CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hattan Sakit Hati! Anak Kena Tipu Dengan Scammer B*bi, Habis Lesap Duit Simpanan

3-12-2022 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5832| Komen: 53

Description: Datuk Hattan mengingatkan orang ramai terutama anak muda supaya jangan mudah percaya dengan tawaran pekerjaan atas talian yang menawarkan pelbagai kelebihan demi mengaburi mata.
Datuk Hattan mengingatkan orang ramai terutama anak muda supaya jangan mudah percaya dengan tawaran pekerjaan atas talian yang menawarkan pelbagai kelebihan demi mengaburi mata.


Menurut pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin itu, anaknya, Adam Eiman, 24, menjadi mangsa terbaharu ‘scammer’ selepas memohon jawatan ditawarkan sebuah syarikat sehingga kehilangan wang simpanan di dalam bank.

Foto: Kosmo

“Saya sakit hati sangat. Sekarang ini anak-anak muda kena berhati-hati kalau mahu mencari kerja kerana ramai penyamun menyamar dalam media sosial.

“Jangan dilayan atau terpedaya dengan tawaran indah mereka. Semua itu penipu dan sekadar mahu mengaburi mata bakal mangsa.


“Saya kasihan dengan golongan muda yang cuba nasib cari kerja tetapi akhirnya ‘terkena’. Selepas pohon jawatan tiba-tiba diminta buat beberapa perkara dalam laman web.

“Sedar-sedar habis duit dalam akaun. Letih budak kumpul duit dan berjimat, kemudian kena ‘scam’ dengan syarikat penipu,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

Sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), penyanyi Biso Bona itu mengakui terkejut apabila anaknya sendiri menjadi mangsa.



Katanya, sebagai langkah pencegahan dia meminta masyarakat jangan terlampau taksub menggunakan telefon apabila mudah percaya dengan segala perkara yang ditawarkan dalam talian.

Justeru Hattan menyarankan agar orang ramai kembali kepada kaedah mencari pekerjaan melalui proses biasa termasuk menghadiri temu duga secara fizikal.

“Apa-apa pun, sebelum berbuat sesuatu atau bersetuju dengan sebarang terma kita semua perlu membuat semakan teliti bagi mengelakkan terpedaya.

“Jangan main redah saja sebab saya difahamkan ramai sudah menjadi mangsa,” katanya yang berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan memberikan hukuman tegas terhadap penipu siber.

Untuk info, Adam yang juga penyanyi dan komposer adalah anak tunggal Hattan dengan Datin Ariani Mohd. Abidin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikgojesss 3-12-2022 01:56 PM
heshe pakai bra ke? tersembul jah..
ke puting tetek terlondeh? mesti itam hangus kan???
Quote LadyCarefree 3-12-2022 02:52 PM
adan uke......
Quote KamikuP 3-12-2022 03:16 PM
Kesian or not kesian?
Quote MarryPottet 3-12-2022 04:19 PM
"Sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), penyanyi Biso Bona itu mengakui terkejut apabila anaknya sendiri menjadi mangsa."

Duta anti-scam makan gaji butalah tu kan sampai anak sendiri pun kena scam
Kalau dia all out laksanakan tggjwb sebagai duta tu tentu kes scam semakin menurun & anak sendiri lebih alert dgn tektik scammer hence takkan kena scam
Quote Buritan 3-12-2022 04:21 PM
LadyCarefree: adan uke......



Kira oklaa.. dulu ekau pun nipu org..
Quote kuzaime 3-12-2022 04:30 PM
Scammer bab2 cari kerja? cam mana boleh terkena? Xde pulak dia cerita detail. Benda simple kot, bekerja utk dibayar bukan kita yg bayar
Quote NBM 3-12-2022 04:40 PM
dulu bukan dia pun scam orang ke
Quote alieyrina 3-12-2022 05:18 PM
Keja apa yg komplikated sgt sampai kena tipu..oo keja dlm talian tu mcm mano
Quote cheezel 3-12-2022 05:52 PM
Duta anti scam tapi anak sendiri kena scam. Malu je
Quote cheezel 3-12-2022 05:53 PM
Anak dia pn bebal gak. Mana ada cari kerja kena bayar.. byk2 kanla membaca isu semasa
Quote Jitu 3-12-2022 06:01 PM
byk mana kena scam tu
selalu bg tahu jumlah sekian2 berapa
Quote tigerads 3-12-2022 06:10 PM
dulu bukan dia ke yg penah dituduh tipu bekas pekerja sampai kena blacklist orang tu??
Quote cruz2 3-12-2022 06:40 PM
Mcm tipu jer?nk highlight dia duta anti scam ke?anak dia mintak keje apa? Bukan dh jd artis jugak mcm bapak dia ke? Anak datuk artis  pulak anak beranak tak kan apply keje mcm marhaen?
Quote susukambingbest 3-12-2022 07:23 PM
Da bnyk da org yg iol kenal dlu aniaya org, lps 10,20,30 taun dpt blasannya. Xkena kt dri sndiri, kena kt anak nauzubillahi minzalik. Sbb tu hdup jgn sskali aniaya org lain
Quote imransulaiman 3-12-2022 07:54 PM
Anggap je lah karma...

By the way, siapakah yang lantik beliau duta anti scammer? Kalau duta pun terkena, hmmm
Quote sleepandream 3-12-2022 08:16 PM
benda basic kot... kau mintak keje apehal kau pulak kene bayar?
kalau dolu2 bolehla cover kene pukau.... skrg ni mehhhhh.... tamak mungkin
Quote stingergrumpy 3-12-2022 08:23 PM
Duta scam tak boleh pakai....anak sendiri pun kona

Kahkahkahkahkahkah
Quote Mekgadis16 4-12-2022 12:10 AM
kuzaime replied at 3-12-2022 04:30 PM
Scammer bab2 cari kerja? cam mana boleh terkena? Xde pulak dia cerita detail. Benda simple kot, be ...

Ada ada. Aku haritu ada terjumpa. Dia offer kerja data entry tak silap. Aku taktahu kenapa haritu aku macam curious so saje2 la contact. Sekali lepas contact tu dia past sini sana sini sana sekali dia kata job tu ala2 macam nak naikkan conversion untuk certain ecommerce shop. Celah mana data entry pun aku tak tahu! Lepas dia gigih explain kat aku job scope kononnya, aku terus cakap aku cari kerja data entry ni bukan data entry bye. Hahaha

Kerja dia tu konon2 kita ni macam apentah nama dia bagi kat kerja tu. Basically kerja kita ialah kita kena beli produk sekian2 dari website sekian2 tapi instead of dapat produk, kita dapat duit kita balik plus komisyen.

Macam best kan? Macam simple kan? Tapi logik tak nak buat task beli membeli tu, kita kena keluarkan duit untuk beli task tu? Lepas dah beli task, kita kena pulak beli barang pakai duit sendiri, lepas tu amik gambar bayaran kita, anta kat depa lepas tu baru depa transfer duit kita sekali dengan komisyen. Fishy sangat kan? Macam mana la korang boleh terpedaya. Haihhh!

Yang duta anti scam ni pun satu. Nampak sangat buat kerja ala kadar. Tolong la buat kerja elok2 sikit. Ni sampai anak sendiri kena scam dah macam mana cite dia
Quote Lily_Elizabeth_ 4-12-2022 12:25 AM
Buritan replied at 3-12-2022 04:21 PM
Kira oklaa.. dulu ekau pun nipu org..

A'ah.
Tapi cam tk ingat sangat. Yg ingat dia tipu perempuan tu. Smapai perempuan tu hilang punca pendapatan tah cam ne tah. Sian baca baca dulu.
Tu atan haaaa rasakan...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061294 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top