CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Trisha Beli Rumah Mewah Impian, Rakan Artis Pun 'Inspired'!

8-8-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28446| Komen: 188

Description: “Terima kasih Ya Allah, cinta hatiku, Kau sangat baik terhadapku. Menjadikan semua impianku nyata.”Demikian nukilan penyanyi dan juga pelakon Daiyan Trisha bagi menggambarkan betapa rasa syukur atas ...
“Terima kasih Ya Allah, cinta hatiku, Kau sangat baik terhadapku. Menjadikan semua impianku nyata.”

Demikian nukilan penyanyi dan juga pelakon Daiyan Trisha bagi menggambarkan betapa rasa syukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya sehingga mampu membeli sebuah kediaman mewah landed (bertanah).



IG Daiyan

Daiyan, 27, dalam perkongsian Instagram memuat naik beberapa keping gambar dan video banglo mewah dua tingkat yang dibelinya.

“Rumah impian saya. Rasa seperti semua kerja keras saya berbaloi. Saya sangat gembira!



IG Daiyan

“Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat atas segala kasih sayang dan sokongan. Saya tak sabar memulakan perjalanan ini bersama kalian,” katanya.

Sangat bahagia dengan pencapaian yang diraihnya, pelantun lagu Penat itu turut meminta peminatnya mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

“Hati saya penuh (dengan kebahagiaan), alhamdulillah. Tolong doakan yang baik-baik ya. Semoga saya dan keluarga sentiasa dilindungi,” ujar Daiyan.

Daiyan yang berkongsi beberapa keping foto memaparkan kawasan sekitar kediaman yang turut dilengkapi kolam renang berkenaan sempat berkongsi momen ketika kali pertama membawa keluarga dan rakan-rakannya melihat rumah tersebut.


IG Daiyan

Kata Daiyan, mereka melihat kediaman kedua yang dibelinya tersebut sangat dekat dan melambangkan keperibadian serta cita rasa sebenar dirinya.

“Waktu bawa keluarga dan rakan-rakan ke rumah ini atau tunjuk gambar, mereka cakap perkara yang sama. ‘This house is so you’.

“Perkara paling lucu, saya juga rasakan perkara sama. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini, saya rasakan ini memang untuk saya. Rumah ini sedang menanti saya,” tulisnya penuh gembira.

Masih dalam proses untuk memasukkan perabot dan mengubah suai kediaman berkenaan, Daiyan berjanji kepada peminat untuk berkongsi perihal tersebut dari semasa ke semasa.



Terdahulu, Daiyan terlebih dahulu membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota pada 2019 hasil mengumpul wang selama dua tahun.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-8-2022 04:01 PM
lagi lawa rumah ex motherator design eropah, kolam renang  color blackpink, tangga floating tema awan nano, lampu chandelier dah sompek sebab anak  main sepak takraw dalam rumah.

rumah 3.8 juta rasanya. untunglah orang have2. kaka mampu libas kopek vokuru dan tengok kemewahan dalam rumah

sista vokuru pun orang have2 ada c  class c43 agm sport miltek exhaust. sekali tekan boleh fly lepas sungai golok
Quote CiliPadiSedap 8-8-2022 04:03 PM
rumah cm daiyan best xpanas. kira haba panas dari luar tu xdelah membahang kt dalam rumah. tapi kalau pakai aircond memang bil mahal semahal  sky juice ruang takde partition pakai aircond, compressor memang jalan je dan bil naik.

so orang kaya dia xkisah pun bil elektrik. orang marhein cm kaka kisah bil naik sikit dah garu kepala
Quote mizruncing 8-8-2022 04:17 PM
bertuah nyaa badan. bab ni iols is jeles. klu setakat tayang kete mewah i bolayan kan je
Quote prince_marhaen 8-8-2022 04:24 PM
Macam rumah yang Che'Ta posing-posing 100 kali tapi tak siap-siap tu je... dah 2-3 retis meols tengok posing dekat rumah macam gini.... pinjam ke nok?
Quote rainbowrainz 8-8-2022 07:13 PM
Dia ni ke yg gaduh yg kaka Faz.. Tiber
Quote prizadane 8-8-2022 07:27 PM
Tapi iols musykil la. Famous naw ke sampai duit berkepuk kepuk mampu beli rumah sebegini? Dia juga kan yang beli Mercedes cash ke apa hari tu? Lagu? 1 haram iols tak tahu… lakonan yang memorable pun tarak. N jarang juga nampak drama sheols berlakon. Yg iols tahu, dia ni social climber juga… menempel kat semua orka n retis yang kaya. Takpe, selagi muda n lawa…kumpul la reta tu. Senang untuk aset di hari tua
Quote Hoshhi 8-8-2022 07:39 PM
rainbowrainz replied at 8-8-2022 07:13 PM
Dia ni ke yg gaduh yg kaka Faz.. Tiber

Aik... daiyan elok je follow ig kaka faz
Quote DianaSaksen 8-8-2022 07:40 PM
Hoshhi replied at 8-8-2022 11:39 AM
Aik... daiyan elok je follow ig kaka faz

Dia saja jer tu nyah provoke supaya acik2 forum dtg bekap faz
Padahal dorang tu okey jer
Tang mana gaduhnya
Tiberrr....
Quote DianaSaksen 8-8-2022 07:42 PM
Daiyan ni selalu dpt brg branded free
Plus jadi duta
Boleh jadi she kumpul duit beli rumah
Quote .HannahMontana. 8-8-2022 07:43 PM
beromen terhangguk-hangguk sambil tampan tangan pada kaca  sliding door yang mengadap kolam renang tu sambil disaksikan jiran yang masih single



perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote LadyCarefree 8-8-2022 08:29 PM
Xcantik rumah ni.
Quote lotionmilo 8-8-2022 08:40 PM
CiliPadiSedap replied at 8-8-2022 04:03 PM
rumah cm daiyan best xpanas. kira haba panas dari luar tu xdelah membahang kt dalam rumah. tapi kala ...

Camna boleh tak panas eh?
Quote CiliPadiSedap 8-8-2022 08:49 PM
lotionmilo replied at 8-8-2022 08:40 PM
Camna boleh tak panas eh?

sbb haba panas di bumbung tak sampai kepala . contoh rumah meningkabau kenapa bumbung dia tinggu suyup bentuk v sbb nak bagi panas tu xsempat masuk rumah dah mengalir keluar.


rumah dia luas , siling tinggi. bila siling tinggi benefit dia haba panas kurang terasa dalam rumah berbanding rumah rendah siling. contoh reban ayam  friska kalau masuk panas je

lagi satu kalau mampu pakai kipas cm reban ayam punya pasang atas bumbung time tengah hari je xperlu aircond dalam rumah haba panas akan mengalur keluar dari bumbung.



pasang yang ni bagus elektrik jimat haba xrasa.  kena pasang angin masuk dan angin keluar kt bumbung. air cond bil rm 1 ribu lebih tu confirm jimat .
Quote CiliPadiSedap 8-8-2022 08:50 PM
.HannahMontana. replied at 8-8-2022 07:43 PM
beromen terhangguk-hangguk sambil tampan tangan pada kaca  sliding door yang mengadap kolam renang t ...

selalu tengok porn ke sis? rajin betul study
Quote Carcosa 8-8-2022 08:56 PM
Perghhhhhh. Samada dia pandai simpan duit, or dia pandai jadi simpanan. Ehhhhh?????
Quote .HannahMontana. 8-8-2022 09:08 PM
CiliPadiSedap replied at 8-8-2022 08:50 PM
selalu tengok porn ke sis? rajin betul study



ke dah pernah buat


cewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mahirnya ko sistah panda boyot kepammmm


Quote KBW2 8-8-2022 09:27 PM
DianaSaksen replied at 8-8-2022 07:42 PM
Daiyan ni selalu dpt brg branded free
Plus jadi duta
Boleh jadi she kumpul duit beli rumah

duta duti hape nokss
Quote reporter_kalut 8-8-2022 11:29 PM
Macam pernah tgk lokasi ini kat gambar org lain.. Mungkin ni show unit kot kan.. ..
Quote lotionmilo 8-8-2022 11:42 PM
CiliPadiSedap replied at 8-8-2022 08:49 PM
sbb haba panas di bumbung tak sampai kepala . contoh rumah meningkabau kenapa bumbung dia tinggu s ...

Owhhh  ok thank you

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074693 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top