CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Leonardo DiCaprio Dikelilingi Model Cantik, Apa Status Hubungan Dengan Gigi Hadid?

2-12-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2544| Komen: 5

Description: Rasanya, masih baru lagi Leonardo DiCaprio dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan model Gigi Hadid.Bagaimanapun, kehadiran pelakon itu di sebuah pesta di Miami mencuri tumpuan ramai apabila d ...
Rasanya, masih baru lagi Leonardo DiCaprio dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan model Gigi Hadid.

Bagaimanapun, kehadiran pelakon itu di sebuah pesta di Miami mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat berbual mesra dengan beberapa model terkenal.



PageSix

Menurut sumber seperti dipetik PageSix, aktor berkenaan datang seorang diri tanpa ditemani Gigi.

Walaupun memakai pelitup muka, bentuk fizikal dan perwatakan DiCaprio masih boleh dikenali tetamu yang hadir.

"Dia berbual dengan wanita cantik di mejanya. Orang-orang di kawasan VIP itu cuba untuk mendekati dia," jelas sumber berkenaan.


PageSix

Pelakon filem Titanic itu dikatakan tiba selepas pukul 12 tengah malam dan meninggalkan premis berkenaan dua jam kemudian.

Ketiadaan Gigi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat tentang status sebenar hubungan mereka selepas dikatakan mula rapat sejak September lalu.

DiCaprio sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Camila Morrone, namun berpisah selepas empat tahun bersama.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 2-12-2022 05:33 PM
Teman tp mesra la tu
Quote Sazreena 5-12-2022 09:30 AM
Mamat ni kan ada BO..selera gak eh..
Quote kisahkeaku 5-12-2022 04:37 PM
i x suka abg leo ni.dulu suka jgk tp skrg..
dah tua tp taste nak muda je.dasar groomer dia ni.
gigi hadid tu lawa tp kulit dia mcm dalmation sbb byk sgt moles eh?i terbaca komen gini kat twitter psl dia
Quote marchikobonzo 17-12-2022 10:54 AM
Taste dia perempuan umur bawah 25. Lepas dari tu kau kena tinggal

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.047336 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top