CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Rakyat Malaysia Tertipu Tawaran Kerja Di Luar Negara- Dipaksa Melacur, Makan Babi

26-9-2022 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4424| Komen: 48

Description: Kuala Lumpur: Niat murni rakyat negara ini mencari rezeki di luar negara bertukar episod ngeri kerana bukan sahaja jasad mereka terkurung dan dipaksa bekerja, malah turut diseksa dengan kejam jika tid ...
Kuala Lumpur: Niat murni rakyat negara ini mencari rezeki di luar negara bertukar episod ngeri kerana bukan sahaja jasad mereka terkurung dan dipaksa bekerja, malah turut diseksa dengan kejam jika tidak menepati piawaian sindiket penipuan kerja.


Malah, lebih menyedihkan apabila ada mangsa wanita beragama Islam yang ditipu dipaksa tidur dengan lelaki beramai-ramai, dicabul selain menjamah makanan berlaukkan daging babi.

Jika mereka tidak menepati prestasi diharapkan, mereka berdepan hukuman sehingga ada dalam kalangan wanita dijual kepada sindiket lain untuk dijadikan pelacur.

Selain itu, ada yang dibelasah dan direnjat dengan elektrik, dipaksa kurus untuk menjadi pelacur, malah organ turut diambil sindiket bagi jualan di pasaran gelap.


Foto: Harian Metro


Lebih malang ada yang terbunuh ketika diseksa sebelum mayat dicampak dan dibiar tanpa ahli keluarga mengetahui nasib mereka.

Itu penderitaan rakyat negara ini yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan apabila terkandas di Kemboja, Laos dan Myanmar selepas terpedaya dengan tawaran gaji lumayan diberi sindiket.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Elyn, 30-an, ketika menceritakan pengalamannya kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ketika di Kemboja, dia dipaksa tidur bersama ramai lelaki dengan berpakaian seksi hanya kerana tidak mencapai sasaran dikehendaki.

Katanya, kejadian berlaku empat bulan lalu ketika dia dipaksa menjadi scammer oleh sindiket yang menawarkannya kerja dengan gaji lumayan di syarikat berkaitan komunikasi.

Menurutnya, ketika itu dia berasakan sudah tiada masa depan lagi kerana apa-apa sahaja boleh berlaku ke atas dirinya yang sebelum itu ditempatkan bersama mangsa wanita lain.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada keluarga meminta pihaknya menyelamatkan anak mereka terkandas di sana.

"Ada satu kes di mana lelaki itu sebelum ini bekerja dengan syarikat teknologi maklumat di Dubai namun apabila syarikat ditutup, dia ditawar sindiket kononnya untuk bekerja dalam bidang sama di Thailand dengan tawaran gaji lebih lumayan.

"Namun apabila tiba di Chiang Mai, Thailand, lelaki terbabit dikurung sebelum dibawa pihak sindiket ke Laos dan dipaksa bekerja sebagai scammer," katanya.

Menurutnya, jika enggan, lelaki itu diseksa, malah jika hasil kerja tidak memuaskan, dia turut dibelasah ahli sindiket.

"Seorang lagi mangsa sehingga kini tidak dapat dihubungi ahli keluarga selepas pergi ke Dubai untuk bekerja.

"Mangsa berasal dari Labuan, Sabah ke Dubai untuk bekerja, namun hanya dapat berkomunikasi dengan keluarganya sebulan sahaja," katanya.

Berkongsi cerita mengenai seorang mangsa yang terselamat, Hishamuddin berkata, lelaki terbabit mendedahkan dia diajak rakannya bekerja di luar negara dengan tawaran gaji ASD$1,100 (RM4,991).

"Rakannya itu mendakwa mereka akan bekerja dengan aplikasi pelaburan forex dan apabila tiba di sempadan Vietnam, dia dipaksa bekerja sebagai scammer.

"Dia turut memberitahu diseksa dan dipukul, malah tiga jarinya hampir putus, hidung berdarah, mata lebam dan kepala bengkak sehingga sukar untuk tidur," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan pergi ke kedutaan Malaysia di sana sebelum dibawa pulang ke negara ini.

"Sindiket ini melihat kebolehan mangsa untuk mencari sasaran menipu di mana jika orang negara ini, sasarannya rakyat di negara ini dan jika fasih bahasa lain, mereka akan menyasarkan mangsa penipuan di negara terbabit," katanya.

Beliau berkata, MHO berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan dan berharap kerjasama melalui Asean atau Asean+3 dapat menamatkan penindasan dilakukan.

"Kita sebenarnya lewat apabila ada kematian direkodkan dan tidak tahu berapa ramai menjadi mangsa perhambaan moden ini," katanya.

Kementerian Luar dalam kenyataannya pada 21 September lalu memaklumkan 301 laporan membabitkan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara diterima dengan mangsa dikatakan berada di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Daripada jumlah itu, seramai 168 orang berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air manakala 34 orang ditahan di depoh tahanan imigresen dan baki 99 orang lagi masih dikesan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.


Harap dua anak pulang

Kuala Lumpur: "Saya masih berharap dua anak saya dapat pulang dengan selamat kerana sedih memikirkan nasibnya yang diseksa di sana malah turut direnjat dengan elektrik oleh sindiket terbabit," kata seorang ibu mengharapkan dua anaknya dapat pulang dengan ke pangkuan keluarga.

Anak lelaki berusia 16 dan 30 tahun sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di negara ini namun tertarik hendak ke Myanmar selepas ditawarkan gaji lumayan jika bekerja sebagai tukang masak di sana.

Wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Amy, 56, berkata, apabila anaknya ke sana mereka dikurung dan dipaksa bekerja sebagai scammer.

"Anak saya yang menghubungi saya secara sembunyi turut memberitahu diseksa dengan renjatan elektrik, selain darah diambil kemungkinan organnya akan diambil untuk dijual," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 26-9-2022 02:03 PM
Tgk tiktok diorg kata location sume dah tahu. Tp even polis sana pun xde kuasa nk raid tempat tu.
Kebal nk mampos.
Quote KamikuP 26-9-2022 02:12 PM
Huajn batu dan politik kotor kat negara sendiri hadap jer lah
Quote midori888 26-9-2022 02:25 PM
pearl.silver replied at 26-9-2022 02:03 PM
Tgk tiktok diorg kata location sume dah tahu. Tp even polis sana pun xde kuasa nk raid tempat tu.
K ...



ada jugak tertgk kat tiktok....kesiannyer diorg...

dulu2 iols rajin jugak solo travel ke thai, cambodia, myammar...sib baik lah tak jadi mangsa sindiket...now takut lah nak pergi lagi....
Quote itik_magic 26-9-2022 02:33 PM
bagi aku lah kalau nk kerja luar negara ..cukuplah setakat singapura. gaji pun ok. dekat pun dekat. kalau kecemasan pun sehari boleh sampai malaysia.
Quote Kurex 26-9-2022 02:39 PM
Boleh kau tertipu dgn negara kelas ketiga macam tu
Quote naina 26-9-2022 02:40 PM
Orang pergi hijrah ke negara maju
Kau pergi negara mundur
Btw kenapa kes orang hilang kat Malaysia ni tak di war2 kan ye
Semalam ada viral kes culik kanak2 kat lori ayam
Ada 6 orang lalok
Kenapa takda sebaran maklumat
Biasa kes.budak hilang dulu2 cepat je dapat tau
Quote gorjeous 26-9-2022 02:43 PM
Ramai yg mudah percaya dgn scammer ni...
Quote damsel_fiji 26-9-2022 02:44 PM
myanmar pun berbondong2 masuk sini..kau plak beria nak ke sana
Quote annehuda 26-9-2022 02:49 PM
Itu penderitaan rakyat negara ini yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan apabila terkandas di Kemboja, Laos dan Myanmar selepas terpedaya dengan tawaran gaji lumayan diberi sindiket.


ngape tak gi singapore je? lg dekat dan lg ramai nak pakai orang.  org myanmar pun sanggup dtg sini.  ntah meols rasa macam ada sesuatu jah bab gaji lumayan tu takkan ko takleh fikir? ke sebab dah tau memang kat sana akan keje jadi scammer tapi rupanya kene kawal ngan gangster sana bukan mcm scammer addy kana kt malaysia ni
Quote shernazz 26-9-2022 02:54 PM
Too good to be true kan.
Tp mmg ramai purcaya
Quote Orenn1 26-9-2022 02:56 PM
itik_magic replied at 26-9-2022 02:33 PM
bagi aku lah kalau nk kerja luar negara ..cukuplah setakat singapura. gaji pun ok. dekat pun dekat.  ...

Aku agree, dah tentu kat sana negara maju mana berlaku kes2 jahat pprt tipu keja semua. Pegilah keja kat sana klu nak keja luar negeri, belajar speaking jah bukannya susah pun.
Quote Minami2013 26-9-2022 02:58 PM
Sblm ni ingat mangsa cina je, rupa nye melayu pun ramai. Elok lah dedahkan. Benda ni dah lama, tp kita baru tahu mo sindiket ni.
Quote Orenn1 26-9-2022 02:58 PM
Edited by Orenn1 at 26-9-2022 05:13 PM

Deleteddd
Quote Orenn1 26-9-2022 03:00 PM
Klu siapa yg dlm bidang perubatan semua tu klu nak keja oversea cuba apply belah scandinavia, siniramai nak pakai org. Mcm doctor nurse pembantu hispital ke  cubalah
Quote white_musk 26-9-2022 03:09 PM
Berita begini tak ada pula pengamal ogama nak ulas ya....
oh ya sebab pelakunya lelaki yang keji kan malayu pulak tu
Quote becir 26-9-2022 03:31 PM
midori888 replied at 26-9-2022 02:25 PM
ada jugak tertgk kat tiktok....kesiannyer diorg...

dulu2 iols rajin jugak solo travel ke thai,  ...

sama la kita..few times i travel sorang to those countries, selamba beramah mesra ngan sellers tepi jalan, receptionist offer hantar somewhere naik vespa etc..kalau kena kidnap n jual takde sapa la tau..
Quote maximus_01 26-9-2022 03:57 PM
Combodia ni tempat lubuk scammer2 China yg lari dari negara diorang sebab ada kes kat negara asal.
Diorang ni byk duit hasil scam kemudian invest kat Combodia dgn bina byk bangunan2, casino, etc.
Lepas tu baik (rasuah) top2 official ranking kata sana so jadi dapat protection.Geng2 scammer ni punya connection dah sampai level PM (Hun Sen).Siap payung private jet PM utk pergi overseas.

Building2 yg tahan mangsa cyber slave ni , geng2 scammer yg punya.

Boleh tengok kat youtube liputan aljazeera pasal "Cambodia Cyber Slave " ni.

Ramai yg mati / jadi tebusan / kena jual kat syndicate lain. Duduk dlm bangunan berbulan2 tak boleh lari.

Yg latest ni ada cerita budak perempuan melayu 17 tahun dari N9 yg kena scam kat sama dan dijadikan pelacur.
Quote lolipopmanish 26-9-2022 04:00 PM
Scaryyyyyyyyyyyyyy
Quote kakikuDibibirmu 26-9-2022 04:03 PM
Babi tersenyum sinis

498Tepig.png

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071207 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top