CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Buat Pembedahan Plastik? Zac Efron Pernah Kemalangan Sampai Dagu Melebar

9-9-2022 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2860| Komen: 24

Description: Bintang Hollywood, Zac Efron akhirnya menjawab spekulasi tentang perubahan wajah, terutama pada bahagian dagunya yang dikatakan telah menjalani pembedahan plastik.
Bintang Hollywood, Zac Efron akhirnya menjawab spekulasi tentang perubahan wajah, terutama pada bahagian dagunya yang dikatakan telah menjalani pembedahan plastik.


Gosip mengenai Efron menjalani pembedahan plastik pada bahagian dagu dan rahangnya mula menjadi bualan sejak tahun lalu. 

Namun, hanya pada tahun ini, menerusi temubual bersama majalah Men’s Health untuk edisi Oktober, pelakon berusia 34 tahun itu mendedahkan kisah sebenar di sebalik perubahan wajahnya.


Foto: Page Six

Efron mendakwa dia telah jatuh dengan sangat teruk semasa berlari sambil memakai stokin di rumah. Dia telah jatuh dengan dagunya terhantuk kepada batu granit air terjun yang menyebabkan rahangnya mengalami cedera teruk.


Dia malah tidak sedar rahangnya patah selepas insiden terjatuh itu.

Akibat kejadian tersebut dia mengalami kecederaan yang serius pada bahagian dagu dan rahangnya.

“Ini (kemalangan) yang membuatkan perubahan besar terjadi (pada bahagian dagu),” katanya.

Pemuda yang mula dikenali lewat siri The High School Musical itu bagaimanapun tidak menjelaskan adakah dirinya benar benar melakukan pembedahan plastik selepas kemalangan yang berlaku.

Sebaliknya, Efron hanya mengatakan dia menjalani proses fisioterapi.

“Dan sejak itu otot pada rahang saya menjadi sangat besar,” dakwanya.

Pada masa sama, bintang Baywatch ini juga mengatakan tidak menyedari dirinya menjadi buah mulut di media sosial mengenai perubahan wajah termasuk gosip melakukan pembedahan plastik.

“Demi menjaga kesihatan mental, saya memang tidak ambil peduli tentang apa yang terjadi di media sosial sehingga ibu menelefon dan bertanya adakah saya benar benar melakukan pembedahan plastik?”, katanya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 9-9-2022 02:57 PM
ye laa besar lebar.. dah mcm muka david hasselhoff plak sikit.
Quote Korpsie 9-9-2022 02:58 PM
Dulu helok.. Skrg... adesss
Quote prince_marhaen 9-9-2022 02:59 PM
mengaku je lah dik... dah handsome handsome terus nampak macam nonok try to look like man....macam nonok hollywood yang make up make up artis, macam muka ery putra nonok pertahanan awam tu...seboleh-boleh nak prominent jaw... hujung-hujung muka nonok barbie ken doll.
Quote anony-mous 9-9-2022 06:25 PM
Ramai yg backup heshe dkt fb. Jaw dia mmg nmpk lain so xnafikan kenyataan dia. Tp kan ketara sgt tang pipi n mata mcm suntik sesuatu. Bibir makin tebal. Nanges i tgk sbb heols slh sorang i suka naw tgk hensem namati.
Quote CariMalay 9-9-2022 11:28 PM
anony-mous: Ramai yg backup heshe dkt fb.  ...
bibir dia macam kena sengat tebuan. Macam sakai je hahaha
Quote Perawankota 9-9-2022 11:59 PM
Suka dia dalam hairspray.

Tapi makin lama makin x encem
Quote chep 10-9-2022 02:35 AM
Macam Rosmah Mansor
Quote Supersirap 10-9-2022 10:42 AM
Nak muka yang dahulu, dah macam patung barbie
Quote alesandra 10-9-2022 01:50 PM
dia ni gay ke?tak penah aku dengar dia dgn mana2 pompuan selain vanessa dulu2
Quote delia3003 11-9-2022 11:09 PM
alesandra replied at 10-9-2022 01:50 PM
dia ni gay ke?tak penah aku dengar dia dgn mana2 pompuan selain vanessa dulu2

Ada je girlfriends selepas Vanessa. I pun tak ambik tau sangat pasal dia.

Zac Efron ni I rasa handsome zaman HSTM je, tu pun lebih kepada jambu.
Quote alesandra 12-9-2022 02:38 PM
delia3003 replied at 11-9-2022 11:09 PM
Ada je girlfriends selepas Vanessa. I pun tak ambik tau sangat pasal dia.

Zac Efron ni I rasa han ...

Owh  ada je girlfriend ...
Quote myakayina 12-9-2022 03:28 PM
terus dah tak hensem...mcm pelik mukanya
Quote liyamariska 12-9-2022 03:28 PM
Edited by liyamariska at 12-9-2022 03:32 PM

Ai pernah dgr citer sapa2 yg pernah wat PS bisa menjadi addict to do it again or more cmtulaa...

Tapi kt sana mmg almost everyone ada wat PS or tattoo yg become common thing jer...
Quote mieymiey 13-9-2022 04:30 PM
Ya rabbi hauknya. Dah dilahirkan hensem, nak jugak cucuk jadi haussssss cenggitu.
Quote blakerainer 13-9-2022 09:40 PM
Zaman2 HSM dgn Gossip Girl ni, heolls dgn Chace Crawford ni mmg boy crush lah dlu. Tp Chace tu tetap maintain hot, muka zek ni mmg cucuk botox. Myb la cucuk2 tu nk bagi simetri balik muka sebabkn jaw dah tak align huhu
Quote aammyy 15-9-2022 11:55 AM
Sayangnya dah tak handsome. Dulu crush bila tgk 17 again. Lepastu bila makin berusia makin handsome tapi apa ni??
Quote aammyy 15-9-2022 12:00 PM
Gambar latest dia. Muka dia jadi tua terus. Nampak dia mulut dia senget. Even nak cakap pun nampak tak selesa. Kesiannya.

[Twitter]=https://twitter.com/efronvh/status/1569827303667924992?t=GeYnPpZpzhxnFw97EqUABg&s=19[/Twitter]
Quote zuliana29 15-9-2022 12:35 PM
laaa x hensem dh dia.... nmpk pelik dh muka dia tu..
Quote hyie 15-9-2022 11:57 PM
we're soaring flying..suara heshe untuk single HSTM cuma part intro sajork, selebihnya pelakon lagi satu tu nama apa entah.

pastu ada juga gosip memula dulu yang heshe ini sebenarnya gegirl namun ada perjanjian dengan setan so kena jadi lelaki. Gitulah spekuan acik2 omputih terhadap pemuja satanist katanya.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058217 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top