CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Amitabh Bachchan Fail Tuntutan Mahkamah, Larang Guna Nama, Gambar, Suara Dan Personalitinya

29-11-2022 08:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1734| Komen: 0

Description: Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi Delhi untuk melarang individu atau syarikat menggunakan nama, gambar, suara dan personaliti keperibadiannya tanpa ke ...
Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi Delhi untuk melarang individu atau syarikat menggunakan nama, gambar, suara dan personaliti keperibadiannya tanpa kebenaran, lapor agensi berita Sputnix.


Bachchan yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia, terpaksa menggunakan tindakan undang-undang selepas beberapa insiden penipuan atas talian dan loteri di mana gambar dan suaranya disalah gunakan.


Zoom TV

Hakim Navin Chawla pada Jumaat lalu meluluskan perintah sementara bagi menghalang orang ramai melanggar hak personaliti dan publisiti Bachchan.

Mahkamah menyatakan orang ramai dan entiti telah menggunakan status pelakon itu tanpa kebenarannya untuk mempromosikan perniagaan mereka.


Bachchan diwakili peguam Harish Salve, juga memohon perintah sekatan terhadap penerbit buku, penjual t-shirt dan perniagaan lain.

Plaintif berkemungkinan mengalami kerugian dan kemudaratan. Beberapa aktiviti telah mencemar nama baiknya.

"Memandangkan perkara di atas, perintah sementara telah diluluskan," kata Hakim Chawla.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.222646 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top