CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terus Batal! Majikan Kolot Bengang Calon Minta Sesi Temu Duga Diadakan Secara Online

21-9-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2241| Komen: 34

Description: Seorang pemilik sebuah syarikat menjadi mangsa kecaman netizen di Singapura selepas menolak mentah-mentah permintaan seorang pelajar latihan industri yang mencadangkan agar sesi temu duga mereka dilak ...
Seorang pemilik sebuah syarikat menjadi mangsa kecaman netizen di Singapura selepas menolak mentah-mentah permintaan seorang pelajar latihan industri yang mencadangkan agar sesi temu duga mereka dilakukan secara online, lapor portal berita Coconuts.


Jeffrey Koh yang memiliki sebuah agensi rekaan alat permainan, berkongsi  tangkap layar perbualannya bersama seorang wanita dikenali sebagai Sarah.

Dia pada awalnya meminta Sarah datang ke pejabatnya untuk ditemu duga sebelum wanita yang difahamkan mahu menjalani latihan industri itu bertanyakan sama ada sesi tersebut boleh berlangsung  secara online.

“Katakan sahaja saya seorang yang kolot, namun saya benar-benar berpendapat bahawa masa depan kita telah musnah.


“Sarah menjadi penyebab mengapa saya lebih memilih untuk menggaji warganegara asing yang benar-benar mahu bekerja di sini (Singapura),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tangkap layar mesej  antara Jeffrey dan Sarah memaparkan wanita itu pada awalnya bersetuju untuk pergi ke pejabat lelaki berkenaan.

Beberapa minit kemudian, dia menghantar pesanan baharu dengan bertanyakan sama ada sesi temu duga boleh dilakukan secara online.

Pertanyaan itu disambut dengan jawapan berbaur kemarahan daripada Jeffrey yang terus membatalkan sesi temu duga dengan Sarah.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan sebilangan netizen mengecam serta tidak kurang juga yang mempertahankan tindakan Jeffrey.

“Dia bertanya secara sopan, tidak bolehkah anda menjawab secara profesional? Saya pasti persekitaran bekerja di syarikat anda dipenuhi dengan elemen toksik apabila anda menjawab begitu,” kata seorang netizen.

“Sejujurnya, jika seseorang benar-benar serius mahu bekerja dengan syarikat anda, dia akan berusaha pergi ke pejabat untuk temu duga ,” kata seorang pengguna lain yang menyokong tindakan Jeffrey. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 21-9-2022 11:40 AM
susah juga sentap ni... cakap no shj sudah.
Quote prettyuglybabe 21-9-2022 11:56 AM
kiasu sama kiasu..

Quote miszclassique 21-9-2022 12:01 PM
Budak tu patut letak reason sekali kenapa dia nak virtual, tak sihat ke or pemalas saje taknak menapak pergi office untuk iv... Yg majikan pun kemain terus sentap macam tgh monopos
Quote VespaSilbe 21-9-2022 12:05 PM
mungkin bakal majikan dah nampak dek Sarah ni pemalas
Quote pu3_rania 21-9-2022 12:06 PM
Company tempat aku bekerja for the 1st round and final still virtual interview dan online test
Cuma bila sign offer letter saja kena datang ke office itu pun kena buat Covid self test 12 jam @ sehari sebelum datang ke office dan kena hantar test result
Quote ira_229 21-9-2022 12:10 PM
nak dapatkan kerja mesti nak ada kesungguhan...umpamannya masuk interview face to face..dah banyak kali interview calon melalui zoom bila dah confirm terima alih2 cancel sebab dapat offer gaji lebih bagus...selalu budak2 baru lepasan sekolah..tak boleh salahkan majikan saja...
Quote becir 21-9-2022 12:14 PM
Tak nampak apa salah nya budak tu tanya elok2 je kot. Elokla takyah keje ngan company ni, nampak cam hanat je Jeff ni
Quote SedihPedih 21-9-2022 12:16 PM
ke sebab dh interview dh meminta2? sb tu he ols reject..karang mcm2 pula

iols old fashion, kalau nk hire org iols nk jumpa.. unless kalau interview tu ada beberapa lapis, 1 st stage virtual, second jumpa..

iols dulu dok kedah ok, ada satu job tu 2 kali kena ke negeri sembilan, 1st and second. Hired jua akhirnya tp iols diva sb dpt few offer at a time, so pick the best la kan...
Quote orangbiasaje 21-9-2022 12:32 PM
Jap, ada satu benda sis musykil. "See you soon! dgn request virtual meeting tu ada jarak dlm 20min, maknanya budak tu dah agree nak jumpa face to face, kemudian possibly something terjadi so dia tanya kalau boleh virtual.  Diplomatically, patut hiring manager tu boleh tanya kenapa nak?
Quote Highflyer19 21-9-2022 12:44 PM
Sayang...melepas iinterviu tu
Quote ninja boy 21-9-2022 12:47 PM
nak tgk dari ketuk pintu perkenal diri berjalan bercakap sehingga keluar balik,  x sama cakap2 dpn screen taw
Quote Decaffeinated 21-9-2022 12:56 PM
Jeffry could be 10% wrong but he was 90% right

Quote Scheherazade 21-9-2022 12:59 PM
cite dlm kosmo ni x lengkap. aku baca online semlm psl ni. maybe sbb jeff ni dah ada prejudis kt budak tu, yelah rekod x baper cantik bila dia left internship company dia lps sehari je keje,  kata environment tmpt tu toxic. si jeff ni kata dia panggil gak budak ni interview wlupun tau rekod dia mcm tu. giving her benefit of a doubt katanyeh. tu yg agaknya bila budak tu mintak virtual interview, dia terus je shut down budak tu sbb dia kata mcm entitled je dia.
Quote pooh~key 21-9-2022 01:06 PM
Entahlah dek. Tapi akak sendiri jua ada persepsi yang mintak online2 ni sejenis pemalas dan terlalu suka ambil mudah dekkk…. Kohkohkohkohkoh.
Quote Kitty_catz 21-9-2022 01:11 PM
kalo  meols pun if tetiber rasa tak seswai, boleh je withdraw the offer, and si jep ni tak le pulak jawab kuangajo ke haper, short and simple je dan benda ini tersangat la biasheerrrr

ni meols rasa saja nak viral demi content

Quote azimodin 21-9-2022 01:11 PM
See you soon lepas tu mintak online pulak. Koser..
Quote shernazz 21-9-2022 01:29 PM
Bior la
Iols side majikan tu
Quote Potpouri 21-9-2022 01:37 PM
Ego nya.. orang bertanya pun nak sentap.. Hello, zaman sekarang online je cukup dah. Kuno betul macam hidup zaman pra pandemik je lagaknya
Quote cik_sssara 21-9-2022 01:55 PM
First impression is everything.

Bagus. Strict. Biarlah orang nak kata apa pun. Ada sebablah tu kenapa owner company nak jumpa sendiri then evaluate f2f.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.176032 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top