CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Doakan Saya Menang,"-Puteri Sarah Nak Jumpa Mas Ermieyati

19-8-2022 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4341| Komen: 24

Description: Sejak isu menghendap secara maya dibentang dalam Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama baru-baru ini, perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Sejak isu menghendap secara maya dibentang dalam Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama baru-baru ini, perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.


Tidak terkecuali, golongan selebriti seperti aktres popular, Puteri Sarah Liyana apabila menyuarakan pendapat mengenai pembentangan yang diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Puteri Sarah dalam satu hantaran InstaStorynya memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai isu tersebut.

Foto: IG

Malah, dia turut memohon orang ramai mendoakan kemenangannya untuk kes yang difailkannya berkaitan gangguan yang diterimanya daripada seorang wanita dalam media sosial.




“Insya-Allah. Doakan saya menang kes.

“Mungkin saya boleh bertemu dengan Mas Ermieyati,” kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu.


Dalam pembentangan sama, Mas Ermieyati berkata, perbuatan menghendap secara maya tidak membabitkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan emosi.

Oleh itu, perkara tersebut dikategorikan sebagai satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.


Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara aktres itu dengan suaminya, pengarah Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.


Dia sebelum ini mendedahkan wanita terbabit berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.


Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin lain, namun dinafikan Syamsul. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 19-8-2022 03:29 PM
Versace uols...

Lu org hader?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 19-8-2022 03:30 PM
Sama gedikzzz jugak rupanya mambang sekor ini...

Quote lasagna 19-8-2022 03:38 PM
ayat terakhir tu menarik >> "namun dinafikan Syamsul."
ada ke Sol bg tau media dia menafikan ek?
Quote akuMNdia 19-8-2022 03:51 PM
anak pempuan dia comeiii
Quote Pixie902 19-8-2022 05:07 PM
Takda komen berkaitan isu...sbb asyik up isu sama saban hari  

Cuma lately PS ni suka benar pakai jeans high-waist dan tuck in baju...tak berkenan gaya tu...tak sesuai utk muslimah bertudung sbb backside tu terexpose penuh...
Quote makadek 19-8-2022 05:39 PM
Pixie902 replied at 19-8-2022 05:07 PM
Takda komen berkaitan isu...sbb asyik up isu sama saban hari  

Cuma lately PS ni suka benar pakai j ...

Hey ummah fb syg ok restu sbb dia masih menotop kepala wlpn tayang camel toe
Quote ciksom 19-8-2022 08:17 PM
mata dia nampak sedih
Quote Nnoor2 19-8-2022 08:33 PM
makadek replied at 19-8-2022 05:39 PM
Hey ummah fb syg ok restu sbb dia masih menotop kepala wlpn tayang camel toe

Artis ni tambah2 yg masih jdkan artis sebagai kerjaya cth nyanyi, berlakon...susah nk jadi alim...sebab depa ni kerjaya artis....takat tudung je ...


Sarah ni sejak kawin dgn samsul je dia x berlakon..jd suri rumah....

Yg betul2 artis x nk jd artis dah tu Miss nina...noorkumalasari....terus tinggalkan dunia artis....jauh lebih baik dari kita yg x artis ni juga...
Quote DARSITA 20-8-2022 01:08 AM
Baguslah naik kan kerjaya semula .. jangan dikenang si bedabah itu. Jaga penampilan, ada duit pergi cuti cuti, keluar makan makan dgn kawan kawan, emak ayah adik beradik, just enjoy your live.
Quote Sazreena 20-8-2022 01:13 AM
Nasiblah dapat fil and mil yg supportive..dapatlah ko talian hayat bagi revive career yg sendu tu.
Quote Rachel_Green 20-8-2022 07:49 AM
semoga dipermudahkan urusan sarah...
Quote ashilalat 20-8-2022 07:54 AM
Naik bosan dgn kes PS. Sbb kdg nmpak PS plak yg over. Semoga ada plot twist yg Sol sbnrnya dah lama nikah dgn IK dan ada anak dah pon
Quote she 20-8-2022 08:39 AM
PS rapat dengan Lopak
Padahal family Sol saudara mara FA
Memang jenis tak jaga hati perasaan family kah?
Rebel mungkin
Quote a5h91 20-8-2022 04:15 PM
ashilalat replied at 20-8-2022 07:54 AM
Naik bosan dgn kes PS. Sbb kdg nmpak PS plak yg over. Semoga ada plot twist yg Sol sbnrnya dah lama  ...

Nk lg twist ira kazar 2 1st wife sol. Dieorg nikah kt siam
Quote makcun14 20-8-2022 04:19 PM
ciksom replied at 19-8-2022 08:17 PM
mata dia nampak sedih

Kann.. contact lense kpop dan filter tak mampu sembunyikan kesedihan itu
Quote ashilalat 20-8-2022 04:51 PM
she replied at 20-8-2022 08:39 AM
PS rapat dengan Lopak
Padahal family Sol saudara mara FA
Memang jenis tak jaga hati perasaan family  ...

Kalau baik dgn bini FA takut teringat zaman² clubbing dlu kot. Kang terbukak plak kisah silam dia dgn amar bangla. Kalo dgn Lopak, paling² org kecam penonggeng agama je. Tipu ejen. Hahaha.
Quote ashilalat 20-8-2022 04:52 PM
a5h91 replied at 20-8-2022 04:15 PM
Nk lg twist ira kazar 2 1st wife sol. Dieorg nikah kt siam

Fuh...kalu gitu plot twist nya, menangis airmata darah la PS.
Quote she 20-8-2022 05:58 PM
ashilalat replied at 20-8-2022 04:51 PM
Kalau baik dgn bini FA takut teringat zaman² clubbing dlu kot. Kang terbukak plak kisah silam dia ...

Sekali plot twist
Faz amek IK jadi model tudung
Wakakakakakaka
Mengelupor perang donia deme
Quote she 20-8-2022 06:00 PM
a5h91 replied at 20-8-2022 04:15 PM
Nk lg twist ira kazar 2 1st wife sol. Dieorg nikah kt siam

Hahahahaha keluar ayat IK
Dan sebenarnya uols lah perampas dalam hidup i dan Sol
I saja je bersabar sebab i isteri solehah taat somi

Pastu terus disayangi oleh nerakazen
PS plak dikeji
Nerakazen kan lalang hahahahaha

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.315462 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top