CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BERSATU Nafi Rebut Jawatan MB Perak Dengan PAS

22-11-2022 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1082| Komen: 6

Description: BERSATU Perak menyifatkan dakwaan parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN) jawatan itu dilantik daripada wakil PAS sebagai fitnah besar.Set ...
BERSATU Perak menyifatkan dakwaan parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN) jawatan itu dilantik daripada wakil PAS sebagai fitnah besar.


Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu dan ia berniat jahat serta cubaan menjatuhkan kredibiliti BERSATU.



"Heboh di aplikasi WhatsApp mendakwa kononnya ADUN PN berebut jawatan menjadi Menteri Besar. Saya memang tidak mahu mengulas isu berbangkit sebelum ini tetapi kenyataan sedang viral ini memang berniat jahat dan cubaan menjatuhkan kredibiliti kami.

"Saya perlu beri penjelasan tidak ada seorang pun ADUN BERSATU pernah mengeluarkan kenyataan seperti didakwa iaitu jika Menteri Besar daripada PAS maka kami akan keluar dari PN, ini satu fitnah besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Zainol berkata demikian sebagai merujuk kepada paparan tular mesej di kumpulan WhatsApp kenyataan Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang mendakwa kononnya ADUN PN berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar.

Menerusi mesej WhatsApp yang tular, Mohd Annuar dikatakan mendakwa PN di Perak berebut sesama sendiri jawatan Menteri Besar sedangkan Sultan Nazrin mahukan kerajaan Perak ditubuhkan segera bagi selesaikan pembentangan bajet negeri sebelum musim banjir.

Annuar juga dikatakan mendakwa Pakatan Harapan (PH) membuat pengorbanan besar menerima syarat Barisan Nasional (BN) bagi jawatan Menteri Besar, perlantikan tiga Exco Perak dari BN, Speaker DUN serta menggugurkan tuntutan hak milik tanah 999 tahun.


Sumber: BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 23-11-2022 08:26 AM
PH & penyokongnya kaki fitnah.. Kalau tak memfitnah bukanlah PH namanya
Quote ina_na 23-11-2022 08:30 AM
Ternampak Nizar ms angkat sumpah..teringat kerajaan bawah pokok dia lps dia kn kick dl..
Quote supernaturalee 23-11-2022 08:46 AM
terciduk an(n)uar zain(i)
Quote creep_bite 23-11-2022 04:05 PM
anuar zaini ni pro bung nuwar...
Quote jfq 23-11-2022 04:10 PM
Perwira2022 replied at 23-11-2022 08:26 AM
PH & penyokongnya kaki fitnah.. Kalau tak memfitnah bukanlah PH namanya

Ewww tak malunya
Dah pangkat tansri pun nak sebar fake news kat wasap
#skmm
#takpastijangankongsi
Quote johan-adx 23-11-2022 04:42 PM
kesian bsatu..semua negeri2 yg perikatan menang mb parti pas

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.311978 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top