CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Konvoi, Remaja Perempuan 14 Tahun Maut Rempuh Belakang 'King'

22-11-2022 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4838| Komen: 47

Description: Perjalanan konvoi sekumpulan motosikal berakhir tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia selepas merempuh belakang sebuah Perodua Myvi di KM 14.3 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson menghala S ...
Perjalanan konvoi sekumpulan motosikal berakhir tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia selepas merempuh belakang sebuah Perodua Myvi di KM 14.3 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson menghala Seremban.


Dalam satu video tular dimuat naik pada Isnin menerusi aplikasi Telegram Info Kemalangan, ia memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai ahli konvoi berkenaan berkumpul di bahu jalan.



"Sumber awal berkata, lelaki itu hilang kawalan lalu melanggar belakang Myvi. Nampak macam teruk," katanya.

Dalam video tersebut turut memaparkan seorang lelaki bertopi keledar biru, terbaring di atas jalan dan cuba dibantu orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan membabitkan dua mangsa itu berlaku jam 9.30 malam Ahad.


"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika kira-kira 50 motosikal mengekori belakang sebuah kereta di lebuh raya itu.

"Mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 19 tahun dan pemboncengnya, remaja perempuan berusia 14 tahun.

"Motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kereta tersebut lalu menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan.

"Ekoran itu, tujuh motosikal yang lain yang cuba mengelak berlanggar sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.


FB Majoriti

Tambah Aidi, remaja perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

"Kemalangan itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 


Sumber: Majoriti





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 22-11-2022 10:28 PM
Edited by Goodluckdontcry at 22-11-2022 10:30 PM

Konvoi mat rempit ke??? So ??? Whatever jela...

Lupa..ayat lazim...arwah baik orgnya..anak yg baik..suka tolong org...roll eyesss dik...
Quote che-cikL 22-11-2022 10:34 PM
Edited by che-cikL at 22-11-2022 10:35 PM

Mmg PD tu rimas on weekends & public holidays dgn motor rempit. Mmg iols dah bertahun tak gi PD time gitu, mmg serik. Kadang2 terserempak gak dgn diorang atas PLUS malam2 berderu2 kalau diaorang lalu ramai2.



Quote bakingsoda 22-11-2022 10:38 PM
ni kes yg budak perempuan tu makpak dia tak tahu pon sampai ke pd, rumah dorang kat gombak. ape agaknya budak tu tipu makpak dia
Quote Babai 22-11-2022 10:39 PM
Convoy geng rempit ke?
Quote Carcosa 22-11-2022 10:41 PM
Haaaa tu makan dia. Seronok, angkut anak dara org? Bawah umur plk tu. Mlm2 merewang.
Aku tak paham konvoi2 nih. Berdedai2, acah2 brotherhood. Dah reramai mcm tu, keberangkalian utk bergesel sesama sendiri takde ke? Sekor jatuh, harus trkena sekor lagi. Kan?
Mcm bodoh je. Teringat psl makpak yg sebokkk nk konvoi. Ujung2 accident, meninggal. Anak 4 org terbengkalai kat rumah. Jadi yatim piatu instant.
Quote LoveSungmin 22-11-2022 11:56 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH Encik SMR Kor, Encik² SMR dan Encik² SMS.

*ANAK VETERAN RSD  MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN JALAN RAYA*

1. *Butir- Butir Peribadi Anak Vateran*:
a. Nama Anak: Aqilah Aisyah binti Rafli
b. Kad Kenalan: 08XXXX-10-XXXX (15 Thn)
c. Tarikh Kemalangan: 20 Nov 2022
d. Ringkasan Kejadian: Kemalangan Jalan Raya Di Jalan Mambau Ke Port Dickson

*NAMA VETERAN RSD*

1. *Butir- Butir Peribadi Veteran*:
a. Nama: *534281 PW 1 (FoS) Rafli bin Abd Kahar*
b. Pasukan Akhir: *93 RSD*
c. Alamat: No 6 Jalan Desa Gemilang 1/2 Taman Desa Gemilang 53100 Gombak Selangor

*Urutan kejadian bagi pengurusan jenazah pada 21 Nov 2022*

1. Jenazah akan di _Swab Test_ pada 21 0900H Nov 2022.
2. Jam 1000H jenazah telah dibuat Post Mortem.Tempoh masa lebih kurang 1- 2 jam bergantung kepada keadaan kecederaan fizikal jenazah.
3. Pada 1120H proses Post Mortem telah selesai dan pada pukul 1140H jenazah dimandikan dan siap dikafankan pada 1245H.Van jenazah telah bergerak dari Hospital Port Dickson ke tanah perkuburan pada 1300H.

*Keperluan dan bantuan dari pasukan 1 SSB*

1. Ustazah dari pasukan 1 SSB dan Ustazah dari Pasukan 1 Briged akan memberi bantuan untuk urusan memandikan dan Kafankan Jenazah. Keperluan dan peralatan disediakan oleh pasukan 1 SSB

2. 1 x Van Jenazah Awam akan memberi bantuan untuk membawa Jenazah dari Hospital Port Dikcson ke alamat   
No 6 Jalan Desa Gemilang 1/2 Taman Desa Gemilang 53100 Gombak Selangor (Lokasi Jenazah akan dikebumikan).

3. Bagi pengurusan Jenazah dekat Tanah Perkuburan, Pasukan 12 SSB mebantu selepas solat asar kebumi ditanah perkuburan sg pusu gombak

Sekian untuk Maklumat

Terima kasih Jab Sem
I SSD dan 12 SSD membantu serta veteran RSD yg hadir.
1669132506356.jpg
Quote Skuau 22-11-2022 11:57 PM
sian mak bapak....baru 14 taun.
Quote fealefea 23-11-2022 12:22 AM
Uiii ramai geng rempit. Ramai kenal die ni.
Quote che-cikL 23-11-2022 12:27 AM
LoveSungmin replied at 22-11-2022 11:56 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH Encik SMR Kor, Encik² SMR dan Encik² SMS.

*ANAK VETERAN R ...

Keluar rumah innocent je rupanya, sekali duk menenggek motor sampai ke PD ya...

Yg Atrisya pun, sama lah tu sekali menenggek motor, mujur panjang umur. Next week pergilah lagi, naiklah lagi motor ke mana2, pergi lah nak berseronok, kan?
Quote ina_na 23-11-2022 12:49 AM
Mlm2 x blk lg..pe la alasan dia org bg ke parent..riso pulak memikirkan bl anak sekolah menengah ni..
Quote wikedsaikel 23-11-2022 12:55 AM
che-cikL replied at 23-11-2022 12:27 AM
Keluar rumah innocent je rupanya, sekali duk menenggek motor sampai ke PD ya...

Yg Atrisya pun, s ...

Jenuh aku cari nama Atrisys kat komen asal tu
Quote gigahertz 23-11-2022 01:44 AM
bakingsoda replied at 22-11-2022 02:38 PM
ni kes yg budak perempuan tu makpak dia tak tahu pon sampai ke pd, rumah dorang kat gombak. ape agak ...

Habis la budak tu.
Umur 14 tahun tu ikutkan x banyak seksa kubur kena
Tapi di sebabkan dia mati dalam keadaan mendukacitakan.
Itulah azab yang akan di tanggung.
Quote sukacactus 23-11-2022 03:31 AM
Wahhh!!! Bebasnya budak skolah 14 tahun skrg ni
Salam takziah diucapkan
Quote prince_marhaen 23-11-2022 08:42 AM
Mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 19 tahun dan pemboncengnya, remaja perempuan berusia 14 tahun.


So, 14-15 tahun still underage, mak pak lepas je ke pergi menonggek motor jantan? atau paling kurang pun lepas kul 6.00 petang tak balik rumah tak kisah? ini sebab kantoi & meninggal pulak tu...yang sebeleum-sebelum ni? yang kawan lain?? omggg!!  
Quote tri-max 23-11-2022 08:49 AM
omg anak aku 15 tahun lelaki pun tak kluar mlam after maghrib
apaknya garang tenung mata je terus insap
macam mana org tua arwah ni boleh lepaskan tanpa rasa bersalah
i masih sokong old parenting, anak nak memberontak ke nak mogok ke
kisah apa , janji anak2 semua depan mata until they reach 18

Quote Julia20 23-11-2022 09:07 AM
Innalillahi wainna ilaihirojiun. The 14 years old girl is anak someone I know.
Quote Manjahati 23-11-2022 09:09 AM
Innalillah..muda lg dik…
Quote MissVixen 23-11-2022 09:10 AM
Berani ye dia tipu mak pak dia.
Highway plus sampai melaka pun banyak mat rempit ni. Bersimpang siur sampai ke laluan paling kanan. Kalau yang aksi superman tu memang padankan muka je kalau berkecai kepala.
Quote Cassieopeia 23-11-2022 09:11 AM
Innalillahi wainna ilaihirojiun..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071010 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top