CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nicolas Cage Percaya Dirinya Alien, Beli Keranda Piramid Mewah Sebagai Persediaan Kematiannya

14-12-2022 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1194| Komen: 5

Description: Bintang Hollywood Nicholas Cage mendakwa sejak kecil sering dimomokkan dia adalah makhluk asing yang turun ke bumi dan bukannya manusia.Nicolas berkata, perkara itu sering diberitahu bapanya sendiri b ...
Bintang Hollywood Nicholas Cage mendakwa sejak kecil sering dimomokkan dia adalah makhluk asing yang turun ke bumi dan bukannya manusia.

Nicolas berkata, perkara itu sering diberitahu bapanya sendiri bahawa dia tidak seperti manusia biasa sehingga menyebabkan dia percaya apa diperkatakan.

"Waktu kecil, bapa beritahu bahawa saya tidak seperti manusia biasa kerana saya adalah seorang alien.


Hungary Posts English

"Tetapi waktu saya jumpa doktor, organ dan rangka badan saya normal dan tiada yang pelik," katanya.

Sementara itu, pelakon Ghost Rider ini memberitahu disebabkan perkara itu dia membesar sebagai seorang yang kurang keyakinan diri kerana percaya dia bukan seperti manusia normal lain.


Bagaimanapun Nicolas mendedahkan pelakon dan penyanyi David Bowie banyak mengubah presepsinya terhadap kehidupan selain menjadikan dia lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

"Saya mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan orang tetapi selepas menonton lakonan David dalam filem The Man Who Fall to Earth, saya jadi lebih yakin.

"Sebab itu saya jadi pelakon kerana saya merasakan bahawa diri saya lain daripada orang normal," katanya.

Dalam pada itu, Nicolas memberitahu disebabkan perkara itu dia gemar membeli dan menyimpan barangan pelik yang disifatkan dapat membantunya mengatasi trauma.

Antara koleksi pelik dalam simpanannya termasuklah fosil dinosur, ular tedung albini, karya seni eksotif malah membina sebuah rumah agam bertemakan hantu.

Tidak hanya itu, Nicolas turut membeli keranda berbentuk piramid mewah dan mahu jasadnya diletakkan di situ selepas kematiannya nanti.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 14-12-2022 09:17 PM
cakap je la ko mmg boros..mcm la orang xtau..
Quote sabundettol 15-12-2022 12:12 AM
Bongok betui buh gambar ET hahahaha
Quote makita 15-12-2022 07:27 PM
Dia ni personal life aneh2 je kan wpon blakon best.
Quote PetitionWriter 15-12-2022 08:17 PM
dari muka dia mmg tau dia ni terencat

kohkohkohkohkohkoh
Quote marchikobonzo 16-12-2022 02:29 PM
Dia ni eccentric

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047810 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top