CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bawa Tuala Berlumuran Darah Ke Balai, Isteri Aktor Terkenal Buat Aduan Jadi Mangsa Kekerasan Domestik

9-1-2023 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2685| Komen: 4

Description: Isteri kepada seorang aktor terkenal membuat aduan polis bahawa suaminya melakukan kekerasan terhadap dirinya sehingga dia berlumuran darah, lapor portal berita Suara.com hari ini.Seorang pegawai poli ...
Isteri kepada seorang aktor terkenal membuat aduan polis bahawa suaminya melakukan kekerasan terhadap dirinya sehingga dia berlumuran darah, lapor portal berita Suara.com hari ini.


Seorang pegawai polis di Jawa Timur, Totok Suharyanto menyatakan ketika membuat laporan, isteri tersebut iaitu aktres Venna Melinda juga membawa barang bukti iaitu sehelai kain tuala dan pakaian yang berlumuran darah.


Muka Venna Melinda berlumuran darah selepas dia membuat laporan polis bahawa suaminya melakukan kekerasan terhadapnya. - Istimewa

Belum ada keterangan lebih berkaitan dakwaan kekerasan domestik yang didakwa dilakukan oleh suaminya, Ferry Irawan, manakala pihak polis masih melakukan siasatan.

Kejadian itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Kediri.

Bagaimanapun, terdapat  seorang netizen  yang mengaku sebagai saksi dalam kes tersebut kerana dia juga berada di sebelah bilik Venna, mendengar teriakan dari ibu tiga orang anak itu.

Sementara  itu, Ferry Irawan dikhabarkan juga sudah diminta memberikan keterangan berhubung dengan kes tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-1-2023 09:14 AM
BUBUH JE LAH artis yindonnnnnn...... kalau nak letak general 'artis terkenal' tu make sure orang negara ni pun kenal nokkkkkkk
Quote afie_m 11-1-2023 03:35 PM
macam-macam

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.065462 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top