CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Trauma Asyik Terkucil, Gementar Fikir Kena Judge Dengan Penonton

2-12-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1472| Komen: 17

Description: Sejak insiden 'terkucil' di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 tahun lalu, penyanyi Nabila Razali mengakui masih lagi gementar setiap kali melakukan persembahan nyanyian.
Sejak insiden 'terkucil' di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 tahun lalu, penyanyi Nabila Razali mengakui masih lagi gementar setiap kali melakukan persembahan nyanyian.


Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, berkata perasaan gementar itu datang terutamanya ketika dia membuat persembahan secara langsung.

Foto: IG

"Saya memang orang yang kuat gementar. Selepas insiden yang berlaku di sebuah anugerah tahun lalu, membuatkan saya lagi berhati-hati dan lebih gementar.

"Sudah tentu saya tidak boleh menipu, setiap penilaian netizen selalu bermain di fikiran saya," katanya kepada mStar.


Nabila berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Terluka yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, Selangor, baru-baru ini.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini memberitahu dia masih lagi trauma mengenang kejadian hitam itu.

Bagi memastikan insiden sama tidak berulang, Nabila memberitahu dia meneruskan sesi kelas vokal bersama Shaffiq Erwin untuk memperbaiki mutu nyanyian.

"Sebagai seorang penyanyi, kami mempunyai jangkaan apa yang ingin diberikan kepada penonton. Jadi, saya memang risau sekiranya nyanyian itu tidak sampai.

"Namun, saya hanya boleh berusaha dan saya cuba cari masa untuk menghadiri kelas vokal. Alhamdulilah, gementar saya tidak seteruk dulu," ujarnya.

Sementara itu, Nabila memberitahu dia kini lebih teliti dalam memilih lagu yang sesuai dengan kemampuan vokalnya.



"Sudah tentu sebelum memilih lagu, kita kena mengikut dengan kemampuan vokal. Saya tidak ambil lagu baharu dan terus menyanyi.

"Saya akan pastikan lagu yang dipilih itu sesuai dan mengikut apa yang mampu saya beri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Aku Terluka hasil ciptaan Amylea Azizan dan MFMF.

Video muzik (MV) Aku Terluka yang dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment pada Rabu lalu kini sudah pun menerima sebanyak 170 ribu tontonan.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SisLena 2-12-2022 03:42 PM
Ntahla nab. Ko nyanyi lagu mcm cumi2 tu aje lah..ko ambik lagu high note pastu ko takut. Tak dapat akak nk nolong kau nab. Byk plk duit dia buat lagu ek
Quote helicornia 2-12-2022 03:54 PM
pencen je la menyanyi
Quote missyL 2-12-2022 05:34 PM
Tula
Lain kli jgn byk sgt auto tune
Sbb peminat harapkn same cm dgr kt radio huuu

Quote princessmiang 2-12-2022 05:35 PM
Nab kau memang ada bakat terpendam...tp silalah pendam bakat nyanyian tu sorang2
Quote pearl.silver 2-12-2022 05:48 PM
Kata pilih lagu sesuai suara
Abeh nape lagu baru tu ko myanyi sampai tercirit
Bukan terkucil lagi dah
Quote lattehazelnut 2-12-2022 06:42 PM
Adui ulang2 marketing murahan
Buat gimik bercinta dah
Buat2 sedih play victim kne kutuk live
Brp byk kelas vokal kau pergi xsedar2 diri lg
Next si mk pura2 pujuk, or artis lain pun simpati diorg pun terkucil..
Masalahnye artis lain nyanyi sedap terkucil sikit np..
Kau semua part kau nyanyi terkucil xsedap..

Lastly merajuk / bersara drp industri..

Kau byk duit n kabel, kau manage artis je la..
buat talent management sendiri..
Quote CikYaYaYa 2-12-2022 07:41 PM
xyahh nakk fobiaa laa traumaa laa. baik ko xyah nyanyi terus laaa lagi baguss
Quote intan244 2-12-2022 07:46 PM
mv bercinta, kawen, tp tajuk terluka. pelamin anganku musnahkah( ゚д゚)
Quote gekkou 2-12-2022 08:08 PM
ada juga yang panggil dia nyanyi kat majlis
rosak
tolong jangan wakil malaysia masuk apa2 pertandingan
taraf ni je level artis malaysia
Quote winky1 2-12-2022 08:18 PM
Dia masih ingat nyanyi terok sebab gementar...bukan sebaliknya. Ok trust your process bilah
Quote Kampungpeoplesz 2-12-2022 08:22 PM
Better blakon je la k..
Quote DeLuna85 2-12-2022 08:40 PM
Kalau mcmtu jangan berani2 nak nyanyi high note.
Quote awenda507 3-12-2022 02:10 AM
Mmg takde bakat menyanyi la kau ni nab
Quote September14 3-12-2022 09:24 AM
Suara dia okla bole layan cuma geram bila live terkucil teruk skli rmai je support dia n nak dia lepas part susah2 tu.. susah sgt ke dah lma jd pnynyi.
Quote rosedemon 3-12-2022 11:07 AM
ko ni asek trauma je. benti nynyi jela
Quote per706 3-12-2022 12:00 PM
Netizen gementar nk dengar sore ko deq,membawa kepada anxiety kekdahnye bile dgr
Quote Bihungoreng 3-12-2022 12:17 PM
Kabel mane dia pakai untuk kekal dalam industri.. sampai watak utama pon dia leh dapat dalam drama.. nyanyi pon kemain lagi lagi sedap tapi nyanyian hauk.. sape apaknya? Sape omaknya si nab ni? Kabel besar mana niii.. shopee ke lazada duta jugak dia ni kan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055630 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top