CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharul Kamal Diberi Peluang Jadi Hero, Sesuai Dengan Watak Penghantar Makanan

20-9-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2052| Komen: 17

Description: Yakin bakat dan potensi Sharul Kamal, pengarah dan penerbit iaitu Feroz Kader memberi peluang kepada penyanyi itu membawa watak utama dalam filem terbaharu arahannya berjudul SERATUS.
Yakin bakat dan potensi Sharul Kamal, pengarah dan penerbit iaitu Feroz Kader memberi peluang kepada penyanyi itu membawa watak utama dalam filem terbaharu arahannya berjudul SERATUS.


Menurut Feroz atau nama sebenarnya Mohd Feroz Abd Kader Sahib, Sharul dilihat mampu menjayakan karakter itu dengan baik dan merupakan salah seorang anak seni yang berpotensi untuk menyinar dalam industri lakonan.

Foto: IG

"Secara peribadi, sebelum ini saya pernah menjalani penggambaran bersama Shahrul dan dia banyak memegang watak sebagai pelakon pembantu.

"Setiap kali saya lihat lakonannya, saya nampak bakat yang ada pada Shahrul, cuma dia masih belum dapat diketengahkan sebagai pelakon utama," katanya.




Pengarah ini juga berkata, dia tidak memerlukan seorang pelakon yang mempunyai nama besar kerana filem arahannya itu sudah mempunyai 99 orang pelakon.

Apa yang lebih penting, watak yang diberikan kepada Sharul bertepatan dengan karakter yang bakal dibawa iaitu pekerja penghantar makanan.



"Cerita ini pun memang sesuai untuk Sharul.

"Contohnya kalau kita ambil Remy Ishak, tak kena dengan watak utama kerana peranan ini digambarkan seorang lelaki yang simple, budak ‘Grab’.

"Tapi untuk membantu Sharul, kita ada 99 orang lagi pelakon yang terdiri daripada nama-nama besar dalam industri," ujar Feroz ketika ditemui semasa pelancaran lagu tema filem SERATUS.



Selain memegang peranan utama dalam filem, Sharul Kamal juga merupakan penyanyi bagi lagu tema filem SERATUS berjudul Bunga Terindah.

Filem SERATUS bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober 2022.



Filem ini menampilkan barisan 100 pelakon tanah air antaranya Sara Ali, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Fify Azmi, Hafeez Mikail, Wan Hanafi Su, Riz Amin dan Pablo Amirul. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 20-9-2022 11:20 AM
berani ye amik risiko...filem plak tu
Quote babelina 20-9-2022 11:48 AM
dia nie bole berlakon, nyanyi pn sedap.. moga sukses..
Quote KamikuP 20-9-2022 03:34 PM
Dia ni azan pun merdu.. muka nak sama ngan Hafids Rosli khuenz?
Quote rosedemon 20-9-2022 06:39 PM
level ko rider grab je. sukor la dek tu pon boleh jadi hero
Quote shiraloveyou 20-9-2022 07:37 PM
Iols rasa mcm iols pernah minat dia masa af dulu
Quote wtvmjls 20-9-2022 08:32 PM
Sekali tgk teringat ude
Quote Suchi 20-9-2022 09:05 PM
Dia mcm sesuai je dgn watak dia tu, cite ni mcm menarik gak.
Poster pun nampak cun takdela buh semua 100 pelakon kat poster tu.
Quote Suchi 20-9-2022 09:11 PM
Edited by Suchi at 20-9-2022 09:13 PM
pembacagosip replied at 20-9-2022 11:20 AM
berani ye amik risiko...filem plak tu


Kalau pakat ramai tgk insya Allah boleh je,mcm korang tgk cite mat kilau tu.
Iols ada baca sinopsis cite ni bg iols ok la lari drpd kebiasaan cita cintan cintun.
Lagipun pelakon yg 100 org tu semua hat popular dan berbakat termasuk la adiputra tu pun ada, hat A list pun ada.
Cuma tulaaa risiko tetap ada la kan, bergantung pada review gak kalau jd viral ada la peluang.
Quote haruslah 20-9-2022 09:17 PM
KamikuP replied at 20-9-2022 03:34 PM
Dia ni azan pun merdu.. muka nak sama ngan Hafids Rosli khuenz?

Haaa betul iras mcm HR
Puas la i nak td nama si HR ni
Tiber blurrr
Quote dudaberhias 20-9-2022 09:24 PM
kaka rasa ok je dia jadi watak utama... bukannya filem romantik pun...
kalau filem romantik cinta cintun megah holding baru la kaka beli tiket tengok filem binatang je lebih baik... lagi berair tengok binatang... agittuhhh...
Quote samshik 20-9-2022 09:38 PM
Wallahi.. Awat aku x knl??? Saper2 jer la die nehhh
Quote whimsicalmusic 20-9-2022 09:52 PM
Selain muka version hafiz roshdi yg xbrape hensem, muka dia kacuk jim carey jgk haha
Quote hasniey 20-9-2022 09:58 PM
Dia ni handsome jgk.prnah tgok brlakon cerita hantu apetah,ok je brlakon.tp xberapa laku.ada jd pengacara jgk.serba boleh
Quote lazim 20-9-2022 10:11 PM
shiraloveyou replied at 20-9-2022 07:37 PM
Iols rasa mcm iols pernah minat dia masa af dulu

Kalau zmn af, akim adLah pejal tahir versi downgred, shahrul ni plak akim versi downgred
Quote shiraloveyou 20-9-2022 10:35 PM
lazim replied at 20-9-2022 10:11 PM
Kalau zmn af, akim adLah pejal tahir versi downgred, shahrul ni plak akim versi downgred

tapi helok jugak heols walaupun rendang...baru ingat heols saing2 syamel masa kat af dulu...
Quote lazim 21-9-2022 07:29 PM
shiraloveyou replied at 20-9-2022 10:35 PM
tapi helok jugak heols walaupun rendang...baru ingat heols saing2 syamel masa kat  ...

Iols igt satu vt tu pasal mak dia rajin hiking, pnjt gunung. Itu je igtan aku terhadap sharul
Quote ashcroft86 21-9-2022 07:58 PM
Heols herlokkk. Main bola jgak. Vontot teng gitteww. Suara sedap. Cuma maybe heols unpolished kot, try heols polished sikit, mesti lagi herlokkk.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056992 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top