CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sama Dengan Menang Anugerah, Noraniza Idris Teruja Cipta Rekod Malaysia Book Of Records

27-9-2022 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1210| Komen: 4

Description: Pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembanagan Irama Malaysia tidak sama dengan mana-mana anugerah lagu, kata penyanyi Noraniza Idris.
Pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembanagan Irama Malaysia tidak sama dengan mana-mana anugerah lagu, kata penyanyi Noraniza Idris.


Katanya, pengiktirafan tersebut membuktikan seseorang itu telah memberikan sumbangan baharu dalam bidang yang diceburi.


IG Noraniza

“Ia tidak sama seperti kita menang anugerah kerana pengiktirafan ini membuktikan kita telah melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Noranizas yang mencatat satu lagi sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia di Dataran Merdeka, kelmarin.



Acara itu disertai oleh 565 pelajar, terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia. Mereka mengiringi persembahan Noraniza membawakan lagu Ala Ewa-Ewa, duet bersama Hazama serta dua lagu popularnya, Intan Payung dan Dikir Puteri.

Acara yang mencipta rekod berlangsung selama tujuh minit itu bagi menutup tirai Festival Permainan Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan.

Noraniza berkata, pengiktirafan itu membakar sema­ngatnya untuk terus berusaha memartabatkan genre irama Malaysia dan etnik kreatif, meskipun berdepan pelbagai cabaran.



“Sebagai penganjur, saya teruja apabila usaha ini mendapat pengiktirafan kerana tidak mudah mengendalikan acara dalam skala besar, apatah lagi untuk mendapat pengiktirafan MBOR.

“Apabila mereka hadir untuk mengikuti program ini, ia memberikan saya kepuasan kerana itu bermakna, matlamat kita tercapai,” katanya.

Noraniza juga mengharapkan usaha itu dapat menjadi panduan buat generasi pelapis dalam tarian tradisional.



Penyanyi lagu Dikir Puteri itu berkata, biarpun hampir berputus asa berdepan pelbagai cabaran menjelang acara, dia bersyukur mendapat sokongan daripada pelbagai pihak pada saat akhir.

“Ia menjadi hari bersejarah buat saya, terutama apabila dapat mengetengahkan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional daripada peserta yang tidak mempunyai asas dalam seni dan budaya,” katanya.

“Mereka diajar dalam tempoh lapan hari. Kalau diikutkan, memang tidak jadi, tetapi saat akhir kami mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia dan sekolah antarabangsa untuk menjayakan program ini.

“Pelbagai cabaran dan dugaan, namun Alhamdulillah berkat doa serta kesabaran semua, kita berjaya selesaikan usaha ini,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-9-2022 02:57 PM
.....TAK SAMA ..sebab memang susah uols nak dapat kan NekAni...? #terpalingseni
Quote September14 27-9-2022 03:03 PM
X sama tp x sesusah dpt award pencapaian terbaik

Ini ko byr je lah bdk2 penari tu
Quote febreze 27-9-2022 06:07 PM
semoga dapat anugerah Dato dan tiket konsert laku
Quote dudaberhias 27-9-2022 06:17 PM
hmmm masuk semuaaa...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051937 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top