CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kulit Kepala Aeril Zafrel Sampai Terkopek Dan Menggelupas Sebab Selalu Warnakan Rambut

29-11-2022 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1782| Komen: 16

Description: Aeril Zafrel mengakui serik untuk mewarnakan rambut kerana tidak sanggup menahan sakit kepala selain kulit kepala menggelupas gara-gara melakukan teknik ‘bleaching’ atau melunturkan warna asal rambu ...
Aeril Zafrel mengakui serik untuk mewarnakan rambut kerana tidak sanggup menahan sakit kepala selain kulit kepala menggelupas gara-gara melakukan teknik ‘bleaching’ atau melunturkan warna asal rambut.


Ujar Aeril, 34, dia terpaksa mewarnakan rambutnya menjadi keperangan dengan melakukan teknik pelunturan warna asal rambut (bleaching) bagi menjayakan watak baharu dalam sebuah filem.

Foto: IG

“Demi menjayakan watak itu, saya cuba-cuba mewarnakan rambut menjadi keperangan untuk lihat sama ada sesuai atau tidak. Tapi saya serik kerana tak tahan sakit kepala!

“Bukan itu sahaja, kulit kepala saya juga menggelupas dan terkopek. Ambil masa seminggu juga untuk pulih,” katanya kepada Kosmo! Online.




Meskipun begitu, suami kepada pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal itu tidak menolak seandainya dia perlu berbuat demikian sekali lagi demi menjayakan watak yang memerlukan perubahan imej.

“Saya terpaksa melalui proses yang agak teruk dan mengambil masa untuk pulih. Tapi saya tidak menolak jika perlu mewarnakan rambut untuk masa akan datang bergantung pada watak,” katanya.



Ketika disoal sama ada isterinya bersetuju dengan perubahan warna rambutnya, Aeril yang ditemui ketika majlis VIU Upfront 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini berkata, Wawa okey dan tidak ada masalah.

“Wawa okey sahaja,” jawabnya ringkas.



Sejak akhir-akhir ini, penampilan pelakon telefilem Mengharap Sebuah Keredaan itu menarik perhatian netizen dalam media sosial apabila rambutnya apa diwarnakan dengan warna yang cerah.

Biarpun rambutnya diwarnakan, namun Aeril masih mengekalkan jambang dengan warna hitam. -CARI

Smber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 29-11-2022 06:44 PM
Kalau kat panta timo kopek tu maksudnya tetek dek.
Quote nolya 30-11-2022 12:09 AM
Bleaching dn mewarnaka rambut ni, adakah sah ketika wudhu dn mandi wajib? Sejujurnya saya bertanya.
Quote dudaberhias 30-11-2022 12:16 AM
ya ampun dia ni fefeeling betul warna rambut sana sini... pesen sana sini... dah macam fazley yaakob dah semua vid perasan hesem macam si misai kontot...

muka sekarang dah macam mamu sebab penuh sabut kelapa dengan muka... si wawa tu pun hanya mampu berserah je lah pada ilahi kebetulan semua laki yang buat marketing...

walaupun penat tiap2 pagi nak kena kopek2 muka si laki nak cari mulut untuk comolot... choiii baik pergi kopek kelapa dan perah santan katanya... kurang2 boleh buat nasi lemak....
Quote doubleharmonic 30-11-2022 01:57 AM
yang ko pegi bleaching tu sapa suruh babi?
Quote doubleharmonic 30-11-2022 01:59 AM
bukannya lawa pon ko buat kaler putih tu lepas tu sendiri balik meroyan sakit rosak kulit kepala padan la dengan muka ko kan babi
Quote I.K.A888990 30-11-2022 02:18 AM
kau botak je la pakcik lagi senang
Quote Perawankota 30-11-2022 04:43 AM
maknanya kulit kepala dia tak bersih, ada luka jerawat lah tu.. sebabtu bila dia bleached rambut, makin sakit..

Rawat masalah kulit kepala tu juga yer..
Quote elzy 30-11-2022 08:30 AM
pooh~key: Kalau kat panta timo kopek tu maksudnya tetek dek.


Aduhai tergelak saya.. Terima kasih atas info, saya pun tak tahu..

Quote missbigrockstar 30-11-2022 09:59 AM
Humang ai, filter berkati
Quote rosedemon 30-11-2022 10:11 AM
lantak ko la
Quote acepark 30-11-2022 10:53 AM
Perawankota replied at 30-11-2022 04:43 AM
maknanya kulit kepala dia tak bersih, ada luka jerawat lah tu.. sebabtu bila dia bleached rambut, ma ...

betul tu.tak pun kulit kepala sensitip.aku rebonding ni pon masa sapu ubat kdang2 sakit.lagi la bleaching
Quote cikatilia 30-11-2022 11:12 AM
mesti busuk masam2 bau kepala dia
yekk
Quote bynroslan 30-11-2022 11:22 AM
takde buat test dulu ke sebelum bleach? kan semua bleaching/colouring product mesti suruh buat patch test dulu before proceed. watak apa la yang sampai kena bleach rambut tu pun tak paham aku
Quote Lilipelangi 1-12-2022 03:37 AM
nolya replied at 30-11-2022 12:09 AM
Bleaching dn mewarnaka rambut ni, adakah sah ketika wudhu dn mandi wajib? Sejujurnya saya bertanya.

Sah kalau bahan yang ada dlm produk tu halal & telus air...
Quote heythere123 1-12-2022 10:05 AM
nolya replied at 30-11-2022 12:09 AM
Bleaching dn mewarnaka rambut ni, adakah sah ketika wudhu dn mandi wajib? Sejujurnya saya bertanya.

bleaching takde masalah sebab dia just hilangkan melanin dalam rambut (melanin tu yg buatkan rambut kita jadi warna gelap).

Pewarna pulak kena pastikan yg telus air baru sah buat wudhu & mandi wajib
Quote heythere123 1-12-2022 10:07 AM
spend la lebih sikit untuk haircare aeril oiii.

Lagipon masa bleach dekat salon, confirm hairdresser akan test dulu benda tu sesuai ke tak dgn kulit kepala kita.

Kalau tak okay dia tak akan proceed sebab dia tahu berisiko kalau buat camru

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.192369 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top