CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dah Berbulan Brad Pitt Bercinta Dengan Usahawan Barang Kemas

20-12-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2439| Komen: 5

Description: Kisah percintaan Brat Pitt kembali menjadi perhatian apabila dia kini dilihat rapat dengan Ines de Ramon, usahawan barang kemas.Pasangan ini dikatakan bercinta sejak beberapa bulan lalu dan kali perta ...
Kisah percintaan Brat Pitt kembali menjadi perhatian apabila dia kini dilihat rapat dengan Ines de Ramon, usahawan barang kemas.

Pasangan ini dikatakan bercinta sejak beberapa bulan lalu dan kali pertama dilihat bersama adalah ketika menghadiri sebuah konsert bersama pada 13 November.



Pitt dan Ines dilihat menghadiri konsert Bono di Los Angeles - Foto: Page Six/BACKGRID

Kedua-duanya mahu meluangkan masa bersama sempena meraikan sambutan tahun baharu nanti.

"Ines memaklumkan, Brad seorang lelaki yang baik. Mereka merancang untuk sambut tahun baru bersama," kata satu sumber seperti dipetik dari People.


US Weekly

Sementara itu, orang terdekat Brad juga mengesahkan pelakon Bullet Train berkenaan sedang bercinta dan mereka sering keluar bersama jika ada waktu lapang.

"Mereka bercinta dan bahagia. Mungkin belum serius lagi tapi mereka sangat selesa bersama. Mereka akan keluar bersama jika ada waktu lapang.


Foto: Page Six/BACKGRID

"Bukan hanya berdua, malah mereka juga akan keluar dengan rakan-rakan lain," jelas sumber berkenaan.

Sementara itu Ines dilihat hadir pada malam tayangan perdana filem terbaharu lakonan Brad berjudul Babylon baru-baru ini.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 20-12-2022 11:52 AM
untong laa... walaupun dah tua bedpit nih
Quote Orix 20-12-2022 12:23 PM
brad pitt ni mmg ada aura hensem even dah kertu... oh gosh
Quote lasagna 26-1-2023 03:52 PM
lawo juga gf abam pit ni ek..
Quote nadie90 27-1-2023 08:17 PM
Tengok Brad Pitt tringat dia berlakon filem Legend of the Fall....handsome betul dgn rambut panjang dia....Brad Pitt, Johnny Depp, Keanu Reeves antara pelakon2 lelaki yang handsome masa nama depa meletop2 zaman 80an-90an


Ok la Brad Pitt punya gf level businesswoman....sama2 berduit gitu
Quote anony-mous 30-1-2023 11:48 PM
Bestnya jd lelaki

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061571 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top