Adli itu mula membanjiri media sosial terutama di TikTok.



IG

Salah satu muat naik milik NorzanaAJ di TikTok yang memaparkan sedutan pendek Uqasha berdialog dalam bahasa urdu dalam drama tersebut menarik perhatian ramai. 



Malah, pemilik hantaran ini juga menulis coretan ringkas dan memuji aktres jelita ini dapat berbahasa dengan baik.

Pelbagai reaksi serta respons membanjiri ruangan komen muat naik tersebut. (Kini pemilik video telah menutup ruangan komen)





Pastinya ramai terpegun mendengar Uqasha bertutur dalam bahasa urdu dengan lancar di dalam drama Akira Khan ini. Namun disebalik lakonan dan dialog yang dilontarkan, aktres ini bekerja keras untuk berlatih.

Malah, pemilik video ini juga mendedahkan, Uqasha kerap berlatih menuturkan dialog dalam bahasa urdu tersebut.




Sekadar info, drama Akira Khan merupakan terbitan SR One Sdn Bhd dan diarahkan pengarah Jamal Khan. 

Drama yang diterajui Uqasha Senrose, Kamal Adli, ini menggandingkan ramai barisan pelakon hebat yang lain seperti Irfan Zaini, Maria Farida, Esma Daniel, Julia Farhana dan ramai lagi.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 20-1-2023 06:06 AM
iols dengar macam tak smooth je dia cakap berbanding pompan sorang lagi tu
Quote Perawankota 20-1-2023 06:33 AM
Rasa mcm cakap satu2.. X der lah power..

Tapi masa, episod 1 tu, tengok tempat kat Pakistan tu, Ya Allah cantik sangat... Aku puji cinematography.. Bab2 cakap bahasa lain, malas nk ckp.. Plus muka dia dgn Maria farida pon tak der langsung belah2 Pakistan.. Harapkan putih ke main je
Quote Shahman86 20-1-2023 06:43 AM
LadyCarefree replied at 20-1-2023 06:06 AM
iols dengar macam tak smooth je dia cakap berbanding pompan sorang lagi tu

Kau ni pon nk agak2 la..cuba kalau kau yg suruh pompuan paki tu cakp melayu.sama  ajelah.
Quote Shahman86 20-1-2023 06:46 AM
Edited by Shahman86 at 20-1-2023 07:05 AM

Mungkin sbb guna kamera hd utk dptkan visual yg cantik jelas kelihatan kedutan dan penuaan di muka maria farida dlm drama ni compare dgn gmbar dia kat ig
Quote LadyCarefree 20-1-2023 08:42 AM
Shahman86 replied at 20-1-2023 05:43 AM
Kau ni pon nk agak2 la..cuba kalau kau yg suruh pompuan paki tu cakp melayu.sama  ajelah.

sebab dipuji melambung seolah2 ungka shah cakap macam native speaker lagaknya.
Quote freyayong 20-1-2023 09:26 AM
tp better la uqasaha dr maria farida. betul2 hafal skrip mcm robot.
Quote JiEunTak 20-1-2023 09:30 AM
x la fluent seperti digembar gemburkan...
sepatah sepatah dia sebut perkataan urdu tu...
x smooth... baik buat voice over...
tp hats off laa dia punya effort...
cerah sgt filter drama nih...
tgk kat ig x dak la putih tera tu si uqasha ni
Quote epuepy 20-1-2023 09:38 AM
Ada je mak Wan berlakon. Tgok ungka tag mak Wan. So celah mna tkde job?
Quote nb_17 20-1-2023 09:52 AM
bila ckp urdu okla...tp bila ckp melayu melayu sgt haha..x mcm anak mix lgsg..at least buat la pelat2 skit...tak brp real jd nya hrp pki baju n make up ala2 paki je ler...
Quote roti_banjir 20-1-2023 10:02 AM
epuepy replied at 20-1-2023 09:38 AM
Ada je mak Wan berlakon. Tgok ungka tag mak Wan. So celah mna tkde job?

drama nih shooting dah lama.... baru  nih jer keluar tv..... tp memagn lama dah tak nampak mak wan tuh berlakon.....
Quote epuepy 20-1-2023 10:14 PM
roti_banjir replied at 20-1-2023 10:02 AM
drama nih shooting dah lama.... baru  nih jer keluar tv..... tp memagn lama dah tak nampak mak wan ...

Oh.. Patut la. Mungkin gak mak Wan dpt  payment rendah.
Quote Mekgadis16 20-1-2023 11:25 PM
Aku puji effort dia tapi nak kata power tu idok la. Still ada bunyi seketul seketul skrip tu. Tapi kalau di-polish ni boleh pegi jauh. Huhuhu
Quote xtinkerbellx 21-1-2023 12:30 AM
Iols ade terserempak deyols masa shooting cite ni. Uqasha lawa gebu gebas kamal kepam buncit
Quote AcikBuncit 30-1-2023 12:00 AM
Sebijik2 word dia cakap.. xdgr mcm natural pon.. Knp ambik dia ni jd paki. Cm xmsuk plk nengoknya.. Putih je lbh. Ptt ambik yg muka2 mami sikit.. Elisya sandha pon ok. Xpn si pmpuan yg kne cekik tu apa namanya haha
Quote TabletSusu 30-1-2023 09:17 AM
AcikBuncit replied at 29-1-2023 04:00 PM
Sebijik2 word dia cakap.. xdgr mcm natural pon.. Knp ambik dia ni jd paki. Cm xmsuk plk nengoknya..  ...

Reen Rahim.

betul jgk.. muka x nampak gaya paki lgsg. harap putih je. rasanya klu adik dia si nell pun ok kot
Quote orangbiasaje 30-1-2023 10:36 AM
Time ni rasa macam kalau amik dari adik beradik nilopak mungkin wajah lebih sesuai kot...sbb diorg pun ada darah pakistan, iras2 genetik pakistan tu pun ada, more believable.

Sebutan Urdu dia masih sepatah-sepatah, kurang smooth, tapi bolehlah...cuma nak percaya dia sebagai gadis Pakistan takde lah, lebih percaya dia anak campuran (contohnya dia anak bapak Melayu, mak Pakistan, yang tinggal di Malaysia, baru first time balik Pakistan, baru praktis dengan sedara-mara cakap Urdu).

Sebenarnya drama mcm ni patut ada peluang buat kerjasama dengan pelakon Pakistan, mcm drama2 yg kita gabung dengan Filipino (Jericho Rosales) dan Indonesia (tak igt sapa mamat tu, tapi dgn Janna Nick dan Izara Aishah).
Quote akuHavocczz 30-1-2023 10:39 AM
orangbiasaje replied at 30-1-2023 10:36 AM
Time ni rasa macam kalau amik dari adik beradik nilopak mungkin wajah lebih sesuai kot...sbb diorg p ...

Tapi dia memang cakap melayu pun sepatah sepatah. Kekadang rasa nak hempuk je kasi cakap cepat sikit.
Quote krustykrab 30-1-2023 10:56 AM
AcikBuncit replied at 30-1-2023 12:00 AM
Sebijik2 word dia cakap.. xdgr mcm natural pon.. Knp ambik dia ni jd paki. Cm xmsuk plk nengoknya..  ...

Tu lah..mcm tak kena..mf tu pun mcm tak kena je jd paki..
Elisha sandha mmg sesuai..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.152445 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top