CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Angelina Jolie Bawa Haluan Sendiri Selepas 2 Dekad Bersama UNHCR

17-12-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1763| Komen: 2

Description: Angelina Jolie mengumumkan dirinya menamatkan perkhidmatan sebagai wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR.Akui Aktres Hollywood itu, dia akan membawa haluan sendiri s ...
Angelina Jolie mengumumkan dirinya menamatkan perkhidmatan sebagai wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR.

Akui Aktres Hollywood itu, dia akan membawa haluan sendiri selepas dua dekad bersama agensi itu.



Foto: The Guardian

Dalam satu kenyataan, Jolie memaklumkan akan meneruskan usaha terlibat dalam isu hak asasi dan kemanusiaan yang lebih mencabar.

Ini termasuk bekerjasama secara terus dengan pelarian dan organisasi tempatan.

Jolie mula bekerjasama dengan UNHCR pada 2001 sebelum dilantik sebagai wakil khas pada 2012.



Sepanjang tempoh itu, beliau terlibat dengan 60 misi pelarian di lapangan.

Dalam tulisan terbaharunya yang disiarkan akhbar The Guardian, Jolie menarik perhatian apabila secara terbuka menyatakan kekecewaannya dengan kegagalan dunia menangani keganasan seksual ketika konflik.

Jolie turut mengecam Majlis Keselamatan PBB yang didakwa menyalahgunakan kuasa veto.


Sumber: AWANI




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-12-2022 10:12 PM
Semoga yang baik2 aje yer Acik Jolie..
Quote babysolaris 18-12-2022 07:37 AM
best of luck angelina jolie!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044051 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top