CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Kahwini Pelayan Separuh Bogel Yang Diupah Pada Majlis Penceraiannnya

2-8-2022 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2505| Komen: 9

Description: CANBERRA – Seorang wanita di Australia jatuh cinta dan berkahwin dengan pelayan yang diupah untuk majlis perceraiannya, lapor laman berita Lad Bible.
CANBERRA – Seorang wanita di Australia jatuh cinta dan berkahwin dengan pelayan yang diupah untuk majlis perceraiannya, lapor laman berita Lad Bible.

Percintaan mereka bermula pada Mac 2019 apabila Gabriella Landolfi, 29, memutuskan untuk mengadakan pesta bagi meraikan perceraiannya.

Perceraian Gabriella adalah muktamad dan dia ingin berseronok bersama rakan-rakannya. Wanita itu memutuskan untuk mengupah sekumpulan pelayan lelaki tidak berbaju untuk menghilangkan tekanan.

Pada keesokan pagi selepas majlis tamat, Gabriella menerima mesej daripada John Landolfi, salah seorang pelayan itu. Mereka juga didapati mempunyai nama keluarga yang sama. 


Foto: Lad Bible


John menghantar mesej untuk memastikan Gabriella baik-baik sahaja dan hubungan mereka berkembang.

“Saya tidak pernah menjangkakan untuk menjalin hubungan dengan pelayan yang saya upah untuk majlis perceraian saya apatah lagi berkahwin dengannya.

“Tetapi apabila mengenalinya, saya dapat melihat betapa hebatnya dia. Sekarang saya mempunyai keluarga yang paling bahagia” kata Gabriella.

John mempunyai seorang anak daripada hubungan terdahulu dan teruja apabila mendapati Gabriella hamil pada Ogos 2020. Malangnya, wanita itu keguguran pada November 2020, dua minggu sebelum mereka berkahwin.

Pasangan itu menjalani hidup yang sukar tetapi berjaya mengharunginya. Selepas berkahwin, mereka menyambut kelahiran seorang bayi lelaki, Matteo pada Julai 2021. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 2-8-2022 03:46 PM
gitu moga bahagia zissss
Quote Artemesiaa 2-8-2022 04:29 PM
Moga kali ni berkekalan
Quote pooh~key 2-8-2022 04:32 PM
Mana gambar tak berbajunya sister2 sekalian oii?
Quote I.K.A888990 2-8-2022 06:34 PM
jodoh ada dimana2
Quote dani-rox 2-8-2022 06:51 PM
wanita yg baik takkan tanya psl kisah silam lelaki

apepun semoga berbahagia sampai bila2
Quote Kurex 2-8-2022 06:57 PM
Lepas tu cerai lagi....
Quote Adrif 2-8-2022 11:53 PM
pooh~key replied at 2-8-2022 04:32 PM
Mana gambar tak berbajunya sister2 sekalian oii?

bongok tau. nyembur aku tergelak
Quote che-cikL 2-8-2022 11:57 PM
Semasanya isu ni

berita caprut.jpg
Quote buragazz 3-8-2022 01:40 PM
Gambor tu yang pelayan tu ker.. aku menggambarkan badan dia ketak2 barangkali tapi klu tgk pada muka.. takde ler herlok sangat...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045664 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top