CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sejak Remaja Derita Migrain Dan Vertigo, Shaza Bae Naik Kerusi Roda Datang Shooting

29-9-2022 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2403| Komen: 19

Description: Video memperlihatkan pelakon Shaza Bae berkerusi roda ketika hadir ke set penggambaran sebuah drama mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.
Video memperlihatkan pelakon Shaza Bae berkerusi roda ketika hadir ke set penggambaran sebuah drama mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Berkongsi mengenai di sebalik rakaman itu, Shaza atau Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 27, berkata, dia terpaksa menggunakan kerusi roda selepas diserang penyakit migrain yang teruk.

Dedah juara Dewi Remaja 2019/2020 ini, dia memang mempunyai sejarah penyakit migrain dan vertigo sejak remaja sehinggakan adakalanya ia berlarutan selama berhari-hari.

Foto: IG

"Sejak dua tiga hari ini, memang saya migrain agak teruk.

"Sebenarnya memang sejak remaja lagi saya ada masalah migrain dan vertigo. Biasanya apa yang saya buat untuk lega adalah makan pil tahan sakit," katanya kepada mStar.


Bercakap lanjut mengenai penyakit itu, Shaza berkata, dia sendiri tidak tahu punca dia kerap diserang migrain meskipun sentiasa menjaga kesihatan dengan baik.

Bagaimanapun pelakon itu tidak menolak pemakanan atau tekanan kerja menjadi punca kepada serangan itu.



"Rasanya saya sudah menjalani kehidupan sihat dan jaga pemakanan. Mungkin juga saya sedikit penat kerana terlalu komited terhadap kerja," jelasnya.

Dalam pada itu, Shaza menjelaskan dia tetap hadir ke lokasi penggambaran meskipun dalam kesakitan kerana tidak mahu menganggu jadual penggambaran yang telah ditetapkan produksi.



Dia juga berterima kasih kepada krew produksi yang menyediakan kerusi roda bagi menolaknya dari kereta ke set penggambaran.

"Alhamdulillah, jangan risau... saya baik-baik sahaja walaupun masih terasa sakit.

"Pengurus saya sentiasa berada di sisi untuk memastikan kesihatan saya berada dalam keadaan baik.


"Walaupun menanggung kesakitan, kerja tetap harus diteruskan. Saya tidak mahu menggangu jadual pelakon lain selain kuatkan diri untuk meneruskan penggambaran," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shaza kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Nikah Cerai Rujuk arahan Azman Yahya atau Jinggo dan Sheila Rusly.



Menerusi drama berkenaan, Shaza bergandingan bersama pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Halim Radzi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-9-2022 11:53 AM
who are yusssssssssssss!!!!!
Quote cikatilia 29-9-2022 12:15 PM
baby bae nama mcm porpstar
Quote Fatinzameri 29-9-2022 12:49 PM
I pon ada vertigo.
Quote September14 29-9-2022 12:51 PM
Dewi remaja tpaling sendu
Quote pauliza 29-9-2022 12:54 PM
Tgk kat ig nampak cantik jgk .Tp bila tgk kt tv masa dia bagi crown Dewi Remaja kt Tracie tu,tersangatlah biasa2 saja .
Quote Omai 29-9-2022 12:55 PM
Sekali pandang macam iras dayang nurfaizah. ke mata aku je nampak gitu.. tapi teteeepp.. WHO ARE YUUUUUUUUSSSSSSSSS
Quote Nnasda53 29-9-2022 01:01 PM
Kalau tengok nama je mmg tak tau dia ni pelakon.
Sebabkan pernah tgk dia berlakon dgn Nadhir watak jadi bini Nadhir tapi kena dera.

Quote imanjannah 29-9-2022 01:04 PM
walaupun iols x kenal ko dik, iols doakan ko dapat sembuh, dah tgok betapa siannya kawan iols yg ada migrain dan vertigo ni
Quote heythere123 29-9-2022 01:04 PM
dia ni nampak sweet je, tapi takde aura. Even jadi heroin pon rasa macam tak sesuai
Quote immaryjane 29-9-2022 02:27 PM
https://www.instagram.com/p/CiZw3-3uSNX/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Each time terbaca nama shaza, mst teringat shaza muke kejung ni. Rupe nye manoksia berbeda

Ya ampunn mcm mne nk bg ig bdk ni appear?
Quote terpaling 29-9-2022 02:38 PM
kejap ni sapo plak???
Quote Rachel_Green 29-9-2022 03:47 PM

sama dgn iolls..iolls paling takut bila vertigo tetiba datang..lagi2 kalau time nak bagi training atau tgh drive..mata jadi berpusing2 tak leh nak fokus..
Quote Fatinzameri 29-9-2022 06:12 PM
Rachel_Green replied at 29-9-2022 03:47 PM
sama dgn iolls..iolls paling takut bila vertigo tetiba datang..lagi2 kalau time nak bagi training  ...

Kannn.. die macam kte duduk tegak je tp kte rasa seolah bdn kte berpusing2
Quote alieyrina 29-9-2022 07:00 PM
Aku kenai suzy bae saja
Quote ariellin 29-9-2022 07:29 PM
Aku paham sbb aku pun ada vertigo n migrain tp aku tak kenal sapa dia ni
Quote tulip-rain 29-9-2022 07:29 PM
Siapa ni? Juara dewi remaja zaman bila?
Quote sunnylicious 30-9-2022 01:39 AM
aku haritu ade la bkk ig si bae ni,baru tau dia ni cousin keknis rupanya
Quote fealefea 30-9-2022 03:51 AM
Paling x lawa dlm dewi remaja. Sorry, x puas hati. Juara dewi remaja semakin hauk. Yg baru2 ni direstui sket
Quote Rachel_Green 30-9-2022 07:46 AM
Fatinzameri replied at 29-9-2022 06:12 PM
Kannn.. die macam kte duduk tegak je tp kte rasa seolah bdn kte berpusing2

betul..bahaya klu  nak drive jauh sorang2...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.241657 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top